Followers

Food Walk:: Dua Kali Selebret

Wednesday, November 30, 2011

Sempena 15 tahun...2 kali kami selebret...
hambek kau...kau ado selebret dua kali??? hahahahaa...
melampau betul...nikah nye idak juge...
emm...ALLAH belum meng'ijin'kan kami bersatu..sob..sob..sob..

http://www.emocutez.com


Restoran Pertama:: Tony Roma's, Curve
Tarikh Kejadian:: 28-11-2011

Photobucket

Roti ni complimentary setiap kali kita order makan kat sini
kira nya satu table akan dapat satu set la roti
apa ke nama roti nie acu pun tak tau
tapi yang pasti EE sangat suka roti nie...

Entah apa mimpi pelayan-pelayan kat Tony Roma's nie
malam tu layanan untuk kami sangat sangat sangat special
EE dapat makan roti nie sampai 3 ketul...siap tapau bawa balik lagi
macam tau tau je malam special kami...ngeh..ngeh..ngeh..

Photobucket

Main Course acu

Photobucket


Main Course EE
melampau beno tinggi nye...dah rupa menara condong Pisa dah

Photobucket


Tak ada dessert sebab MELAMPAU sangat kenyang nye...



Restoran Kedua:: TGI Friday's, Kuala Lumpur
Tarikh:: 29-11-2011

Sekali lagi keluar dinner bersama
asal nya nak makan di Road House Grill kat Jalan Ampang
tapi rupa nya dah tutup...bankrupt kot..entah...

So, kami pilih ke TGI Friday's
kebetulan TGI dekat dengan KL Tower nie baru buka
singgah kat sini lah..orang pun tak ramai

Photobucket


Appetizer pilihan EE

Photobucket

Main Course acu

Photobucket

Main Course EE

Photobucket


Dessert kegemaran EE

Photobucket


Pinta acu pada teman-teman semua
doakan pengakhiran yang baik dalam hubungan kami ye..
dah tergedik-gedik nak kawin nie...eeeeyyuuuuuuu gatalll!!!!

http://www.emocutez.com



Photobucket








Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Wordless Wednesday #18

Satu dalam sejuta...


Photobucket




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Wordless Wednesday #17

Kena ikut cakap doktor..tapi...
acu dah lupa la apa tuan doktor tulis
ada sesiapa yang boleh tolong???


Photobucket





Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Food Walk:: Bukan Makanan Istana

Monday, November 28, 2011

"Ada kat mana??"

"Pejabat..."

"Tengahari keluar lunch kat mana?"

"Tak tau lagi...kenapa?"

"Jom lunch sama nak tak?"

"Ok.."


Itu petikan perbualan acu dengan EE hari Khamis lepas (24-11-2011)
acu ambil EE kat pejabat kemudian EE yang bawa ke "Istana"

Photobucket


The Castle Restaurant di Kampung Baru
kedudukan nya berhampiran dengan stesen Petronas, Kampung Baru
satu lagi restoran yang menyajikan makanan dari Timur Tengah

Banyak juga menu yang dijual di sini
bermula dari appetizer hingga lah dessert

Photobucket

Biasanya hidangan Timur Tengah nie portion hidangan besar kan??
di The Castle Restaurant nie kita boleh pilih set value meal
yang mana acu rasa portion makanan nya sesuai dengan orang kita
value meal nie pakej nya complete dengan soft drink

Photobucket

Bagi penggemar shisha pun ada disediakan dengan set makanan
kalau tak salah acu harga set nya bernilai RM15

Photobucket

Pilihan makanan EE ialah value meal Lamb Kabssa Rice + Coke Light

Photobucket

Portion nasi nya kecil saja kan??
sup nie pelengkap rasa untuk hidangan tersebut

Photobucket

Acu order manaqeesh lamb + cheese
pernah dengar manaqeesh???
acu baru first time tengok makanan manaqeesh nie

Sebenar nya manaqeesh nie ala-ala pizza Arab la
dibawah nya doh pizza yang sangat sangat lembut
walau pun dah sejuk tetap lembut
di atas nya ada topping...

Tiga pilihan topping yang boleh dipilih ikut selera
ada lamb, ada cheese dan juga za'tar
za'tar tu sejenis masakan Arab
pada mula nya acu nak cuba manaqeesh za'tar

Tapi pelayan tu yang suggest kan acu mix kan
topping lamb dan cheese...dan rasa nya???
fuhhhhh..!!!! memang marvelous...sangat nyummy

Photobucket

Selain manaqeesh, acu ada order Chicken Shawarma Sandwich
nie mana-mana restoran Arab pun ada
dan nie memang favourite acu pun...
sori lupa nak snap gambar

Eh..tapi kami tak makan habis tau...
manaqeesh tu acu makan 2 potong saja
shawarma sandwich langsung tak sentuh
semua nya bungkus bawa balik

Jus Epal nie sangat sedap
banyak serat epal daripada air...pure sangat tau

Photobucket

Kesimpulan nya, acu puas hati la makan kat sini
harga nya pun tak mahal sangat
so, lepas nie boleh datang cuba makanan lain pula :)

Photobucket









Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Recaro Fishnet For Sale

Sunday, November 27, 2011

Sticky post, pls scroll down for new entries.

