Followers

Bila Yang Di Rancang Tidak Menjadi

Sunday, January 17, 2016

Betul lah kata orang
Kita hanya mampu merancang
Hanya Allah yang menentukan

Sedih bila yang di rancang tidak menjadi kenyataan.. mungkin ada hikmah disebalik semua ini

Sabtu Yang Seronok

Saturday, January 16, 2016

Sekarang ni rutin pagi sabtu Cik Darling diisi dengan menghadiri Kursus Asas Haji seperti tahun lepas

Eh.. nama Cik Darling belum naik lagi untuk pergi Haji tahun ni..
Saje je Cik Darling buat persediaan
Mana tau kot tetiba ada rezeki nama naik kan.. doakan Cik Darling ye :)

Selesai kursus pukul 11 pagi tadi Cik Darling bersama dengan family kakak ke Kota Kemuning Shah Alam.. ada kenduri

Kenduri kahwin anak kepada sepupu Cik Darling sebelah arwah emak
Seronok pergi kenduri tadi dapat jumpa sepupu-sepupu yang datang dari Kedah
Riuh rendah dewan.. hehehe

Balik dari Kenduri sampai rumah dah hampir pukul 4 petang... mata pun layu je so, layan zzzzZZZZZZzzzzzz je lah

Entri Pertama Dua Ribu Enam Belas

Friday, January 15, 2016

Akhir nya... ada juga kesempatan nak update blog Cik Darling
yang dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat Cik Darling tinggal

Sebelum melangkah tahun 2016, dah berazam nak update blog tiap-tiap hari
tapi sebaik je melangkah ke tahun 2016.. emmm.. tinggal azam je lah
dah hari ke lima belas baru berjaya update

Banyak benda Cik Darling nak cerita kan
tapi macam biasa lah.. sibuk dengan kerja harian
ya.. kerja memang tak kan pernah habis
diri sendiri yang tak pandai nak "mencuri" masa
sebab tu asyik tak berpeluang nak update blog

Pernah terfikir nak tinggalkan dunia blog
tapi terasa sayang pula
sebab macam-macam cerita boleh di coret kan di sini
nanti boring-boring boleh baca balik apa yang kita tulis

Tak pe lah.. nanti update je lah mana yang berpeluang
buat je lah episod throwback
janji segala peristiwa penting tertulis kat sini
untuk kenangan hari tua nanti kan.. hehehehe

 photo Picture36_zpseuryikln.jpg







Photobucket