Solat sebelum dan selepas solat fardhu
acu teringat peristiwa ketika di Tanah suci tahun lepas
acu pernah kena tegur dengan Jemaah dari Turkey
sebab tak buat solat sunat sebelum solat Zohor
Opps..!! bukan jemaah Turkey dalam gambar kat atas tu ye
Dia siap keluar kan hadis lah
sunnah Nabi Muhammad S.A.W lah..macam-macam lagi
Malu sangat time tu...ngeeee
tapi ye lah...memang salah acu pun :D
orang lain sibuk solat sunat, acu boleh duduk saja je
padan le dengan muka acu
Bermula dari hari tu, acu tak tinggal lagi dah
solat sebelum dan selepas...
tahun nie berkesempatan ke sana lagi pun
acu tak tinggal lagi dah...Alhamdulillah
ada hikmah orang Turkey tu tegur acu :)
Friday, July 6, 2012
Thursday, July 5, 2012
Sepang DragBattle 2012
Edit Posted by Darling Pya with 16 commentsTarikh Kejadian:: 26-06-2012
Lokasi Kejadian:: Sepang International Circuit
Dah lama acu tak layan drag nie
last layan drag nie tahun 2008 klik [sini]
lama gile...acu malas nak ikut EE
sebab drag nie biasa nye akan berakhir awal pagi
tunggu EE selesai tugas jam 2 pagi biasa nye baru balik
Tapi hari tu tetiba je teringin lak nak ikut EE pegi drag
EE ambil acu lepas asar dalam pukul 5 petang
terus ke SIC bersama dengan sorang lagi kawan dia
Sampai sana, terus acu buat hal sendiri
malas nak kacau EE bertugas
lepak kat luar, tengok kereta-kereta yang masuk drag nie
Kereta-kereta nie semua berbaris untuk ditimbang berat dan inspection
Memula kereta-kereta ini akan di inspection
tengok samada kereta-kereta nie memenuhi syarat pertandingan atau tak
check enjin
kemudian check lampu depan dan lampu break
Selesai check semua tu, kereta nie akan ditimbang
Time timbang nie, segala harta benda dalam kereta dikeluarkan
Lepas timbang, setiap kereta akan diberikan nombor
mengikut kategori yang diaorang bertanding
kategori nya terdiri dari kumpulan A hingga F
Semua kereta nie akan melalui proses yang sama
Dah selesai proses tu, baru lah diaorang ready untuk drag
track untuk drag nie lurus je...
ala-ala orang lari 100meter gitu
Papan timing disediakan untuk melihat kelajuan kereta yang berlumba
Drag nie menyaksikan perlumbaan 2 buah kereta sahaja dalam satu masa
sebab tu kat papan tu terpapar dua timing saja
Antara penyokong setiap team yang hadir
Pemenang nye acu tak sure team mana
sebab time tu dah ngantuk...sempat snap satu gambar je..hehehehe
Apa-apa pun tahniah lah pada yang menang ye
yang tak menang cuba lagi tahun depan
Selesai semua dah hampir jam 2 pagi
terus gerak balik...acu tidur sepanjang jalan
sedar-sedar je EE kejut dah sampai..hehehehee
Wednesday, July 4, 2012
WW#55:: Rindu
Edit Posted by Darling Pya with 13 commentsWW#54:: Acu Dan Super Hero Kesayangan
Edit Posted by Darling Pya with 14 commentsTarikh Kejadian:: 01-07-2012
Lokasi Kejadian
Berlangsung nya Konsert Super Hero kesayangan acu
Acu ke sana dengan salah seorang peminat tegar Super Hero
juga merupakan kenalan yang acu kenal thru blog; Ieda
"Reunion" dengan peminat-peminat Super Hero
ada antara nya yang dah dua tahun tak jumpa
selepas showcase Super Hero di Hard Rock dulu [sini]
Opening act yang "hado"...huh!!
Aksi-aksi my Super Hero...nyummyyyyyyy :)
Sempat juga promote bekas protege dari program Mentor; Anas
Tapi paling best, dapat jumpa Super Hero kat belakang stage
Pukul 1 pagi balik singgah MC D kat tepi highway...kebulur!!!
Macam mana la nak kurus acu oi..pukul 1 pagi makan burger..adoiii
apa-apa pun malam tu memang enjoy sangat...FT BEST..!!!!!
Tuesday, July 3, 2012
Sorry Berlorry
Edit Posted by Darling Pya with 14 commentsFuhh!!! Fuuhhh!!! Fuhhhhhh!!!
penuh sawang sana sini...labah-labah merata-rata
iskh...lama nya tak usik blog nie
blogwalking pun jarang-jarang
ada yang acu singgah tanpa meninggalkan jejak
ada juga yang acu sempat tinggal kan jejak
Ampun maaf...sori berlori...
tuntutan keja membataskan waktu acu untuk menulis
banyak benda nak di share kan tapi tak berkesempatan
insyaAllah acu cuba curi-curi masa update
tak kira lah kan walau pun cite tu dah lama "basi"..hehehehe
Sekeping gambar pengubat rindu kawan-kawan
(oppsss!! ada yang rindu ke???)