RECARO FISHNET
NEWLY refurbish
Recaro ORIGINAL Fabric
EXCELLENT condition




Price:: RM750 (nego...)
Contact:: 012-3602006






Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Awal Muharram

Saturday, November 26, 2011

Jangan lupa baca doa Akhir Tahun dan Awal Tahun
untuk Awal Muharram nie ye...

Doa Akhir Tahun dibaca TIGA kali pada akhir waktu Asar
atau sebelum masuk Maghrib pada hari terakhir di bulan Zulhijjah

[klik untuk besar]

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan
terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan
di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun dibaca TIGA kali juga selepas Maghrib
pada malam pertama Muharram

[klik untuk besar]

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Antara amalan-amalan sunat dilakukan pada bulan Muharram

- Berpuasa.

Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam
pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam,
iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala
seperti mana beribadat selama 2 tahun.

- Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.

- Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah
selepas Asar sebanyak 3 kali

- Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Tazkirah:: Tolong Potong Kuku

Friday, November 25, 2011

The Truth



Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Wordless Wednesday #16

Wednesday, November 23, 2011

EE..!!!! boleh tak nak yang nie????






S.E.K.S.I kan????



p/s::gambar ehsan Pakcik GooGLe




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Happy 15th Anniversary EE...!!!!!!

Tuesday, November 22, 2011

Pejam celik pejam celik..sudah 15 tahun berlalu
terasa baru semalam saja kami kenal
masih terngiang lagi di telinga
perkataan pertama yang keluar dari mulut EE "comel nye.."
semasa pertama kali EE terpandang acu dalam dewan kuliah di kolej dulu
(comel la sangat...EE rabun masa tu...hehehee)

Bermula dari situ...macam-macam usaha EE laku kan
untuk mendekati acu...ramai orang yang terpaksa jadi
"posmen" tak bergaji...acu panggil "posmen karat"..hehehee

Acu masih lagi menyimpan semua surat, kad atau nota
pemberian EE...dari kolej hingga lah acu habis belajar di UTM
acu simpan baik-baik dalam fail...bila gaduh acu akan belek fail tu
menitis air mata mengenangkan semua yang indah yang kami pernah lalui


Photobucket



Salah satu lukisan yang EE lukis...
dapat inspirasi lepas tengok movie "George Of The Jungle"



Photobucket



Ce tengok gambar kami dulu-dulu...
tengok pada si gadis... kulus je...



banding kan dengan gambar kami sekarang nie...



Photobucket


manyak gomok oooo...hahahahaa...tu tanda nya B.A.H.A.G.I.A

Dugaan demi dugaan kami tempohi bersama
walau pun ada masanya terasa seperti mahu menyerah
tapi Alhamdulillah hingga ke hari ini
kami masih lagi bersama di atas kehendak-Nya

Sudah 15 tahun tak terasa ke nak bersatu sebagai suami isteri??

tak nak kahwin ke??

Soalan demi soalan menerjah lubang telinga nie
jawapan standard atau klise "belum sampai jodoh"

Tidak ada pasangan yang bercinta yang menginginkan perpisahan
semua nya berharap agar hubungan cinta berakhir ke jinjang pelamin
mengharapkan hubungan kekal bersama hingga ke akhir hayat

Setiap hari tak putus doa yang acu pohonkan dari Yang Maha ESA
semoga dipermudahkan segala urusan jodoh kami ini

Semasa menunaikan umrah bulan Mac haritu
(klik sini, sini, sini, sini dan sini)
acu sanggup memanjat Jabal Rahmah hingga ke puncak
untuk mendoakan kami bersatu
sanggup meredah ribuan manusia untuk bersolat di Raudah
dan Hijir Ismail untuk mendoakan
pengakhiran yang baik untuk jodoh kami

Pendek kata semua tempat yang orang cakap mustajab
berdoa untuk jodoh semua acu pergi...
tapi Allah masih belum mengizinkan kami bersatu

InsyaAllah jika sampai masa dan ada jodoh kami berdua
serta dengan izin Nya kami berdua akan bersatu juga
sebagai suami isteri seperti mana yang kami impikan bersama

Doa kan kami ye...


Photobucket





p/s:: EE...dinner kita postpone ke weekend ek...



Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Simple Birthday Celebration

Monday, November 21, 2011

Kejadian berlaku on 16-11-2011 di Johnny's Alamanda, Putrajaya

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Habis makan kami pergi berlibur di Dataran Masjid Putrajaya

Photobucket


Hampir pukul 12 tengah malam baru gerak balik rumah
walaupun sekejap je tapi kami tetap enjoy :)



Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"