Tuesday, June 30, 2020

Tak Dapat Ke Aceh Kita Balik Kampung Je Lah...

Edit Posted by with 6 comments
Cerita Baling Belakang...

Untuk mengubat hati yang duka sebab tak dapat ke Banda Aceh,
Cik Pya bawa diri balik ke kampung  (cewahhh..) 😁

Cik Pya balik dengan bas.. malas nak drive.
Ni first time naik bas sejak virus Covid-19 melanda.
Ada juga la rasa takut-takut tapi tawakal je lah...

Bas Cik Pya pukul 11 malam (Jumaat - 26-06-2020).
So, dalam pukul 9.50 tu Cik Pya gerak dari Kajang.
Cik Pya parked kereta kat TBS.

Hanya parking aras 5 sahaja yang dibuka.
Aras 4 dan aras 6 ditutup.
Pintu untuk masuk ke dalam terminal pun buka satu je.
Pintu tengah-tengah.

Seperti biasa, nak masuk tu kena scan My Sejahtera dan ambil suhu.


Masuk je dalam terminal tu...

Wow!! Lengang nye...!!
Tak ramai orang macam sebelum-sebelum ni.


Cik Pya terus turun ke Gate 1.
Kerusi menunggu masih mengamalkan penjarakan sosial 😊



Dalam pukul 10.45 bas sampai.. 10.55 dah jalan.
Perjalanan lancar je sebab tak banyak kereta.
Highway clear...

Alhamdulillah Cik Pya selamat sampai Kedah pukul 4.30 pagi.



Friday, June 26, 2020

Expectation VS Reality

Edit Posted by with 4 comments
Kalau tidak kan, pagi ni Cik Pya dah dalam flight terbang ke Banda Aceh dah


Tapi.....

Ada ni haa.. tercongok depan PC kat office sekarang ni 😔


Flight cancel sebab abang Covid-19 😭😭😭



Thursday, June 25, 2020

Terima Kasih Bos "Volvo"

Edit Posted by with 14 comments
Cerita berlaku hari Khamis lepas.

"Nanti aku belanja makan durian Batu Kurau"


Mesej yang diterima daripada salah seorang pegawai kat department Cik Pya.
Memula ingatkan dia gurau sebab dia memang suka bergurau 😅
Sekali rupa nye betul lah ada durian Batu Kurau kat luar pintu office 😋


Apa lagiiiiiii....

Moh le kita serbuuuuuuuuuuu..... 😆




Muka semua ceria dapat makan durian.

Isi nye pun cantik helok.. manis.. lemak.. comel-comel...




Terpaksa makan kat luar sebab ada 2 orang office mate yang tak makan durian.
Yang sorang tu siap tak boleh bau.
Tapi apa nak buat, terpaksa le tahan hidung gak sebab
majoriti dalam ni semua nye hantu durian 😅

Terima kasih daun keladi Bos Volvo
Ada rezeki nanti belanje lagi
Semoga bertambah murah rezeki bos untuk belanje kami lagi 😁



Wednesday, June 24, 2020

WW#120 Koleksi Baru

Edit Posted by with 2 comments
Jatuh cinta pandang pertama.


 Lama dah cari sling bag kecil macam ni.


Comel kan?


Terpaksa "cubit" sikit duit raya 😅



Tuesday, June 23, 2020

Masa Untuk Balik Ke Kajang

Edit Posted by with 2 comments
Cerita baling belakang 😁


Ahad 14hb hari terakhir Cik Pya di kampung.
Rasa sedih la pula... dah nak kena balik Kajang dah.

Sarapan pagi tu boleh tahan meriah nye 😉


Selain leftover nasi dagang, kari ayam dan kue teow goreng semalam [sini],
kakak masak kan mee goreng dan cucur jagung..
Feveret sangat cucur jagung ni tau..
Cicah pula dengan kuah kacang... oh mai..!!! so sedap..!!


Selepas sarapan, Cik Pya "kerjakan" buah durian ni
untuk dibawa balik ke Kajang buah tangan untuk kawan-kawan 😊


Selain durian, Cik Pya tapau kan juga buah manggis dan rambutan.



Cik Pya juga bawa balik ayam perap frozen ni.
Ni Anuar; anak sedara Cik Pya jual.
Menyenangkan hidup ada stok ayam frozen ni 😁


Dalam pukul 12 tengahari kami bertolak.
Oh ya! Cik Pya balik ke Kajang dengan Amzar dan Mira; anak sedara Cik Pya.

Alhamdulillah jalan lengang sangat.
Tak banyak kereta.


Kami singgah solat di hentian Tapah.
Kalau balik sebelum ni masa PKP hari tu [sini],
surau di semua hentian rehat di tutup.
Tapi kali ni, surau dah dibuka.



Alhamdulillah Cik Pya selamat sampai di Kajang pukul 5 petang.
Walaupun balik sekejap tapi alhamdulillah dapat hilangkan rindu
dengan family kat kampung.
Dapat juga berkumpul dengan adik beradik walaupun ada
yang tak dapat balik.

