acu tertarik dengan artikel dari paper Harian Metro ari nie
baca la...sambil tu pikir la ada kah kita tergolong dalam golongan ini....
KUALA LUMPUR: Punca pendapatan atau rezeki diperoleh mana-mana keluarga yang tidak berkat mungkin menyebabkan anak-anak terjurus untuk melakukan pelbagai perbuatan tidak bermoral termasuk ‘melakonkan’ aksi seks.
Pakar Motivasi, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, berkata perkara berkenaan tidak boleh dianggap remeh kerana dibuktikan melalui kajian dilakukan ulama dan pakar psikologi.
Katanya, perlakuan anak-anak juga sebenarnya mencerminkan masalah ibu bapa sekali gus menggambarkan keadaan keluarga yang porak-peranda.
“Hasil kajian dilakukan ulama dan saya sendiri memang menunjukkan jika kita peroleh rezeki tidak berkat dengan mengamalkan rasuah, suka ponteng kerja atau duit judi, anak-anak akan menjadi liar.
“Selain itu, kajian menunjukkan ada kemungkinan ia berlaku kerana perangai ibu bapa juga sama ketika kecil dulu,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Semalam, muka depan Harian Metro melaporkan mengenai satu klip video bertajuk ‘budak-budak pun dah pandai sekarang’ yang memaparkan aksi ‘main-main seks’ sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan tersebar secara meluas di seluruh negara.
Dr Fadzilah berkata, semua pihak harus cuba menyelesaikan masalah ini.
“Ini tanggungjawab semua pihak baik ibu bapa, jiran mahupun pemimpin. Contohnya jiran tetangga, janganlah hanya mencemuh apabila melihat perkara seperti ini, sebaliknya berdoalah supaya anak jiran kita jadi orang baik-baik,” katanya.
minta di jauh kan Allah la keturunan kita macam nie...Amin...
About Me
- Darling Pya
- A simple girl, fun-loving person, like making jokes, easily to laugh (I suppose), like to help people, share stories. Well the bottom line is, I am just a simple Malay girl.
Blog Archive
Darling's Popular Posts
-
Cuak tak baca tajuk entri acu??? baca tajuk pun dah cuak apa lagi la acu yang alami nya nie mesti tertanya-tanya kenapa acu kena soal siasat...
-
Entry back dated...hehehe seperti di janji kan dalam entry lepas nie acu nak cite la pasal percutian acu aritu dengan family sebenar nye pla...
-
Acu dapat gambar2 nie semua daripada emel... erk...korang rasa betul ke ek... boleh sesapa tolong terang kan?? musykil la....
-
Sambil melayan FB ari ahad lepas acu tgk tv3...rancangan 3R isu yg di bincang kan ari nie "LAMBAT KAHWIN" sesuai banget....hahaha....
-
Semalam petang acu minta excuse dari my bos cik Maziah nak balik awal sikit....awal 30minit je bukan ada hal emergency cuma sebab nak pi non...
0 xoxo:
Post a Comment