Friday, February 28, 2020

Food Walk:: Leleh

Edit Posted by with 2 comments
Lepas penat panjat tangga Batu Caves [sini]
Cik Pya dan Ain ke MyTown Cheras.
Ada barang nak cari kat situ.

Selesai beli barang, sebelum balik kami singgah makan di Leleh.
First time jumpa kedai Leleh ni dan first time juga nak
makan kat sini.


Kedai dia kecil dan simple je.
Masa kami masuk tu, tak ramai orang pun.




Menu makanan dia pun tak banyak sangat.


Cik Pya order Spicy Buttermilk Volcano.
Nasi putih di layer kan dengan telur dadar yang nipis.
Kuah buttermilk penuh. Dimakan dengan ayam goreng yang crispy.
Kemudian ditabur chili flakes untuk ada rasa pedas.
Tapi tak pedas sangat pun. Manja-manja gitu je..


Ain order Special Curry Chicken Rice.
Nasi putih dengan kari ayam. Kemudian ada hirisan telur dadar sikit.


Untuk air, kami oder Milo Float. Order segelas je.
Share minum berdua 😁



Emm.. rasa makanan kat sini ok lah.
Boleh lah kalau nak repeat lagi.




Thursday, February 27, 2020

#Throwback Celebrated Birthday Long

Edit Posted by with 2 comments
Ni awal bulan Februari punya cerita ni 😁
Sambut birthday Long di Pizza Hut IOI City Mall.
Kebetulan birthday Long 01-02-2020 jatuh pada hari Sabtu.

Makanan yang Abg Yeh orderkan..






Cik Pya belikan kek minta staf simpankan dulu.
Diaorang tak tahu pun.. Cik Pya nak buat kejutan untuk kakak.
Bila semua dah ada, baru minta staf keluarkan.


Surprise....!!!!!


Yeeaaaayyyy...!!! Berjaya buat kakak terkejut.
Sebak pula tengok muka kakak terharu 😢


Kakak bersama anak, menantu dan cucu-cucu.
Anak kakak sorang je.. Abg yeh.


Muka-muka tak sabar nak makan.. hehehehe


Selesai makan, kami ke arcade.. bawa cucu-cucu main games.




Cik Pya minta diri awal sebab nak kena ke Putrajaya Sentral.
Nak ambil Cik dan Syikin yang datang dari Penang.
Walaupun sekejap tapi Cik Pya puas hati sebab tengok muka kakak happy 😊




Wednesday, February 26, 2020

Kenduri ICT 2020

Edit Posted by with 2 comments
Hari Isnin 24-02-2020 bos-bos di department Cik Pya
belanja semua staf pelaksana di bawah bahagian.
Yang special nya, bos-bos yang masakkan untuk kami 😁

Antara makanan yang dimasak oleh bos-bos
















Selain masak di office, diaorang ada juga bawa pot luck





Staf-staf pelaksana ni cuma datang makan.
Habis kan je semua makanan yang disediakan 😋
Bos bagi pelepasan 2 jam untuk kami enjoy makan.




Thank you to our Timbalan Pengarah dan juga semua bos
Perkhidmatan ICT yang bertungkus lumus menjayakan
program kenduri ICT ni. Banyak sangat makanan.
Siap boleh tapau lagi bawa balik.


Semoga Allah murahkan lagi rezeki kita semua 💜



Tuesday, February 25, 2020

Mendaki 272 Anak Tangga Batu Caves

Edit Posted by with No comments
"Esok kita nak naik tangga Batu Caves"

"Nak ikut.. aku belum pernah naik lagi"

Maka nya, seawal jam 7 pagi Ahad tu
Cik Pya dah tercongok tunggu Ain kat Stadium Bola Cheras.
Kami naik satu kereta pergi ke Batu Caves.

Masa sampai tu kan, tengok dari bawah terus terfikir..

"Iskh.. boleh ke nak naik sampai atas ni??.."

Tengok tangganya menyacak je naik 😅


Mula-mula naik suku jalan je..
Tengok atas nampak sayup.


Tengok bawah pun dah mula nampak sayup.
Tiba-tiba hati berdebar. Cik Pya ni ada satu penyakit.. GAYAT..!!! 😫


Tau apa Cik Pya buat??

Cik Pya turun balik semula ke bawah. Tak jadi nak terus kan naik 😆
Dah sampai bawah, tengok balik atas..

Iskh... rugi kalau tak naik.
Nak tengok apa ada kat atas bukit tu.
So, Cik Pya naik semula pelan-pelan.

Masa Cik Pya naik kali kedua ni, Ain dah patah balik dah
Oh ya! Kami berpecah. Tak jalan sama pun.
Dia stamina padu. Cik Pya stamin out.. hahaha


Yahooo...!!!!




Ok dah..!! Jom turun..
Satu penyiksaan nak turun ni bila diri kau seorang yang gayat..!


Tapi Alhamdulillah.. berjaya sampai bawah dengan selamat.
Yeaaahhhh..!!! I made it..!!!


Sementara tunggu Ain, Cik Pya jalan-jalan sekitar.
Di sebelah kiri tangga, ada kaunter untuk sewa scraf.
Scarf disewa kepada pelancong yang memakai pakaian singkat.
Bayaran yang dikenakan RM5/ sehelai.
Tapi akan dipulangkan semula RM3 setelah scarf dikembalikan.


Di sebelah kanan tangga, ada kedai cenderamata.
Ada dijual barangan cenderamata dan patung tuhan Hindu.


Untuk penganut Hindu yang tak mampu mendaki untuk ke kuil di atas
ada disediakan juga kuil kat bawah ni.


Melepak kat tangga sementara tunggu Ain habiskan 6 pusingan.
Cik Pya surrender awal... hahahaha


Ain dah habis... masa untuk bergambar la pula kan.. hehehehe





Main kejar-kejar burung merpati sebelum balik.


Pukul 9 lebih kami gerak balik.
Dah bagitau Ain, nanti nak datang lagi.
Best juga panjat tangga ni walau pun sakit lutut dibuat nye 😅