Wednesday, October 30, 2019

WW#107 Skill Terbaru Scammer

Edit Posted by with 2 comments
Cik Pya dapat ni daripada forwarded message dalam group whatsapp. 
Wallahua'lam betul atau tidak. Apa pun ni buat peringatan 
untuk kita semua supaya lebih berhati-hati.





Tuesday, October 29, 2019

My Daily Supplements

Edit Posted by with No comments

Cik Pya saja nak share supplements yang Cik Pya amalkan
setiap hari. Dah lama lah makan supplements ni cuma
baru tahun ni Cik Pya betul-betul istiqomah makan setiap hari.
Kalau sebelum ni, asyik skip je 😆

Yang mula-mula Cik Pya amalkan adalah minyak zaitun
dan habatus sauda. Dah bertahun-tahun dah Cik Pya makan 2 ni.
Orang cakap kalau nak kesan yang bagus kena makan
yang jenis minyak tu. Tapi Cik Pya ni tak boleh telah lah yang minyak.
Cik Pya makan yang soft gel punya. 

Setiap hari Cik Pya akan isikan supplements ni dalam bekas macam ni.


Sebelum ni Cik Pya makan habatus sauda jenama Minsyam. 
Suka makan hababatus sauda ni sebab dia buang angin dalam badan.
Masa mula- mula makan dulu kan, asyik kentut dan sendawa je 😅

Sekarang Cik Pya makan habatus sauda jenama Nigellacure.
Brand ni Cik Pya beli masa ke Egypt bulan Mei hari tu.
Beli banyak-banyak sebab kat sana sebotol ni jatuh dalam RM8 je.


Untuk minyak zaitun, Cik Pya makan jenama Minsyam. Salah satu sebab
kenapa Cik Pya amalkan minyak zaitun ni ialah untuk mengatasi gastrik.
Dulu Cik Pya kerap juga kena gastrik tapi alhamdulillah sejak amalkan
minyak zaitun ni, dah lama tak kena gastrik.


Semua orang tahu vitamin C ni bagus untuk kulit. Cik Pya makan vitamin C
jenama ni sebab nak yang boleh kunyah. Sebelum ni ambil jenama
Redoxon. Tapi asyik malas nak makan je sebab kena rendam dalam air.


Pil bawang putih ni Cik Pya baru amalkan tahun ni. Orang kata pil ni
bagus untuk buang angin dalam badan. Badan Cik Pya ni memang banyak
angin. Pernah pergi urut tapak kaki kat tukang urut Cina, dia kata

"Perut angin manyak"

Alhamdulillah terasa lah ringan badan sejak makan pil ni bergabung
dengan pil habastus sauda. 


Minyak ikan Omega 3 ni baru 2 tahun Cik Pya amalkan. Minyak ikan
ni bagus untuk kesihatan jantung. Sebelum ni macam-macam jenama
minyak ikan yang Cik Pya makan. Tapi sekarang ni kekal dengan jenama ni je.


Yang terakhir Cik Pya amalkan ialah minyak kelapa dara. Yang ni memang
Cik Pya baru amalkan. Itu pun selepas baca kelebihan makan minyak
kelapa dara ni adalah untuk meningkatkan metabolisme dalam badan
dan juga untuk membakar lebihan lemak dalam badan.


Sehingga hari ni, itulah supplements yang Cik Pya ambil setiap hari.
Badan obese macam Cik Pya ni kan berisiko untuk dapat pelbagai penyakit.
Emm.. tolong doakan Cik Pya istiqomah untuk turunkan berat badan ye 😁


Monday, October 28, 2019

Short Vacay

Edit Posted by with No comments
Pagi ni InshaAllah Cik Pya, Cik dan Mirah akan terbang ke Aceh Indonesia.
Kami ikut rombongan koperasi UDA Holdings. Empat hari kami di sana.
Doakan kami selamat pergi dan selamat kembali ye...


Note: Gambar flight masa bercuti ke Bandung dulu



Sunday, October 27, 2019

Deepavali Valthukkal

Edit Posted by with No comments
Happy Diwali to all my Indian friends.
May this Diwali come up with beautiful beginnings,
fresh hopes, bright days and new dreams.



Note: pic ulang tayang 😁




Friday, October 25, 2019

Food Walk:: Food Truck Tapak, Cheras

Edit Posted by with No comments
Korang suka tak makan dekat food truck?
Cik Pya suka lah.. suka tengok food truck yang berderet
dengan pelbagai jenis pilihan makanan. Salah satu tempat
makan food truck ni di Tapak Cheras. Tempat yang
terletak di Stadium Bola Sepak Cheras.

