Followers

#Throwback #2015 Hari Terakhir Di Tanah Suci

Thursday, March 10, 2016

Usai solat Subuh 11-12-2015 kami semua melakukan tawaf wida' bersama
berdoa panjang semoga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik
dan dijemput lagi ke sini.. mudah-mudahan ada rezeki menjadi 
tetamu Allah pada musim haji tahun ni

Doakan Cik Darling ya :)

 photo Picture21_zpseffelcir.jpg

Balik ke hotel semua ready untuk check out
dalam pukul 10 pagi semua orang ready untuk bertolak ke Jeddah

Kami dibawa ronda-ronda di tepi pantai Jeddah dahulu
sebelum di bawa ke hotel transit.. Saha Hotel

 photo Picture22_zps88ekoiae.jpg
 photo Picture24_zpsxr7ulca3.jpg
 photo Picture23_zps7tkkzm0u.jpg
 photo Picture25_zps6nnbuxrz.jpg
 photo Picture26_zps8dv7uc7c.jpg

Transit di Saha Hotel untuk makan tengahari dan solat
kami berehat seketika di sini sebelum di bawa ke airport

 photo Picture28_zps6p9yqz6e.jpg
 photo Picture27_zpstihbpjm1.jpg

Dalam pukul 3 petang kami terus ke airport
Alhamdulillah segala urusan check in berjalan dengan lancar

 photo Picture30_zpsultel5c5.jpg
 photo Picture29_zpsnonox3vz.jpg

Flight kami delayed dua jam
jadi sementara tunggu flight, kami bertiga isi perut dulu
saja menghabiskan saki baki duit riyal yang ada

 photo Picture31_zps8ug2eeu9.jpg

Akhir nya, tiba masa untuk berlepas

 photo Picture32_zpswavhqp3w.jpg

Alhamdulillah pagi 12-12-2015 kami selamat sampai di KLIA
bacaan doa selamat, bersalam bermaafan 
dan bergambar beramai-ramai sebelum berpisah

 photo Picture36_zpsxc1luyvt.jpg
 photo Picture33_zpsmppokbj7.jpg
 photo Picture34_zpsfkj8tfy4.jpg

Anak-anak sedara dan kakak Cik Darling dah siap sedia menunggu

 photo Picture37_zpsvbswselg.jpg
 photo Picture35_zpsp01duupa.jpg
 photo Picture38_zps7dzmmz7v.jpg







....TAMAT...









Photobucket

WW#95 #Throwback #2015 Merpati Di Tanah Suci

Wednesday, March 9, 2016

Kalau ke Tanah Suci mesti nak bergambar dengan burung merpati
Cik Darling pun sama tak nak terlepas peluang

 photo Picture15_zps4nrp5da6.jpg
 photo Picture16_zpsdp1h4rer.jpg
 photo Picture17_zpsn4yyurop.jpg
 photo Picture18_zpsg66ttpyk.jpg
 photo Picture19_zpsrtzsupbq.jpg
 photo Picture20_zpsqhqwf7aq.jpg

Burung-burung merpati ni "melepak" kat tepi hotel
harga makanan untuk bagi makan burung SR5
banyak dijual di tepi-tepi jalan



Credit pada Habib untuk gambar-gambar Cik Darling ni semua



...to be continue...







Photobucket

#Throwback #2015 Sedekah Makanan

Tuesday, March 8, 2016

Menjelang hari terakhir di bumi Mekah
ustaz buat kutipan di kalangan ahli rombongan
duit hasil kutipan ustaz belikan makanan dan minuman
untuk disedekahkan kepada golongan musafir dan pekerja-pekerja masjid

Maka petang 10-12-2015 ustaz minta kami semua
berkumpul di depan pintu 84 selepas solat Asar

 photo Picture1_zps5tlzsrtu.jpg

Kami bersama-sama bergerak menuju ke gerai makanan
yang telah ditempah oleh ustaz
masa ni kaki Kak Ma kena jarum
so, dia rasa sakit bila berjalan sebab tu Cik Darling
suruh dia naik kerusi roda

 photo Picture2_zpszlbovdbb.jpg

Suasana di depan gerai tersebut
kami belikan shawarma falafel dan air kotak berharga SR3

 photo Picture3_zpsbieyqjir.jpg
 photo Picture5_zpsctvowobu.jpg
 photo Picture4_zps3sruoxjf.jpg
 photo Picture6_zpseyotmite.jpg

