Friday, January 16, 2015

"Ini Babi Ka??

Edit Posted by with 6 comments

Kisah berlaku di Cafe HUKM

Acu tengah tunggu pekerja tu siap kan bihun sup special yang acu dan kakak order
Datang seorang lelaki warga asing.. kalau tak salah acu mat Bangla

Berdiri di sebelah acu sambil dok tengok makanan2 yang dijual kat situ...

Tiba-tiba

"Ini babi ka??.."

Acu tengok makanan yang dimaksud kan oleh mat Bangla tu

"Hah??!! Babi?? Bukan la.. itu kue teow goreng.."

Aduih.. nak tergelak besar acu kat situ.. tak tau la kenapa dia boleh terfikir kue teow tu babi 😄😄😄😄

#MuhammadRayyanMikhail cucu sedara acu yang kedua 😊

Wednesday, January 14, 2015

WW#90 Lunch Dengan Girlfriends Di Magnum Cafe

Edit Posted by with 1 comment

Semalam punya plan nak lunch berdua
Di Secret Recipe je
Tapi akhir nya jadi lunch bertiga

Pilihan tempat Magnum Cafe di
IOI City Mall.. depan my ofis je nie

Kali kedua makan Brownies nie
And first time try Magnum Galaxy
Sedap!!

#mukasemuabulatbulat

Tuesday, January 13, 2015

Sama ke??

Edit Posted by with 5 comments

Balik dari kerja lepas parking kereta
Berjalan memuju ke gate apartment
Ternampak ada anak orang Arab menangis

"Why u cry??.."

Tak pedulikan soalan acu.. dia terus nangis

Acu agak dia nak masuk dalam tapi sebab tak ada security card so, tak boleh masuk
Sebab tu dia nangis

"Come.."

Berhenti menangis.. dia ikut acu
Berdiri depan lift tiba-tiba ada seorang lelaki Melayu bertanya

"Your son??.."

"Eh bukan.. bukan anak saya.."

"Melayu ke?? Muka nampak nak sama.."

Acu pandang anak Arab tu dengan dahi berkerut.. dok fikir kat mana yang sama
Anak Arab tu pandang acu dengan muka blur sebab tak faham apa-apa

Senyum saja sudah :)

#CelahManaYangSamaTu

Lamaran Jejaka Pakistan

Edit Posted by with 4 comments
Kejadian berlaku pada tahun lepas

Sambil duduk memerhati kawan acu memilih seluar yang nak di beli
datang tokey kedai tersebut.. duduk sebelah acu tiba-tiba buka cerita

"Saya kidai baju ada dua.. kidai karpet ada dua
kereta proton ada satu.. lori kicik ada satu
semua hutang sudah habis bayar
duit insyaAllah saya tak ada masalah.."

Dalam hati apa motif dia ni bercerita semua ni.. tapi acu layan kan je lah

"Saya mari sini umur 19 tahun.. sekarang sudah 11 tahun sini duduk
saya sudah lama tarak balik ke Pakistan sana
saya malas nak balik sebab nanti ayah, emak dan keluarga bising
mereka suruh saya kahwin.."

Acu tanya kenapa tak nak kahwin?

"Saya tak mau kahwin perempuan sana
saya mau kahwin dengan perempuan Malaysia
saya tarak kisah janda ka anak dara
semua saya okey saja
tapi saya tak mau perempuan muda sangat
itu perempuan muda suka habiskan duit.."

Owh.. gitu pula ye.. tiba-tiba soalan dia

"Awak sudah kahwin ka??.."

Hah??! Saya?? Saya belum kahwin

"Awak tarak minat mau kahwin ka?
awak mau tak kahwin sama saya?
boleh bagi awak punya nombor telefon?
saya mau kenal sama awak.."

Selesai kawan acu bayar harga seluar
dihulur nya buku untuk acu tulis nombor telefon
tapi acu cuma membalas dengan senyuman manis
sambil berlalu pergi

Hingga ke hari ini acu dah tak berani nak ke kedai tu lagi :)


#throwback gambar hiasan dengan belon singa di Tropicana Mall

 photo Picture1_zpsfd611392.jpg




Photobucket

Monday, January 12, 2015

Entri Pertama Di Tahun 2015

Edit Posted by with 4 comments

Assalamualaikum..

Lama betul acu tinggal kan blog ni tak berupdate.. last update bulan 9 ke bulan 10 tahun lepas

Tak tau mana nak mula.. tak tau mana satu nak cerita sebab banyak benda yang nak di cerita kan

Emm.. memandangkan ni entri pertama
Cukup sekadar intro.. insyaAllah nak kena istiqamah update blog lepas nie..

Mampu ke?? Ngeeeeeee 😆😆

#throwback gambar makan cendol bakar Dengkil Disember 2014