Wednesday, June 2, 2010

Cám ơn SAIGON..!!!!

Edit Posted by with 12 comments

AMARAN AWAL:: ENTRY INI DIPENUHI DENGAN GAMBAR..SILA JANGAN MUNTAH YA...!!!


Hari Pertama :: 26-05-2010

- bertolak dari LCCT tepat jam 9.10pagi

- sarapan dalam Flight :: Nasi Beriani Bukhara & Milo Panas

- Alhamdulillah selamat tiba di Lapangan Terbang Tan Son Nhat
dalam jam 11pagi...segala urusan imegresion berjalan lancar

di bawa pusing bandar Saigon
- kemudian terus makan tengahari di Kedai Shamsudin
::salah satu restoran halal di Saigon

- selepas lunch, kami di bawa melawat Presidential Palace
:: bangunan yang di bina di antara tahun 1900 hingga 1906
merupakan tempat tinggal Presiden Ho Chi Minh satu ketika dulu
:: bangunan nie ada 6 tingkat - 2 tingkat terletak di bawah tanah

- dari Presidential Palace, kami di bawa melawat General Post Office
:: juga dikenali dengan nama Buu Dien Tanh terletak di tengah2
bandar Saigon yang dibina pada permulaan 20th century..

- dah puas pusing town, baru kami ke hotel..Lan Lan Hotel 2
:: Hotel yang terletak berdekatan dengan Ben Tanh Market..jalan kaki 10minit je

:: rehat..mandi..solat...kemudian malam nye sekali lagi
kami dinner di Kedai Shamsudin

- lepas dinner, aktiviti bebas...maka nye kami semua bertaburan
ke Pasar Malam berdekatan dengan Hotel Lan Lan..

- dah penat pusing..kedai pun dah nak tutup..kaki pun dah penat..
balik ke hotel dan zzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZZ...

Hari Kedua :: 27-05-2010

- Sarapan pagi kami di hotel..cuma roti je makanan halal
yang disediakan yang lain2 semua nye tak boleh makan...huhuhu

- bertolak dari hotel dalam pukul 8.10pagi menuju ke

Chu Chi Tunnel perjalanan mengambil masa 1jam lebih..
walau pun jauh nya cuma 75km saja nak tau sebab apa?
sebab nye kelajuan di sana cuma
40km/h saja...

- dalam perjalanan tu, kami singgah Handicapped Handicraft
:: pusat kraftangan orang cacat nie di bangunkan untuk
membantu orang2 cacat yang merupakan generasi
kepada mangsa peperangan dulu

- kami sampai di Chu Chi Tunnel dalam pukul 11 lebih..
:: di bawa menonton video & mendengar taklimat ringkas mengenai Chu Chi Tunnel

:: lepas taklimat, kami di bawa melawat kawasan sekitar..

:: kemudian di bawa ke tempat membuat makanan berasaskan beras

:: dan juga tempat membuat sandal & selipar daripada tayar

:: akhir nya sampai juga ke terowong yang dimaksudkan...
:: acu tak masuk pun..sebab terowog nye sangat la sempit..
tak muat u.. size i kan macam size American...hehehehe...
ketinggian nye cuma 80cm je so, sesapa yg nak masuk tu
kena la jalan macam jalan itik..

:: penat berjalan dalam terowong, kami di jamu dengan
makanan ubi kayu rebus kalau di Malaysia,
ubi rebus di cicah dengan sambal atau kelapa tapi
berlainan sekali di sana...ia nya dicicah dengan
garam+gula+kacang tanah

- dah abis semua nye, kami bertolak balik ke Saigon dan terus
makan tengahari..masih lagi di Kedai Shamsudin...

- lepas lunch, kami dibawa melawat ke War Museum...

:: muzium yang mempamerkan wajah2 mangsa perang,
generasi selepas perang, ada juga bayi yang menjadi
mangsa kesan kepada bahan kimia akibat perang,
segala bentuk penyiksaan tentera Amerika ke atas
rakyat Vietnam dan macam2 lagi...
sedih..sebak..nak menangis tengok gambar2 yang ada

- dari War Museum, kami terus balik ke hotel..solat..rehat...

- pukul 6.30petang kami di bawa untuk makan malam di
Restoran Lion City...satu lagi restoran makanan halal yang ada di Saigon

- dari Lion City kami di bawa menaiki cruise menyusuri Sungai Mekong
sambil menikmati persembahan tradisional & Fire Dance selama 1 jam

- abis belayar, kami balik ke hotel...apa lagi time tu shopping la...hehehe
- kedai dah nak tutup..kaki pun dah mula penat, kami balik ke hotel..