Sempat bergambar dengan jemaah dari Pakistan

 photo Picture7_zpsfnbqbqpf.jpg

Selesai edarkan makanan, kami pula beli makanan untuk kami berbuka puasa
Alhamdulillah dapat sehari lagi berpuasa di bumi Mekah ni
kami bersama-sama berbuka puasa di dataran masjid

 photo Picture8_zpsf7z00sxq.jpg
 photo Picture9_zpsrmjbgcsi.jpg

Air special pemberian tokey gerai makanan tadi

 photo Picture10_zps780tijrv.jpg

Selepas Isyak, Cik Darling dan Kak Leeza tak terus balik
kami berdua bersama dengan Habib pergi jalan-jalan ke mall
Cik Darling nak cari jubah dan perfume yang kakak ipar pesan
sempat le berposing sekeping dua di dataran masjid.. hehehee

 photo Picture11_zpss8pi4rym.jpg
 photo Picture12_zpsien8gdxi.jpg

Dapat beli jubah dua pasang
boleh lah pakai jubah baru balik nanti

 photo Picture14_zpsequohwna.jpg

Habis shopping terus balik ke hotel nak packing barang
belum balik pun hati dah mula terasa rindu dah
air mata mula mengalir.....




...to be continue...










Photobucket

#Throwback #2015 Lawatan Ke Hudaibiyah

Monday, March 7, 2016

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
dengan izin Allah period Cik Darling kering pada 09-12-2015
jam 1.30 pagi Cik Darling pergi ke Masjidil Haram
untuk selesaikan ihram Cik Darling

Tidak lah berseorangan.. Cik Darling pergi ditemani dengan kakak-kakak
dan beberapa orang jemaah lain termasuklah ustaz dan Habib

Tapi semasa di dalam masjid Cik Darling berpecah dengan diaorang
diaorang lakukan tawaf sunat manakala
Cik Darling buat tawaf dan saie umrah
janji jumpa diaorang kat dataran selepas selesai solat Subuh

 photo Picture8_zpsrapejzpv.jpg
 photo Picture9_zpsynizwjmi.jpg

Pagi ni kami ada lawatan ke Hudaibiyah
sebelum ni bila pergi ke Hudaibiyah mesti nak pekena susu unta [sini] dan [sini]
tapi kali ni unta tiada.. kata nya kerajaan Arab Saudi dah "sorokkan" unta
sebab konon-konon nya nak elakkan penyebaran virus Mers CoV
yang katanya berpunca daripada unta




Jadi, kali ni kami terus dibawa ke Masjid Hudaibiyah
untuk berniat ihram dan mendengar sedikit tazkirah berkaitan sejarah Hudaibiyah
ni juga merupakan umrah kami yang terakhir sebelum kami berangkat
balik ke Malaysia

 photo Picture10_zpsqgnvx3wy.jpg

Balik dari Hudaibiyah, kami di hantar ke hotel
naik hantar barang dan ambil wuduk semula sebelum terus ke Masjidil Haram

Alhamdulillah kami semua berjaya selesaikan umrah terakhir kami bersama-sama
semoga Allah panjangkan lagi usia kami dan menjemput kami kembali semula

 photo Picture11_zpshfu04kjy.jpg
 photo Picture14_zps2luhyuef.jpg
 photo Picture13_zpsruuub29r.jpg
 photo Picture12_zpsqeu1kshl.jpg

Lepas selesai semua kami terus balik ke hotel berehat
solat Asar kami di hotel sebab masing-masing terasa penat

Malam tu kami solat Maghrib dan Isyak di dataran masjid saja
memang saja nak solat diluar sambil hirup udara malam di sini




Usai solat Isyak, kami "berkelah" makan KFC kat dataran masjid
seronok sangat.. makan sambil memerhati gelagat manusia di situ
rasa KFC di Mekah tak sama dengan KFC kat Malaysia

 photo Picture15_zps2ehqr5nw.jpg

Kami beli sorang satu set sudahnya tak habis pun kami makan
jadi, mana-mana makanan yang tak berusik kami letak kan dalam satu kotak
Cik Darling sedekahkan kepada tukang sapu kat dataran tu
seronok betul diaorang dapat makan KFC.. senyum lebar

Balik dari masjid, kami singgah beli ais krim
penuhkan hajat Kak Jah yang teringin sangat nak rasa ais krim Mekah

 photo Picture16_zpsmbij32mi.jpg
 photo Picture17_zpsq4f9pra7.jpg
 photo Picture18_zpsvztggflx.jpg

Sampai kat hotel rehat sekejap pastu terus zzZZZZZzzzzzzz...




...to be continue...










Photobucket