Friday, August 7, 2015

Tiga Syawal 2015

Edit Posted by with No comments
Hari ketiga kami menerima kunjungan tetamu yang jauh nun di Selatan
sepupu sepapat dari Johor singgah beraya 
datang sekali dengan sepupu-sepupu dari Pulau Pinang

 photo Picture13_zpsaonj9y4v.jpg
 photo Picture14_zpsnbg9qcmq.jpg
 photo Picture15_zpstqsjlxh2.jpg
 photo Picture16_zpsosihtcuk.jpg

Lepas diaorang balik, Cik Darling sempat ke kenduri tahlil rumah Maktam Cik Darling
tak jauh pun.. sebelah rumah je... hehehee
rezeki dapat berjumpa dengan kawan-kawan sekolah rendah
seronok sangat berbual sampai lupa nak amik gambar beramai-ramai

Sempat bergambar dengan dua orang ni je
sorang BFF Cik Darling masa zaman sekolah rendah dulu
sorang lagi tu boifren Cik Darling masa tadika dulu... hahahahaa

 photo Picture18_zpsgvmdgjcn.jpg
 photo Picture17_zpsw8kiblin.jpg

OOTD Syawal Ketiga: Jubah dari Glory Collection
tudung pasar malam je..






Photobucket

Thursday, August 6, 2015

Dua Syawal 2015

Edit Posted by with 1 comment
Syawal kedua, Cik Darling dan keluarga keluar beraya ke rumah
saudara sebelah arwah abang ipar sulong

 photo Picture9_zpsgk0xpi7u.jpg
 photo Picture10_zpssycdasea.jpg
 photo Picture11_zpsup6il8f1.jpg

Sampai rumah dalam pukul 3 petang macam tu
berehat kejap konon-konon nya lepas Asar nak keluar beraya lagi
tapi bila dah semua membongkang keletihan
memang dah malas la... hahahahaa

OOTD Syawal kedua: Melinda Peplum dari Mis Claire
Tudung half moon pasar malam je :)

 photo Picture12_zpspknttfed.jpg







Photobucket

Wednesday, August 5, 2015

Satu Syawal 2015

Edit Posted by with 1 comment
Cerita 1 Syawal???

Dah nak habis Syawal dah Cik Darling oi... hang baru nak cerita pasal 1 Syawal??


Alaaaaa... boleh la kan?

blog sendiri apa nak kisah..
kan?? kan?? kan?? hehehehe

Lama sangat tak ber update blog nie

nak kata sibuk sangat tu boleh tahan la sebenar nya
tapi hakikat sebenar, Cik Darling ni yang tak pandai  nak arrange masa
tu yang asyik rasa tak ada masa je nak update blog

Okay lah.. jom baca cerita 1 Syawal Cik Darling


Pagi 1 Syawal Cik Darling mulakan dengan solat raya di masjid


 photo Picture1_zpsifbmqgrl.jpg
 photo Picture2_zpspiecaavr.jpg

Usai solat, lepas bersalam-salaman dengan jemaah yang lain
kami terus ke kubur
menziarahi kubur arwah ayah, mak, nenek dan abang ipar
(ulang tayang gambar kubur tahun lepas )

 photo Picture3_zpsz5ocub10.jpg

Tahun kedua beraya tanpa arwah mak
dan tahun kesebelas tanpa arwah ayah
semoga arwah ayah dan mak Cik Darling di tempatkan di kalangan orang beriman
ameeen....

Selesai urusan di kubur, kami terus balik ke rumah

tak singgah ke mana-mana pun
sebab dah tau dah
kebiasaan nya selepas solat raya tetamu ramai datang ke rumah

Raya pertama kami hidang kan lontong di makan bersama sambal ikan bilis

selain daripada hidangan kuih raya yang kakak Cik Darling buat
tapi sorry, no photo... terlupa nak ambil.. hahahaa

 photo Picture4_zpszsqudckk.jpg

Tapi menu yang paling best adalah Raja Buah.. Durian!!!!

 photo Picture8_zpskc0j0scy.jpg

Kami letak je dalam kotak, sapa nak ambil lah
buah dari dusun banyak.. nak makan sendiri tak termakan dah
jadi, kami kongsi kan dengan tetamu yang datang

Separuh hari kami habiskan masa di rumah je

tak sempat nak keluar ke mana-mana sebab melayan tetamu
Alhamdulillah tahun ni tetamu datang tak putus-putus

Lepas solat Asar, kami tutup pintu rumah

turn kami semua pula keluar beraya.. hehehehe

 photo Picture6_zpstojvsdls.jpg
 photo Picture7_zpsqyu5ua8g.jpg

Dah nak Maghrib baru balik rumah
Alhamdulillah selesai raya pertama kami yang sederhana tapi meriah

OOTD Hari Raya Pertama: Minah Traditional Kurung dari Mis Claire


 photo Picture5_zpsvldjuzlr.jpg

Tudung cantik dah ke laut dah petang tu
penat punya pasal malas nak berlilit shawl
sarung je apa yang ada... hahahaha









Photobucket