Hari Ketiga:: 28-05-2010

- Selepas bersarapan di hotel, 8pagi bertolak ke Bandar My Tho
:: perjalanan mengambil masa 1 setengah jam...

- sampai diBandar My Tho kami di bawa menaiki bot merentas
Sungai Mekong
untuk ke dusun buah-buahan...

:: kami dihidangkan dengan minuman teh bercampur madu asli & juga buah-buahan


:: pada yang berminat untuk membeli madu, sebotol madu di jual
dengan harga 4USD & Royal Jelly di jual dengan harga 10USD...
:: selain daripada tu, boleh juga beli candy yang dibuat berasaskan kelapa

:: dah puas makan, kami di bawa menaiki sampan menyusuri
denai-denai di Sungai Mekong untuk ke bot yang
telah siap sedia menunggu kami di jeti untuk balik semula ke Bandar My Tho..

-sampai di bot, kami diberi minum air kelapa sebagai penghilang dahaga

-on the way balik, kami bas melalui kawasan Kuil Buddha yang menempatkan
patung Buddha yang besar..kami lalu je tak singgah pun...

- sampai di Saigon, terus ke Kedai Shamsudin untuk lunch

- lepas lunch, kami dibawa melawat Masjid Musulmane yang dibina pada tahun 1935

- kemudian, terus balik ke hotel..rehat & solat..

- pukul 6.30petang, kami dibawa ke Water Puppet Show..
:: tapi tak semua ikut, sebab ada yang nak abis kan masa dengan
bershopping maklum le esok kami dah nak bertolak balik dah..tapi terus terang acu cakap, sangat2 rugi orang yang tak join tengok show nie

show nye cuma 50minit..abis show terus balik ke hotel untuk dinner
-sekali lagi kami dinner di Kedai Shamsudin...

-abis dinner, adalah waktu bebas kami...malam terakhir untuk shopping

- seperti biasa, sampai gerai semua dah nak tutup..baru kami balik
malam nie dah nak kena packing barang..takut esok kelam kabut
sudah nye, pukul 2.30pagi baru tidur...huh..penat nye...zzzzzZZZZZZZZ


Hari Keempat:: 29-05-2010

- memandangkan ari nie ada lah ari terakhir, maka nye pagi nie
adalah pagi untuk bershopping habis-habisan...hehehhee

- selepas sarapan di hotel, seawal jam 8pagi kami dah keluar menuju
ke Ben Than Market..nie pun dah kira lewat nie..plan asal 7.30pagi

- pukul 10.45pagi, kami balik ke hotel..nak kena packing barang2
yang baru dibeli nie...nak check out pukul 12tengahari

- dalam pukul 12 lebih, bas datang...banyak nye beg2 yang "terberanak"
jenuh pekerja tu mengangkut...hehehehee...

- dah setel semua, untuk kali terakhir nye kami lunch di Kedai Shamsudin

- lepas lunch, kami terus menuju ke airport...




- flight kami pukul 5.40petang waktu Malaysia..
Alhamdulillah kami selamat sampai di bumi Malaysia lebih kurang pukul 7.50petang

- Mr.EE ambil acu kat LCCT terus antar balik ke Kajang...
tak sabar nak rehat......PENATTTTTTTTTTTT....!!!!!!!!!





12 comments:

  1. Kaya pakcik samsudin tu selama 4 hari. haha. best tgk naik smpan tu...very traditional. i like.

    ReplyDelete
  2. wow! memang dasat aarrr...

    best dapat tengok Muzium Perang tu. Itu memang antara tempat popular utk dilawati tu...

    ReplyDelete
  3. piah, beg hang byk mana beranak pinak..? haha...

    ReplyDelete
  4. Kedai souvenir kat sana sama dahsyat ngan petaling street.

    ReplyDelete
  5. Emy::

    salah tu yang..Shamsudin cuma budak kecik...cucu kepada tuan punye kedai

    ReplyDelete
  6. azieazah::

    yup...mmg ditunggu oleh kami..
    sedih tengok gambar mangsa

    ReplyDelete
  7. kamalnzura::

    hahahaa...beranak 2 ja..

    ReplyDelete
  8. Waaaaaaaaaah...

    seronok jenjalan..

    banyak kenangan.
    merasai budaya org lain lak.
    besh..
    besh..

    ReplyDelete
  9. datin,
    syok noo hang jalan2 makan angin!!!!!
    bila nk mai kat aku nih! aku tunggu hng nih!!!!mai la cepat b4 aku blk.........

    ReplyDelete
  10. Penat tapi seronok dan berbaloi, kan?? :)

    ReplyDelete