Tuesday, February 3, 2009

Rima Melati & Marcell Kahwin Di Singapura Walau Beza Agama

Edit Posted by with 13 comments
Majlis Resepsi Perkahwinan Rima Melati dan penyanyi terkenal,
Marcell selamat diadakan dengan meriahnya pada 28 Januari lalu
di Restoran Tepak Sireh, Singapura.

Pada tarikh keramat mereka - 28 Januari 2009, mereka sah
menjadi suami isteri menerusi pernikahan yang dianggap Marcell
sebagai rahsia Tuhan. Majlis pernikahan yang diadakan di Restoran Tepak Sireh,
Singapura itu cuma dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Ternyata mereka berjaya mengadakan majlis dengan aman dan
tertutup seperti yang mereka hajatkan.

Malah atas dasar kesederhanaan, mas kahwin juga tidak disediakan
untuk pernikahan kali kedua Marcell mahupun Rima ini. Memilih tema
biru untuk malam pernikahan mereka, Rima menyarungkan pakaian
daripada L.A.B Bridal Couture. Majlis turut diserikan dengan nyanyian
Imran Ajmain dan Man Toyak. Pastinya persoalan agama di antara
pasangan ini menjadi bahan bualan ramai. Ternyata perbezaan agama
di antara mereka bukanlah menjadi masalah untuk hati dan jasad bersatu.

Rima Melati beragama Islam sementara Marcell adalah penganut
agama Buddha dan masing-masing masih kekal dengan fahaman tersendiri.
Bagaimanapun perbezaan itu bukanlah penyebab besar majlis tersebut
dijalankan di Singapura. Tetapi memandangkan keluarga pihak
perempuan lebih ramai bermastautin di Singapura, maka kota
Singa menjadi tempat pilihan mereka.

Malah seakan-akan sudah memikirkan bakal berungkai persoalan agama ini,
Marcell terlebih dahulu menulis dalam blognya:

“Masyarakat yang damai adalah masyarakat yang seimbang,
iaitu masyarakat yang dengan lapang dada mampu menerima dan
menghargai perbedaan dan pada masa yang sama tidak mengetepikan
dan meremehkan aturan dan norma yang berlaku. Dan motivasi
daripada kesemua tindakan ini tiada lain adalah rasa cinta dan kasih.”


Rima Melati yang dihubungi lewat panggilan telefon kedengaran bahagia
namun masih dalam kekalutan menyiapkan banyak perkara tertunggak.
Sewaktu dihubungi, pasangan ini dalam perjalanan pulang ke negara
kelahiran Marcell, Indonesia. Ternyata perkahwinan dan peluang kali
kedua dalam hidup masing-masing digunakan sebaik mungkin untuk
menjadi pelengkap melayari kehidupan.

Sebelum ini Marcell pernah menikahi penulis terkenal Dewi Lestari dan
dikurniakan seorang cahaya mata bernama Keenan berusia empat tahun.
Manakala Rima pernah menjadi suri hati lelaki bernama Davin James Cook
serta dikurniakan seorang anak lelaki bernama Edga yang kini berusia 20 bulan.

Jodoh dan maut memangnya di tangan Tuhan. Siapa tahu perkenalan
awal tahun 2006 sewaktu masing-masing masih bergelar suami dan isteri
pasangan lain merupakan detik penyatuan mereka hari ini. Laman web Facebook
menjadi penghubung dan akhirnya temu janji pertama pada April 2007
menjadi titik awal dan memori indah buat pasangan ini. - Kosmo










13 comments:

  1. hmmm..semakin ramai yang dah tak sayang Islam...Islam sekadar agama saja..dan akhirnya hanya tinggal nama ...

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak
    semoga Allah iman kita semua..Amin..

    ReplyDelete
  3. camne tu ekkk???

    bole ke gitu?

    ke Marcel da peluk Islam tp x nak announce???

    errrkkkk...cam pelik la pulakkk!

    ReplyDelete
  4. ntah le fea..
    hanya Allah & diaorg je yg tau hal kebenaran nye

    ReplyDelete
  5. Cantikla kaler tema baju diorg. Blh nmpk kurus kaler tu.

    Kat indonesia mmg camtu. Diorg campur adukkan agama. Syaa pernah baca buku agama diorg. Soklan agama berbunyi "apakah yg perlu saya lakukan bila isteri nak masuk islam". apakejadahnya soalan dia tu. tp mmg camtu. India pun sama. Tgkla shah ruk khan tu..wife dia bkn islam. Bykla lg. Yang islam pun atas nama je. amalan tak buat.

    Tp klw kat endon ni..yg islam betul extrem sgt. Tulah dulu ada kecoh..Msia nk wat camtu jugak. takyah amsuk Islam klw nak kawin. Bodoh ke apa. Sebutkan Rukun Nikah. Klw dh kawin dgn bkn org Islam tu berzina namanya.

    Ada Kubur diorg campur. Bila ditanya iman di sana..imam tu ckp..malaikat kan pandai..mesti tahu mana kubur org Islam mana Kristian. Hampeh! tu yg kena Tsunami agaknya tu.Rosak rosak..

    ReplyDelete
  6. Acu rima ni yg belakon dlm cite Dendam tu ye??? :(

    ReplyDelete
  7. Saya tak berapa kenal artis2 ni. Tapi pernah gak lah dengar nama dia.

    Tak kisahlah dia artis ke apa ke...Yang kita kisahkan akidah dia...

    ReplyDelete
  8. hysman::
    yup...pelakon cite Dendam tu

    ReplyDelete
  9. hysman::
    yup...pelakon cite Dendam tu

    ReplyDelete
  10. teruk betul la depa ni....suka hati mak nenek dia je nak kawen.....itu yg bala makin menimpa2 kan sekrg ni....

    ReplyDelete
  11. Nauzubillah min zalik...she showed a bad example to her son & ex.husband...who still embrace islam..haizz....

    ReplyDelete