Thursday, November 10, 2016

No More 7012.. Annyeong Gary Oppa

Edit Posted by with No comments
Kawan-kawan peminat Running Man?
salah satu rancangan realiti yang popular dari Korea
Cik Darling antara peminat tegar rancangan ni



Paling Cik Darling minat dalam rancangan tu adalah Kang Gary
pernah Cik Darling dan anak-anak sedara gigih
serbu Gary Oppa masa dia datang ke KL bulan September 2015 [sini]



Pada 25-10-2016, pihak rancangan Running Man membuat pengumuman
bahawa Gary akan menarik diri daripada rancangan ini
selepas tujuh tahun bersama
alasannya sebab nak fokus 100% dalam bidang muzik





O.M.G..!!!!


Rasa nak pitam.. berderai air mata dengar kejutan ni
maaf lah bunyi nya macam over kan??
tapi memang itu yang berlaku
menangis beria-ia.. rugi air mata ai.. hahahaha

Siri ke 324 yang disiarkan pada 6 November 2016
merupakan siri terakhir yang disertai oleh Gary

Selepas ini, tiada lagi Gary dalam rancangan tersebut
tiada lagi Monday Couple Moment bersama pasangannya Song Ji Hyo
tiada lagi lawak jenaka yang selamba daripada dia.. uwaaaaa...

Baca surat-surat yang ditulis oleh peserta Running Man yang lain
buatkan air mata Cik Darling tak berhenti-henti mengalir
over nye kau Cik Darling oi..








Entahlah.. biarlah korang nak cakap apa pun pada Cik Darling
tak dapat nak gambarkan perasaan Cik Darling ni
pantang tengok scene Gary, pasti air mata cepat je mengalir

Ucapan Gary Oppa untuk peminat dia kat instagram




To Gary Oppa,

I'm still shocked
this is so hurt and sad
but I respect your decision

Thank you so much Oppa for the moments
for the smile you put on our faces
for the friends I made because of you

Be the Gary's Fans is the happiest things in my life
I will miss seeing you on TV

I wish you success, wealth and happy always
I will always support you no matter what

Saranghae Oppa..!! ❤️❤️



p/s:: Credit some photos to Google, FB Running Man and Instagram



Monday, November 7, 2016

Badminton Oh Badminton

Edit Posted by with 1 comment
Bermula bulan lepas, Cik Darling kembali berjinak dengan sukan badminton
hampir 15 tahun Cik Darling gantung raket badminton
dah lama tak main lepas ligamen injured masa main bola jaring suatu ketika dulu



Buat masa sekarang ni kami main seminggu sekali
bertempat di Stadium MPSJ Sri Kembangan



Biasanya kami booking dua jam
bermula jam 8 malam hingga jam 10 malam
tapi kalau court kami booking tu kosong
kadang tu lajak juga ke pukul 11

Bermula dengan empat orang
sekarang, dah bertambah jadi 8 orang
dah jadi seronok pula bila dah ramai-ramai

Sesekali dapat keluarkan peluh jahat
terasa ringan sikit badan
dan secara tak langsung dapat hilangkan
sekejap stress kat tempat kerja :)

Thursday, November 3, 2016

Tahniah Semua

Edit Posted by with No comments
Cik Darling nak ambil kesempatan kat sini
nak ucapkan tahniah kepada semua anak-anak sedara Cik Darling
yang telah selamat berkonvo pada tahun ni

Masa majlis konvokesyen diaorang Cik Darling tak dapat hadir
sebab dalam masa yang sama Cik Darling terlibat dengan
majlis konvokesyen di UPM



First, Diyana.. graduan dari UNIKL Gombak
dalam bidang Kejuruteraan Elektrik



Alhamdulillah sekarang tengah mengikuti Skim Latihan Siswazah TNB

Second, Habib.. graduan dari UNIMAP Perlis
juga dalam bidang Kejuruteraan Elektrik



Sama dengan Diyana, sekarang tengah mengikuti Skim Latihan Siswazah TNB

Third, Mimi.. graduan dari UITM tapi kampus di KPTM Cheras
dalam bidang Perakaunan



Alhamdulilllah sekarang di UNIMAS Sarawak
sambung belajar dalam Ijazah Perakaunan di sana

Tapi Mimi ni konvo dua kali
yang di UITM Cik Darling tak dapat pergi
Cik Darling pergi di PICC Putrajaya
Majlis Konvokesyen KPTM



Semoga semua anak-anak sedara Cik Darling sukses
dalam semua bidang yang mereka pilih


Wednesday, November 2, 2016

WW#100 Kami Dalam BH Online

Edit Posted by with 4 comments
Gambar Cik Darling dan anak-anak dalam BH Online
diambil oleh jurugambar akbar Berita Harian
ketika kami menunggu pintu stadium dibuka




Tuesday, November 1, 2016

Semangat Hijau Kuning

Edit Posted by with No comments
Kenangan dengan anak-anak sedara Cik Darling
menonton perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Okt 2016
pasukan Selangor menentang pasukan Kedah
bertempat di Stadium Melawati Shah Alam

Seawal jam 12.30 tengahari kami ke Shah Alam
pergi awal supaya senang nak cari parking



Alhamdulillah.. parking kami betul-betul
berdepan dengan laluan masuk ke stadium
belakang dengan pasaraya Giant

Sempat bergambar dengan penyokong Kedah



Kami lepak makan kat Subway memandangkan
kat sini je yang tak ramai orang
restoran fast food lain semua penuh
food court Giant pun penuh
surau dan toilet pun penuh orang
kebanyakannya dipenuhi dengan penyokong Kedah



Kenyang makan, kami jalan-jalan di luar stadium
sementara nak tunggu pintu stadium buka pada jam 4 petang
semua nak cari tshirt untuk kenangan

Rezeki dapat berjumpa dengan abang DJ Epoi
salah seorang blogger pencen.. hehehe



Abang Epoi berniaga di sini.. menjual baju tie dye
bersama dengan ahli keluarga dan pekerja nya



Tshirt yang dibeli terus je sarung kat situ.. hahaha
tapi ni belum complete lagi ni



Okay dah complete transform..!



We are ready..!!




Suasana dalam stadium






Lagu semangat untuk pasukan Helang Merah



Mendengar ketua kumpulan Ultras Kedah membacakan doa
sebaik sahaja semua pemain bersedia untuk bermain
hati jadi sayu.. sebak.. dalam hati tak putus-putus berdoa
semoga Kedah kembali menjadi juara pada tahun ini

90 minit ditambah pula 30 minit masa tambahan
Kedah dan Selangor kekal seri 1-1
kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti

Sebelum bermula penalti, hujan dah mula turun
mula-mula rintik kemudian makin lama makin lebat
penonton yang bawa anak kecil dah mula beredar

Kami??

Kekal diam di situ sebab kami dah bersedia dengan baju hujan
dari awal lagi kami dah bawa baju hujan
kami menganggapkan hujan yang turun ni adalah hujan rahmat
untuk pasukan Kedah





Ada di kalangan penonton Kedah tak henti-henti berdoa
termasuklah Cik Darling dan anak-anak sedara
kerana salah satu waktu doa dimakbulkan adalah ketika hujan

Alhamdulillah.. akhirnya Kedah dinobatkan sebagai juara
Piala Malaysia tahun 2016
nampak tak keputusan kat belakang tu?

Kedah menang dengan keputusan penalti 6-5




Yeeayyyyyyyyy..!!!!
berbaloi segalanya.. berpanas siang hari
berhujan di malam hari
suara hilang tiga empat hari
puas hati..!!!