Hari tu Cik Pya berkesempatan ke sana kawan-kawan.
Bila keluar dengan beramai-ramai ni boleh order
pelbagai jenis makanan. Lepas tu share. 


Antara menu yang kami order







Suka makan kat sini sebab kita boleh lepak-lepak
santai. Sambil makan sambil berbual pelbagai topik. 
Kalau orang tak ramai boleh lah lepak lama. Tapi kalau
orang ramai kena faham-faham sendiri lah kan 😁




Thursday, October 24, 2019

Happy Belated Birthday Azman

Edit Posted by with No comments
Semalam keluar lunch dengan team-mate Cik Pya.
Makan tengahari sambil sambut sekali birthday untuk Azman.
Birthday nya 05-10-2019 yang lalu.
Tapi baru semalam berkesempatan nak celebrate 😅

Kami ke IOI City Mall Putrajaya. Tu mall yang paling dekat
dengan pejabat Cik Pya. Seberang jalan je uols.. 😁
Azman pilih nak makan di Manhattan Fish Market.

Kawan-kawan Cik Pya pilih untuk cuba menu baru kat sini 
iaitu Salted Egg Fish n Chips. Hidangan yang dihidangkan
ala-ala shell out.. makanan dihidangkan di atas kertas.
Gambar ehsan daripada Eina. Cik Pya tak ambil gambar
sebab dah makan dulu.. kelaparan 😆


Cik Pya pilih rice and Mediterranean clarias. Ikan yang dimasak
seperti asam pedas dimakan dengan nasi butter. Sedap!
Kena dengan tekak Cik Pya 😋


The six of us. Thank you to adik waiter yang baik hati
tolong ambilkan gambar kami berenam 😊


Kalau ikut Azman dia tak nak kek. Tapi mana lengkap kalau sambut
birthday tak ada kek kan? Jadi, kami beli a slice of carrot cake
dari Secret Recipe.





Once again, happy belated birthday Azman. 
May Allah bless you with a long life 😊



Wednesday, October 23, 2019

WW#106 Parcel Dari Photobook

Edit Posted by with 2 comments
Dapat parcel besar



Yang ditunggu dah tiba.. yeeayyyy..!!!
Photo book semasa travel ke Eastern Euro. Cik Pya ke Jerman, 
Republic Czech, Slovakia, Hungary dan Austria 😊







Sebenarnye ni tour tahun 2012. Baru sekarang nak buat photo book 😁


Monday, October 21, 2019

Abang Masuk Hospital

Edit Posted by with 2 comments
Hari Rabu 16-10-2019 Cik Pya dapat gambar ni daripada whatsapp
group keluarga.


Allah! kenapa dengan Bang Mat?

Sakit perut. Pukul 2 pagi tadi Kak Mi bawa ke hospital.


Agak sibuk whatsapp group family pagi tu. Cik Pya kat sini pun dah mula
tak keruan dah nak buat kerja. Hati dan fikiran melayang ke kampung.

Petang Rabu tu terus Cik Pya cari tiket bas untuk balik ke kampung
Jumaat malam. Plan nak ke Port Dickson dengan Ain terpaksa Cik Pya
cancel last minute. Abang sakit kat hospital, tak kan lah Cik Pya masih 
nak bersuka-suka kat sini 😥

Jadi, Jumaat malam tu Cik Pya naik bas pukul 11.15 malam di TBS.
Alhamdulillah selamat sampai kat Kedah jam 5 pagi.


Kami keluar dari rumah untuk ke hospital pukul 12 tengahari. 
On the way ke hospital tu singgah belikan kuih keria gula melaka. 
Abang suka. Beli nak bawa bagi abang makan.


Bila sampai kat hospital, abang tengah tidur. Kakak ipar cakap, 
abang masih sakit. Antibiotik yang doktor bagi, tak kurangkan apa-apa pun. 


Abang tahan sakit sampai demam. Abang pun tak boleh nak makan.
Katanya bila abang telan makanan, dia rasa sakit sebab tu abang tak nak 
makan. Maknanya kuih kami beli tu, kami sendiri jugalah yang makan 😅

Sebaik abang bangun, doktor datang jumpa abang. Doktor cakap,
pukul 5 petang nak terus buat operation. Abang terus setuju 
tanpa banyak soal. Tak tahan sakit sangatlah tu. 

