Wednesday, August 31, 2011

Wordless Wednesday #7

Edit Posted by with 1 comment

**auto publish post..acu di beraya di kampung tercinta


Selamat Hari Raya Aidil Fitri..Maaf Zahir dan Batin
Kenangan raya tahun 2010...

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Photobucket
Photobucket





Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran

Edit Posted by with 4 comments

Sticky post sehingga Hari Raya Nanti
entri baru kena scroll ke bawah...



Acu menyusun 10 jari yang comel, gebu & halus ini memohon
ampun & maaf di atas semua salah & silap selama kita berkawan
Tak kira lah kawan lama atau pun yang baru....
Halal kan segala makan, minum, hadiah, souviner atau apa saja..
(erk...if ada hutang yang nak dihalalkan pun boleh gak..hehehhee..)..

Untuk yang balik kampung, semoga kalian semua dapat sampai di kampung
dengan selamat nya..insyaAllah...
Take care..Love u all so much...muaahhhh


p/s::sudi2 kan lah terima kad raya acu tu ye :)
and terima kasih banyak2 ye kakcik atas tunjuk ajar




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Sunday, August 28, 2011

E-Card Raya 2011

Edit Posted by with No comments

Antara e-card Raya untuk tahun 2011

1) Daripada Anuar; anak saudara acu

Photobucket

2) Daripada Kak Azieazah

Photobucket

3) Daripada Habib; Anak saudara acu

Photobucket

4) Daripada Red Rambutan

Photobucket

5) Daripada Kakcik Seroja

Photobucket

6) Daripada Niezzareena

Photobucket

7) Daripada Masker Linda

Photobucket






Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Saturday, August 27, 2011

Kisah Benar..Fikir Dulu Sebelum Bertindak

Edit Posted by with 1 comment

Sumber dari kotak email acu:



Seorang ibu tunggal yang miskin Siu Lan mempunyai anak berumur
7 tahun bernama Lie Mei.
Kemiskinan membuat Lie Mei perlu membantu ibunya menjual
kuih dipasar. Kerana miskin Lie Mei tidak pernah meminta-minta
dan bermanja-manja dengan ibunya.

Pada satu musim sejuk,semasa baru siap membuat kuih, Siu Lan melihat
bakul kuihnya sudah rosak dan Siu Lan berpesan kepada Lie Mei
supaya menunggu dirumah kerana dia mahu membeli bakul baru.

Semasa pulang Siu Lan tidak menemui Lie Mei di rumah.
Siu Lan sangat marah. Anak perempuannya itu benar-benar tidak tahu diri,
hidup susah tapi masih juga pergi main-main, padahal sudah dipesan
agar menunggu sahaja di rumah.

Akhirnya Siu Lan pergi sendiri menjual kuih dan sebagai hukuman
pintu rumahnya dikunci dari luar agar Lie Mei tidak dapat masuk.
Anak perempuannya itu mesti diberi pelajaran, fikirnya geram.

Pulang dari jual kuih, Siu Lan menemui Lie Mei,
gadis kecil itu terbaring di depan pintu.
Siu Lan berlari memeluk Lie Mei yang membeku dan sudah tidak bernyawa.

Jeritan Siu Lan memecah kebekuan salji masa itu.
Dia menangis meraung-raung, tetapi Lie Mei tetap tidak bergerak.

Dengan segera Siu Lan memdokong Lie Mei masuk kerumah.
Siu Lan menggoncang-goncang tubuh beku gadis kecilnya
sambil meneriakkan nama Lie Mei.

Tiba-tiba sebuah bungkusan kecil jatuh dari tangan Lie Mei.
Siu Lan mengambil bungkusan kecil itu dan membuka isinya.

Isinya ialah sebuah biskut kecil yg dibungkus kertas usang dan
tulisan kecil yang ada dikertas adalah tulisan Lie Mei yang comot
tetapi dapat dibaca.

“Mama pasti lupa, ini hari istimewa bagi mama, aku membelikan biskut
kecil ini untuk hadiah, duitku tidak cukup untuk membeli biskut yang
besar…Mama selamat ulang tahun”.

KISAH NYATA ini dimuat di harian* Xia Wen Pao-Cina, thn 2007.


Moral Of The Story::

- Negative thinking : dapat menyebabkan penyesalan seumur hidup.

- Think Positive : berfikirlah dengan bijak sebelum bertindak,
jangan menyesal di kemudian hari.

- Emosi ialah kecepatan lidah bekerja dibandingkan dengan fikiran….




p/s::gambar ehsan en.GooGLe




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Friday, August 26, 2011

Kisah Tin Air Dan Lelaki

Edit Posted by with 1 comment

Sumber daripada kotak email acu:



sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka
bertengkar untuk tentukan
hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka
pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta
nasihat. kadi tanye kat pompuan tu....

"kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak
tu? pompuan tu jawab...
"saya yang mengandungkan anak tu. saya yang
melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni
kadi akan tanye dia lak. ahhh...sudah...
mende aku nak goreng kadi tua ni....

kadi pun tanye si jantan...
"hah...kamu....bagi alasan kenapa anak tu kamu

yang patut bela"

"tuan kadi...kalaulah saya ada syiling seringgit,
dan saya 'masukkan'
dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang
pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya
nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak
mesin?"

jawab kadi.."hak kamu le.."
jantan tu kata lak.."hah...sama le kes ni pun. Kan
tuan...kan...kan "

Hehehee...cerita hanya rekaan semata..gurau senda di pagi Jumaat
jangan pula ada yang nak sama kan anak dengan tin air ye



p/s::gambar ehsan en.GooGLe





Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Thursday, August 25, 2011

Falsafah Buah-Buahan

Edit Posted by with No comments

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.


Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus
menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.

Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.


2. Jadilah Pokok pisang.


Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.

Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.


3. Jadilah buah durian , jangan buah kedondong.

Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi
dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong,
luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji
yang berduri.

Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover..
jangan menilai orang dari luarnya saja.


4. Jadilah ubi kayu.

Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.

Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.


5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.

Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya,
semua seimbang, tidak seperti rambutan, ada yang kecil ada yang besar.

Maksudnya : Selalu bersikap adil.


6. Jadilah cili

Semakin tua semakin pedas.

Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana.



p/s::gambar ehsan en.GooGLe




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"


7 Sunnah Penting

Edit Posted by with 2 comments

Sumber daripada kotak email acu



Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas.
Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita
selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia,
tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat
kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat
dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi
setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum
mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu
dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita,
bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah
kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan
pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah
yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah,
dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah
setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah
berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa
ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh
malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang
terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur,
maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus
selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah
ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi,
dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah
umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua



p/s::gambar ehsan en.GooGLe




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Wednesday, August 24, 2011

Antara Kawasan SPEED TRAP!!!

Edit Posted by with 3 comments

Balik raya nanti hati-hati kalau melalui kawasan
yang disenaraikan di bawah nie....
nie antara kawasan-kawasan yang sangat popular dengan speed trap




Plus Arah Utara (Dari KL):

1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting

2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting

3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan

4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara

5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai

6- Km 296 berdekatan exit Gopeng

7- Km 352.6 selepas exit Sungkai ** acu penah kena kat sini

8- Km 373 berdekatan exit Slim River

9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar

10- Km 308.6 selepas exit Gopeng

11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora

12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun

13- 2 km after tol Juru (90km/j)

14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)**
kat sini pun acu penah kena :(

http://www.emocutez.com



Plus Arah Selatan:

1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan

2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)

3- Km 253 selepas exit Senawang

4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah

5- Betul2 di exit Jasin

6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak

7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara

8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam

9- Betul2 di exit Sedenak

http://www.emocutez.com



Plus Tengah:

1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh

2- Betul2 di exit Bukit Lanjan

3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh

4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang

5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

http://www.emocutez.com


NKVE

1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)

2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)

3- Betul2 di exit Damansara

4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi

5- Betul2 di exit Shah Alam

http://www.emocutez.com



KESAS

1- Km 44.8 berdekatan exit LDP

2- Berhadapan Endah Parade

3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)

1- Km 4.8 selepas exit Batu 3

2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro

3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ

4- Km 10 sebelum exit USJ

http://www.emocutez.com


JALAN PERSEKUTUAN

1- Bersebelahan Hotel Mint

2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan

3- Berhadapan dengan Istana Negara

4- Berhadapan dengan Muzium Negara

5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis) 6- 2


p/s::gambar ehsan en.GooGLe




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Wordless Wednesday #6

Edit Posted by with 6 comments

Tahniah Mimi...seluruh keluarga bangga dengan Mimi
semoga segala yang diimpikan jadi kenyataan
oppsss!!! lupa nak bagitau..mimi nie anak saudara acu :)

Utusan Malaysia (Bahagian Utara) - 22 Julai 2011


Photobucket


Kosmo - 23 Julai 2011


Photobucket




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Tuesday, August 23, 2011

Only In Tamil Movie!!!!

Edit Posted by with No comments

Korang boleh?????


http://www.emocutez.com











Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Monday, August 22, 2011

Sebahagian Sudah...Sebahagian Belum

Edit Posted by with 2 comments

Kawasan di sekitar sudah...
esok kawasan KL dan insyaAllah ke kawasan Putrajaya juga
sabar ya kepada yang telah order tu...
Alhamdulillah rezeki kakak acu tahun nie...

Photobucket



Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Tunaikan Kewajipan...Jangan Lupa Ya!!!

Edit Posted by with 2 comments

Alhamdulillah...dah selesai tanggungjawab...kawan-kawan????
jangan sibuk dengan persiapan raya hingga terlupa pula yang wajib

Photobucket





Photobucket
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Friday, August 19, 2011

The 9 Most Annoying Types Of People On Facebook

Edit Posted by with 3 comments

erk...acu termasuk dalam golongan pertama nie...hehehee
so, kawan-kawan golongan yang mana???
[klik gambar untuk besar kan]






















Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"