InshaAllah panjang umur, Raya Haji nanti kita jumpa ya 😊



Monday, June 22, 2020

Syawal 2.0

Edit Posted by with 2 comments
Cerita baling belakang 😁

Disebabkan masa 1 Syawal hari tu kita tak dapat nak raya dengan family.
So, balik kampung hari tu kita sambut Syawal sekali lagi la 😁

Dari awal pagi orang kat rumah dah mula sibuk.
Gotong royong masak berjemaah..





Tadaaaa... siap dah menu kami untuk Syawal 2.0 ni.
Simple je kan menu kami? 😊


Meh zoom apa menu kami makan hari tu...

Nasi dagang. Abang Cik Pya beli beras ni dari Shopee.
Beras tu dah siap semua rempah ratus dan juga rempah kari.


Gulai ikan tongkol. Ni guna rempah yang datang sekali dalam
set beras yang abang beli.
Sedap uols..!!!


Gulai ayam. Ni tambahan sebab ada anak sedara Cik Pya
yang tak makan ikan tongkol.


Acar rampai. Pelengkap untuk nasi dagang.


Ni dia menu special.. ketam masak cili 😋
MasyaAllah..!! Sedap sangat.
Ketam fresh kakak Cik Pya beli dari Pasar Bisik di Kuala Muda.


Manggo cheese cake sebagai dessert kami. Sedap nya oiii..!!
Orang Sungai Petani kalau nak oder kek boleh ke IG Humaira Cake [sini].


Air Sirap sebagai penyejuk tekak 😊


Sebelum makan, kami sambut birthday abang ipar Cik Pya.
Happy Birthday Bang Mee..



Sebelah petang Kak Ma buat roti pula untuk minum petang.
Macam-macam roti ada 😊




Cakap je nak roti apa.. inshaAllah Kak Ma mesti boleh buat.
Tetiba terasa nak pindah kerja duduk kat kampung.
Mesti best.. hehehehe

Ni rupa roti yang Kak Ma buat tadi.



Feveret Cik Pya roti golok tu.. roti pintal-pintal tu.
Lembut sangat roti yang Kak Ma buat.


Malam nya kami makan kue teow goreng Iman.
Dillah; anak sedara Cik Pya beli dari Restoran Iman Char Kue Teow Alor Setar.
Dan juga Korean Cheezy Chicken yang Syikin beli daripada kawan dia.



Meriah sangat cheese nye.
Bagus meniaga macam ni.. tak kedekut.


Aiyooo... hari ni memang hari makan je.. hehehee
Hati banyak happy sebab dapat berkumpul dengan adik beradik.
Rindu terubat selepas berbulan tak jumpa.



Thursday, June 18, 2020

Orang Balik Kampung Beraya, Cik Pya Balik Kampung Kutip Buah

Edit Posted by with 8 comments
Cerita baling belakang 😁

Ya.. orang balik kampung sibuk nak beraya
tapi Cik Pya balik kampung sibuk kutip buah 😊

Selepas solat zohor hari Jumaat 12-06-2020, kami bergerak
ke dusun buah yang terletak di Kampung Raga di Yan.


Masuk je jalan nak ke dusun, dah nampak buah durian tergolek
dalam jaring yang dipasang kat situ.


Kat atas pokok masih banyak buah durian yang belum gugur.
Alhamdulillah.. tahun ni hasil nye meriah 😊



Selain durian, buah rambutan pun ada.
Merahnya belum banyak.. tapi lepas la nak makan hilangkan ngidam.
Petik-petik terus ngap 😁


Buah manggis pun ada...



Buah pulasan masih hijau. Mungkin balik Raya Haji nanti dapat lah makan.


Korang kenal buah ni?


Ada beberapa orang kawan Cik Pya tak kenal.
Cik Pya panggil buah ni buah jentik.
Mungkin sebab cara nak makan dia kena jentik dulu kulit nye kot 😅


Erk.. mohon abaikan suara2 di belakang tabir tu ye 😅

Rupa isi buah nye selepas di jentik kulit nye


Buah jentik ni pun sama.. banyak dah buah nye tapi belum masak betul.



Dah penat merayau dalam dusun, kami ke rumah abang kepada kakak ipar Cik Pya.
Dia lah yang tolong jaga dusun ni. Pagi-pagi dia lah yang tolong
kutip buah durian yang gugur dan buah-buah lain yang dah masak.

Nah..!! Ni antara buah durian yang dia kutip pagi Jumaat tu.
Ni yang dia tinggalkan untuk kami makan.
Yang lain nye dia bawa pergi jual kat pekan.



Ni hasil kutip petang tu kat dusun belakang rumah dia.


Buah manggis yang dia dah kutip yang ditinggalkan untuk kami makan.


Buah rambutan ni kami ambil dari pokok di sekitar rumah dia.


So, apa tunggu lagi.. party durian le kita....!!! 😆






Sebahagian nye pula kami bawa balik.
Untuk makan kat rumah dan untuk diagihkan kepada
adik beradik dan sedara lain 😊


Alhamdulillah.. puas dapat makan buah fresh hari tu.
Nanti kita sambung makan lagi kat rumah 😁