Oh! Lupa nak bagitau apa sakit abang kan?

Sebenarnya, kata doktor ada nanah di luar usus abang. Bila tanya apa 
punca, doktor tak ada jawapan. Kena operation dulu baru boleh dia bagitau punca.

Pukul 4.30 petang abang ditolak ke bilik bedah. Semasa abang di bilik 
bedah, kami keluar cari makan tengahari. Perut tak berbunyi ni..lapar 😁
Cafe hospital tutup, terpaksa keluar makan kat restoran yang
berdekatan dengan hospital.


Balik ke hospital pukul 5.30 petang balik semula ke hospital.
Tunggu je lah kat luar bilik bedah. Lama juga lah kat dalam tu.
Pukul 7 malam baru selesai operation.


Sempat jumpa doktor. Kata doktor ada darah beku kat luar usus abang.
Darah beku tu kena infection sebab tu bernanah. Doktor kata kemungkinan
abang ada jatuh atau pun perut dia terlanggar benda. 


Darah beku yang dikeluarkan dari perut abang akan dihantar ke makmal 
untuk tahu punca sebenar.

Sebab abang belum sedar dan belum ditolak ke wad lagi, kami minta izin
daripada kakak ipar untuk balik ke rumah dulu. 
Hingga balik ke KL hari Ahad Cik Pya tak jumpa dengan abang 
sebab bas Cik Pya pukul 11.30 pagi.

Cuma bercakap kat telefon je dengan abang semasa tunggu bas sampai.
Kata abang alhamdulillah perut dia dah tak sakit. 
Cuma pedih kesan operation je. Syukur, dapat Cik Pya balik ke KL 
dengan hati yang tenang. Semoga abang cepat sihat dan 
dapat kembali ke rumah.

Tolong doakan abang Cik Pya ye kawan-kawan 😃







Friday, October 18, 2019

Food Walk:: Restoran Al Diafah Kajang

Edit Posted by with 4 comments
"Acu,nanti tolong cari mana-mana restoran. 
Kita ajak keluarga kita yang tinggal di KL ni
keluar makan beramai-ramai."

Permintaan yang Cik Pya terima daripada Long. Bila nak belanja family,
Cik Pya nak lah cari tempat makan yang sedap dan selesa. Memandangkan
family Cik Pya ni majoriti adalah penggemar nasi Arab, terus terlintas
difikiran Cik Pya Restoran Al Diafah. 

Cik Pya pilih yang cawangan Kajang sebab kat sini nak parking senang. Lokasi pun
strategik. Tepi jalan je.. berdekatan dengan Taman Kajang Putra. Bersebelahan
dengan Plaza Tol Sungai Ramal. Cawangan lagi satu kat Seri Petaling [sini]
macam susah sikit nak parking kalau kat situ.


Selepas dah dapat confirmation berapa orang yang boleh hadir, Cik Pya terus lah
buat reservation untuk kami sekeluarga. Bila nak datang ramai-ramai ni tak berani
nak walk in takut takde tempat. To be safe, baiklah buat reservation dulu.


Menu malam tu Teh yang pilih. Cik Pya dan yang lain ikut je. Kami semua ni jenis
tak kisah. Makan je apa yang terhidang depan mata 😁

Menu yang kami makan malam tu

Mendy Chicken + Mendy Lamb with Mendy Rice - kami order 2 talam. Tapi tak habis
makan pun. Siap tapau dapat 3 bekas lagi 😅


Set nasi ni didatangkan sekali dengan air asam tomato dan sayur timun.


Royal Mixed Grilled - juga 2 set kami order. Cik Pya suka sangat set ni. Dalam set ni
ada ayam, lamb dan fries. Kalau tak nak makan nasi, boleh lah order set macam ni.


Shawarma Plate - daging ayam yang di grilled di makan dengan roti Arab dan juga
fries. Ni pun pilihan kalau korang tak nak makan nasi Arab.


Kunafa - dessert yang sangat sedap. Cik Pya memang suka kunafa kat Al Diafah ni.


Muka-muka tak sabar nak makan 😆


Haa..! Amik kau.. dapat hongges tulang kambing terus hilang keayuan.
Ni kalau jodoh nampak, terus lari ni 😆


Alhamdulillah, suka sangat tengok semua orang happy dan kenyang.
Semua pulang dengan muka puas hati 😊