Malam ni insyaAllah abang + isteri dan kakak Cik Darling
akan berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan Haji
Alhamdulillah rezeki diaorang bertiga terpilih
menjadi tetamu agung Nya pada tahun ni
Cik Darling buat rayuan juga tapi
nampaknya rezeki belum menyebelahi Cik Darling
Cik Darling percaya insyaAllah ada rezeki yang lebih baik
Allah susunkan untuk Cik Darling
siapa tahu kan?
Oh ya! travel buddy Cik Darling; Kak Mide pun
turut sama terpilih untuk ke sana tahun ni
Buat keluarga Cik Darling, Kak Mide dan seluruh umat Islam
yang terpilih untuk menunaikan haji tahun ni
Cik Darling doakan semoga semua nya mendapat haji yang mabrur
Semoga semua urusan sepanjang di sana sehingga balik ke Malaysia
dipermudahkan oleh Allah dan sentiasa berada dalam lindungan Nya
semoga selamat pergi dan selamat kembali
Nasi Ayam Ketagih??
Dengar nama pun rasa seram kan??
mula-mula Cik Darling dengar terkejut la juga
Tapi bila dah makan.. fuuhhh!!!
confirm nak datang lagi
Gerai Mat Top Nasi Ayam Ketagih ni terletak
di Sungai Layar, Sungai Petani
gerai di tepi jalan je
Waktu operasi gerai bermula jam 10 pagi
sehingga jam 7 malam
Tak suka makan nasi ayam?
jangan risau, banyak lagi pilihan menu lain ada di sini
Cik Darling tengok menu rasa macam nak order semua
tapi mana mungkin boleh makan semua sebab kami pergi bertiga je
Cik Darling order nasi ayam
kena try signature dish dulu la kan
Nampak gambar nya biasa je kan?
tapi kena rasa dulu baru boleh tau kesedapannya
Kak Leeza order laksa
Rupa tiada tapi rasa ada
rasa nak datang makan lagi lepas makan
Menu yang "wajib" dicuba bila ke sini selain Nasi Ayam Ketagih
ialah cendol durian.. isi durian 2-3 ulas ada dalam mangkuk tu
Puas hati bila makan tau..
Mimio order ABC Susu Meleleh
banyak gile abc nye.. sorang makan memang tak habis
Isi dalam nya pun banyak
dijamin tak menyesal kalau order
Dat set dalam kepala otak ni
nanti balik kampung kalau ada masa
Cik Darling nak pergi lagi ke sini
nak cuba menu lain pula :)
10-07-2016
Hari melepak di rumah
sebab ada ahli keluarga yang dah balik ke sarang masing-masing
tapi sebelah petang kami keluar makan di Pantai Murni
Hajat hati sebenarnya nak makan Mee Tulang
tapi kedainya tutup jadi, kami makan seafood kat sini
Sementara tunggu makanan sampai, Cik Darling dan anak-anak
berjalan-jalan di persisiran pantai sambil tunggu sunset
Okay makanan dah sampai
ni antara makanan yang kakak order
Kenyang perut suka hati
terima kasih Kak Adah sebab belanja makan :)
09-07-2016
Open house disekalikan dengan house warming
rumah sepupu Cik Darling di Pendang
Meriah makanan.. macam-macam ada
nasi daging, sate, kambing golek, ais krim
tapi Cik Darling pulun makan dua benda ni je
abc sebab cuaca panas sangat.. so, Cik Darling makan 2 mangkuk
laksa tu sangat sedap... so, 2 mangkuk gak Cik Darling makan... hehehehe
On the way nak balik rumah, kami singgah beraya
di rumah sorang lagi sepupu di Jenun
tapi takde rezeki nak berjumpa, anak dia je yang ada kat rumah
Sebelum balik, sempat la bergambar sekeping kat laman rumah dia
08-07-2016
Selepas solat zohor, Cik Darling ikut Kak Leeza pergi beraya
ke rumah kawan sekolah dia di Alor Setar
Kak Leeza berbual, Cik Darling dan anak-anak
makan.. bergambar.. makan.. bergambar.. hehehehe
07-07-2017
Syawal kedua kami beraya di rumah Kak Jah di Sungai Petani
Kak Jah ni kakak nombor dua dalam keluarga Cik Darling
Beraya sambil sambut birthday cucu Cik Darling; Amsyar
cucu sulong Kak Jah
Kejap je dah 2 tahun dah umur Amsyar
bermakna dah 2 tahun juga lah Cik Darling kehilangan GulaHati
Amsyar lahir 3 hari sebelum arwah GulaHati Cik Darling meninggal
Habis je makan kek, anak-anak semua dah busy bergambar kat luar
Cik Darling tumpang sekaki... hehehehe
Keluar dari rumah Kak Jah dalam pukul 6 petang
terus balik ke rumah takde singgah mana-mana dah