Anugerah Skrin 2016 yang berlangsung di PICC pada 18-11-2016 yang lalu Cik Darling ke sana bersama dengan kakak dan dua orang anak sedara
Antara artis-artis yang sempat kami jumpa dan bergambar
Pukul 2 lebih kami bergerak balik singgah Warung Sup Meletop kat kawasan rumah Cik Darling laparrrrrrrr...!!!!!
Terima kasih daun keladi Abang Loba bagi Cik Darling pass ASK kalau ada rezeki, nanti nak pass AJL pula boleh?? hehehee terima kasih juga EE sebab kenal kan Cik Darling dengan Abang Loba :)
Cik Darling berkesempatan menonton teater Mak Cun D'Walei di Istana Budaya pada Ahad dua minggu lepas (13-11-2016)
Cik Darling tak pergi menonton seorang diri dua orang anak sedara setia menemani Syikin dan Dillah
Budak berdua ni pertama kali masuk Istana Budaya so, happy nya lain macam sikit.. hehehehe
Persembahan bermula dalam jam 3.30 petang pembukaan pun dah menarik Mak Cun siap menari tarian Hindustan lagi
Sempat penari Mak Cun bagi Cik Darling roti prata Mak Cun sedap.. lembut je.. hehehehe
Suka watak Fathia yang jadi artis gedik menjadi watak dia..
Amy Search pun ada dalam teater ni
Selain tu, Abam Bocey pun ada juga
Watak Rahul dijayakan oleh pelakon dari Pakistan Cik Darling lupa pula nama dia kacak juga orang nya
Teater Mak Cun D'Walei ni mengisahkan mengenai Mak Cun insan yang tak pernah kenal erti putus asa Mak Cun turun naik kedai dan supermarket untuk mempromosikan produknya namun tiada siapa berminat Mak Cun geram dan nekad untuk buktikan kepada mereka yang produknya boleh popular satu hari nanti lalu dia mengajak kawan usahawan yang lain untuk mengikuti sebuah festival bazaar halal food di Kuala Lumpur Malangnya semangat mereka mati bila barang jualan mereka tak laku semuanya berpunca bila artis-artis turut sama buka booth di situ ramai pengunjung serbu booth artis sahaja Mak Cun nekad nak upgrade kan produk nya Manisah cadangkan Mak Cun mendapatkan perkhidmatan dari kilang rempah di India kerana rempah India terkenal satu dunia Mak Cun dan Manisah berangkat ke India Mak Cun pergi dengan harapannya yang begitu tinggi berbeza dengan Manisah yang pergi saja-saja nak makan angin banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa Mak Cun tempuhi Dalam teater ni turut sama berlakon sebagai watak tambahan adalah kawan sekolah Syikin kalau tak salah nama dia Iskandar kiranya kami pergi ni untuk support dia lah juga
Cik Darling beli tshirt dan fridge magnet sebagai tanda kenangan teater Mak Cun
Selesai semua dalam pukul 6 lebih kami singgah makan di Sany Char Kuew Teow
Azan maghrib berkumandang terus kami gerak balik ke Kajang
Hari ni keputusan UPSR 2016 diumumkan sorang je anak sedara Cik Darling yang ambil UPSR ni anak sedara yang paling muda.. Muhammad Khairi
Alhamdulillah dia dapat keputusan 5A 1B subjek Sains dia dapat B
Memandangkan kat sekolah dia tak ada yang dapat 6A jadi, dia diumumkan sebagai Pelajar Terbaik kat sekolah dia terharu tengok video dia menangis gembira tahniah ye dik.. nanti acu cari hadiah untuk adik ye
Tahniah untuk semua adik-adik tak kisah lah apa pun keputusan adik-adik ini baru permulaan.. jauh lagi perjalanan adik-adik Cik Darling tertarik dengan ayat yang dapat melalui apilkasi WhatsApp
"Untuk yang ada anak ambil UPSR..
apa pun keputusan anak kita
banggalah dan peluklah mereka dengan ucapan TAHNIAH