Followers

Pesanan Untuk Orang Cantik

Tuesday, April 24, 2012

**auto publish post

Artikel di petik dari kotak email acu

Photobucket


Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

Photobucket


Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda
alam ini tidak sempurna.

Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya.
Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja
mengikut kehendak-Nya.

Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal atau mempertikai itu ini.
Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan
yang ada pada diri anda.

Photobucket


Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.

Photobucket


Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

Photobucket


Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV.

Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami
untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.

Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan. Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan Allah.

Photobucket


Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan Allah!



Photobucket
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Elak Kecurian, Dirompak dan Di Rogol Dalam Rumah Sendiri

Monday, April 23, 2012

**auto publish post

Artikel di petik dari kotak email acu

Photobucket


Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.


Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

Wasallam.



p/s::gambar ehsan En.GooGLe




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Buat Kaum Adam

Friday, April 20, 2012

**auto publish post

Dikongsi dari laman Facebook


Assalamualaikum w.b.t.

Artikel di bawah bukan daripada hasil penulisan saya. Ia merupakan perkongsian daripada Fatin Liyana Izzati melalui nota di Muka Buku. Kepada penulis asal, semoga Allah merahmati kamu. Setelah membacanya,tergerak hati mahu kongsikannya di sini.

Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja
ataupun tidak sengaja. Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya
bangkit kembali. Juga buat perempuan-perempuan yang masih terluka.


Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau biarkan, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak
engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata,
seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan,
seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan
yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang
perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan
yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan
yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!

Kerana cintanya, engkau mengajaknya melakukan dosa, sedangkan engkau tahu
dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan hatinya sedangkan engkau tahu
dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu
bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan
engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu
dia perempuan hebat. Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu.

Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja
perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu
menjadi seorang hamba cinta!

Jika dia suatu masa dulu, seorang muslimah yang terkenal mengajak manusia
melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan.

Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau permainkan kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan
ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi
seorang yang berbeza, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.

Dan, setelah sekian lama engkau bersamanya, engkau masih tidak menjadikan perhubungan kamu menjadi halal. Setelah dia semakin berharap akan cintamu,
engkau biarkan dia dalam kebingungan, menanti saat engkau melamarnya.

Dan saban hari, engkau biarkan dia dengan tanda tanyanya. Engkau menyatakan
engkau masih belum bersedia, tapi mengapa engkau memberi harapan padanya?
Mengapa perlu engkau berikan kata-kata manis padanya? Mengapa tidak kau katakan sahaja yang dia bukan siapa-siapa di hatimu? Mengapa tergamak engkau biarkan
hatinya terus menderita? Dan setelah itu, apabila merasa bosan dengan
perempuan itu lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah
di dalam tong sampah.

Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu.
Dan engkau katakan pada rakan-rakanmu bahawa perempuan itu adalah 'bekas' cintamu.BEKAS? Tergamak engkau mengaibkan perempuan yang telah banyak berkorban untukmu itu.Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan hati seorang perempuan terhormat!

Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan
perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan
mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.

Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi
sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa
dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi;
Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin
membuatkan dia mengingat kembali insan seperti kamu.

Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman
itu akan membawa bencana lagi dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi
dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA.

Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu.
Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi.Dia kini bangkit kembali, membiarkan kelukaan itu sembuh dengan
hadirnya cinta Tuhannya. Jangan pernah engkau samakan perempuan itu suatu masa
dulu dengan kini. Masa merubah segala kerana dia perempuan terhormat yang kembali menjaga dirinya dan hatinya!








Photobucket
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

"Kenapa Orang Islam Sembah Bangunan Kain Hitam Tu?"

Thursday, April 19, 2012

**Auto Publish Post

Artikel yang diambil dari Facebook

Photobucket

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."








Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

WW#46:: Sole Lovers

Wednesday, April 18, 2012



Photobucket


Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Jangan Selalu Tidur Lambat

Tuesday, April 17, 2012

**Auto Publish Post

Sumber dari kotak email acu


Good rest and sound sleep is very important... if u don't sleep well,
The toxins in your body will accumulate... Affecting your health and your mood...

The main causes of liver damage are:

1. Sleeping too late and waking up too late are the main cause.

2. Not urinating in the morning.

3. Too much eating.

4. Skipping breakfast.

5. Consuming too much medication.

6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.

7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oil use when frying, which includes even the best Cooking oils like olive oil.
Do not consume fried foods when you are tired, except if the body is very fit.

8. Consuming overly done foods also add to the burden of liver.
Veggies should be eaten raw or cooked 3-5 parts.
Fried Veggies should be finished in one sitting, do not store.

We have to adopt a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habits is very important for our body to absorb and get rid of unnecessary chemicals.

Because….

Evening 9 - 11pm: is the time for eliminating unnecessary/ toxic chemicals (detoxification) from the antibody system (lymph nodes). This time duration should be spent by relaxing or listening to music. If during this time a housewife is still in a un relaxed state such as washing the dishes or monitoring children doing their homework, this will have a negative impact on her health.

Night at 11pm - 1am: The detoxification process in the liver, and ideally should be done in a deep sleep state.

Early morning 1 - 3am: detoxification process in the gall, also ideally done in a deep sleep state.

Early morning 3 - 5am: detoxification in the lungs. Therefore there will sometimes be a severe cough for cough sufferers during this time. Since the detoxification process had reached the respiratory tract, there is no need to take cough medicine so as not to interfere with toxin removal process.

Morning 5 - 7am: detoxification in the colon, you should empty your bowel.

Morning 7 - 9am: Absorption of nutrients in the small intestine, you should be having breakfast at this time. Breakfast should be earlier, before 6:30am, for those who are sick. Breakfast before 7:30am is very beneficial to those wanting to stay fit. Those who always skip breakfast, they should change their habits, and it is still better to eat breakfast late until 9 -10am rather than no meal at all. Sleeping so late and waking up too late will disrupt the process of removing unnecessary chemicals.

Midnight to 4am is the time when the bone marrow produces blood.

Therefore, have a good sleep and don't sleep late.






Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Acu Ke Sana Lagi..Doakan Acu Ya

Friday, April 13, 2012

Alhamdulillah sekali lagi acu berpeluang ke Tanah Suci
untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarga tercinta
InsyaAllah flight acu akan berlepas ke Jeddah pukul 10.10 pagi nie

Acu mohon kawan-kawan doakan acu dan keluarga
selamat pergi dan selamat kembali...
doakan juga acu sekeluarga sihat dan dapat menjalani ibadat Umrah
dengan lancar...amin.

Dikesempatan ini, acu menyusun 10 jari jemari yang halus dan gebu nie memohon jutaan ampun dan maaf atas semua salah dan silap acu atau ketelanjuran kata hingga ada hati yang terguris dan halal kan segala pemberian, makan dan minum selama kita kenal samada di alam maya mahu pun di alam realiti.

InsyaAllah panjang umur, kita akan berjumpa semula 2-Mei-2012 :)

Photobucket
sekeping gambar buat penawar rindu..ada yang rindu ke??





p/s::sayu rasa hati ketika menulis entri nie :(







Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Food Walk:: Ke Bagan Lalang Tapi Bukan Cari Lalang

Thursday, April 12, 2012

Petang Semalam EE "culik" acu kat office
bawa lari acu ke Bagan Lalang...mau makang ikang kat sana

Banyak-banyak kedai makan yang ada, kami pilih restoran nie

Photobucket

Antara pilihan seafood yang ada

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Nie yang EE pilih...acu follow saja

Siakap Stim Limau

Photobucket

Pepahat Masak Bercili...nie memang feveret acu ;)

Photobucket

Udang butter...emmm..rasa nya sedap lagi acu buat..hehehehee

Photobucket

Muka kebulur macam tak makan 44 hari..

Photobucket

Lama gile nak tunggu makanan sampai
maklum la orang memang ramai...
lapar punya pasal lupa nak ambil gambar persekitaran

Happy bila dah dapat makan...hahahaaa

Photobucket

Masa dah nak habis makan tetiba ada peronda polis buat pengumuman
mengenai amaran tsunami...so, minta orang ramai berjaga-jaga

Family sebelah meja kami nie nak sambut birthday asal nya
dengar saja pengumuman polis tu terus kelam kabut nak balik

Photobucket

Sambut birthday pun tergesa-gesa...hahahaaa
pastu asyik dok jenguk ke laut..."air dah naik...air dah naik"


p/s:: Hari nie sakit perut + demam mungkin sebab
makan banyak pepahat cili tu semalam :(





Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

WW#45:: I'm Ready..!!!

Wednesday, April 11, 2012

Pemohonan Ke Luar Negara dah lulus

Photobucket

Cuti dah apply

Photobucket

Barang pun dah siap packing

Photobucket

Tunggu masa mau "terbang" saja lagi :)
Owh..!! Tak lupa juga Cik Pinky untuk keselesaan sepanjang "terbang"

Photobucket




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Acu Ada Abang Baru

Tuesday, April 10, 2012

Acu ada abang baru..!!!

Bermula dari link video nie di wall DJEpoi

Photobucket

Acu pun komen

Photobucket

Dibalas oleh DJEpoi dengan komen nie

Photobucket

Terus dibuat pengumuman oleh DJEpoi malam tadi

Photobucket

acu cilok gambar dalam FB DJEpoi...sori tuan..hehehee

Photobucket

Zaman sekolah pun tak pernah ada abang angkat
dah tua-tua macam nie tetiba ada abang angkat
rasa kelakar lak...heheheee...




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Rindu Nak Ber"peluh" Dengan Mereka

Rindu nya nak "berpeluh" dengan mereka bertiga nie

Photobucket


Photobucket

Photobucket


Mereka bertiga nie "semangat" acu kat gym
lama nya nak tunggu Mei :(




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Layout Simple???

Monday, April 9, 2012

Ada orang mengadu blog acu lambat loading
kata nya banyak gadget yang berat-berat dalam nie
kalau boleh dia nak layout blog acu nie simple je
macam layout blog dia

Photobucket

So, i try my best buang gadget yang merapu tu semua

Photobucket

tapi nak tukar layout simple macam blog dia????
emmm....tak mungkin kot sebab acu suka benda yang comel
secomel muka dan jiwa acu....hahahahaaaaa
(**confirm pakngah rasa nak muntah baca ayat last tu kan??? hahahaa..)




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Rezeki Khamis

Thursday, April 5, 2012

Semalam stayback dalam keadaan kelaparan
Alhamdulillah pagi nie rezeki berganda

Memula dapat nasi lemak

Photobucket

Kemudian dapat bihun goreng

Photobucket

Terima kasih kawan-kawan :)




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

WW#44:: Saat Semua Enak Bersantai..Acu???

Wednesday, April 4, 2012

Waktu menunjukkan lebih 9 malam

Photobucket

Ditemani 2 ekor panda comel
(erk...abaikan debu-debu disekitar itu ye..)

Photobucket

Masih gigih mengetuk pak hitam

Photobucket

Menyiapkan benda alah nie

Photobucket

Demi memastikan tak ada pekerja yang missed soruuuuu bulan nie
acu berkorban demi NEGARA..!!! uwaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!





Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"