Thursday, January 28, 2021

Today Is My Birthday..!!

Edit Posted by with 20 comments
Happy Birthday Cik Pya...!!!!


Doa CP agar Allah murahkan rezeki CP.
Semoga CP dikurniakan kehidupan yang bahagia.
Semoga Allah permudahkan segala urusan CP di dunia ni.

Semoga CP berubah menjadi insan yang lebih bertakwa.
Semoga CP berubah menjadi anak yang solehah. 
Semoga CP berubah menjadi anak yang taat pada ajaran agama.

Terima kasih kepada kedua-dua arwah GulaHati CP
yang telah melahirkan dan telah membesarkan CP dengan penuh kasih sayang.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, CP berpuasa pada hari ulang tahun kelahiran.
So, hari ni pun sama.. CP berpuasa. Kebetulan pula hari ni hari Khamis.
Jadi, terus lah niat puasa sunat Khamis.

Waktu bebuka tadi Cik masakkan sup ayam.
Dimakan dengan sambal kicap dan juga tauhu goreng.
Simple tapi wallah..!!! Sedap...!!




CP ni bagus tau.. sangat tidak cerewet.
Walaupun hari ni hari special, tapi CP tak demand.
Eh.. tiber terpuji diri sendiri pula.. ahak! 

Sampingan nye ada cucur bawang yang Long buat.


Dan juga popia basah yang abang beli.


Alhamdulillah... kenyang..!!

Ini malam semalam dah potong kek.
Sambut sekali dengan Syu.


Comel kan kek ni?
Kek Chocolate Indulgence dari Bread History.


And yeeaayyyy!! Dapat hadiah daripada Cik.


Thank you so much Cik.
Macam tahu-tahu je body mist CP dah nak habis πŸ˜…

Okay lah.. nak stop menulis.
Masa untuk membalas mesej-mesej Birthday di whatsapp dan FB.


Happy Birthday To Me....!!!








Wednesday, January 27, 2021

Happy Birthday Syu..!!

Edit Posted by with 8 comments
"Saengil Chukha Hamnida
Saengil Chukha Hamnida
Saranghaneun Syusyi
Saengil Chukha Hamnida..."

Happy Birthday to my anak sedara.
May you have a beautiful day with loads of
love and happiness you deserve.


Acu doakan semoga Syu dapat grad degree dengan cemerlang.
Semoga menjadi insan yang berguna dan membanggakan keluarga.

Love you 🌷





Monday, January 25, 2021

Pulut Durian

Edit Posted by with 16 comments
"Bang Leh.. beli lah durian. Teringin la nak makan pulut durian"

Tiba-tiba petang Sabtu dapat mesej daripada abang


Nyummmy...!!!
2 bekas ni abang beli.. total harga dalam RM200++
Mahal nye la hai.. kata nye sebab belum musim.


So, pagi Ahad CP bersarapan di rumah abang.
Sangat tak sabar nak makan pulut durian πŸ˜‹




Kalau tak nak makan pulut durian, kakak ipar ada gorengkan ikan masin.
Makan pulut kelapa dengan ikan masin.



CP semestinye lah pilih pulut durian... Oh mai.... sedap nye....!!!!


Brrrrruuupppp...!!!!

Opppsss!!!!
Alhamdulillah... puas dapat makan durian 😁


Terima kasih daun keladi Bang Leh.
Ada rezeki nanti belanja lagi πŸ˜‰






Friday, January 22, 2021

Shopping Sebelum PKP

Edit Posted by with 16 comments
Memandangkan hari ni hari pertama PKP di Kedah
so, semalam petang CP dan family kakak ke Sungai Petani.
Shopping sikit stok barang dapur.
Kami ke Pasaraya TF Value-Mart.

Gambar ehsan Google

Tengok parking kereta penuh.
Masuk dalam mula-mula nampak macam tak ramai orang.



Orang ramai di bahagian barang basah.
Mungkin beli stok lauk dan sayur kot.


Bila sampai kaunter bayaran.. nah..! Semua kaunter beratur panjang.



Usai membeli, kami ke Mc Donalds untuk dinner.
Tapi drive thru je... malas nak dine in sebab orang ramai.
Lepas beli Mc Donalds terus gerak balik.
Sampai kat rumah jam 9 malam.

So, hari ni kita duduk diam-diam kat rumah je 😊





Thursday, January 21, 2021

Work From Hometown

Edit Posted by with 8 comments
Aiyok.. lama blog CP ni menyepi.
Bukan tak ada cerita tapi mood menulis sedikit swing.
Masih nak menyesuaikan diri dengan keadaan WFH sekarang ni.

CP Work From Home.. tambah sikit lagi.. Work From Hometown.

Ya.. CP masih berada di kampung.
Sejak balik ke sini pada 24 Disember 2020 lepas [sini], CP belum lagi balik ke Kajang.
Dan kalau korang nak tahu, hari tu yang sepatutnya CP cuti seminggu dari
Chirstmas hingga ke New Year tu kan.. sebenarnya CP batalkan cuti tu.

Puncanya, setiap hari ada je masalah sistem yang perlu diselesaikan segera.
Jadi, CP mesej bos minta nak WFH dan nak batal cuti.
Bos okay je yang penting masalah semua selesai.
Alhamdulillah CP bawa balik laptop, sebab tu lah boleh stay WFH sampai sekarang.

Kalau sebelum ni WFO, balik rumah memang dah tak tengok kerja.
Tapi bila dah WFH ni, kerja nya tak kira masa.
Ada hari rileks ada hari hingga lewat malam masih bekerja.
Hari cuti pun kadang-kadang tu serupa tak cuti je.
Awal hari tu rasa macam stress juga tapi sekarang alhamdulillah.
Diri dah boleh terima dengan cara kerja WFH ni.

Work station CP kat kampung.
Katil kat sebelah je.. kalau penat terus je lah baring.. hahaha 😁


Thanks to Roaming Man.. portable wifi yang CP sewa.
Laju sangat internet kat kampung ni guna wifi tu.


Jumaat ni akan bermula PKP di negeri Kedah sehingga 04-02-2021.


Nampak gayanya CP akan sambung WFH lagi lah sehingga tarikh tersebut.
Tapi apa-apa pun kena tanya bos dulu.
Kalau bos arahkan balik, kena lah balik.
Kita yang menurut perintah kan... 😊

Tapi CPbersyukur sangat sebab PKP kali ni CP bersama dengan family.
Seronok PKP kat kampung sebab meriah dengan kakak, abang dan anak-anak sedara.
Makan pakai ada orang jaga... gitu 😁

So, kawan-kawan stay safe ya semua.
Sama-sama kita doakan negara kita kembali pulih daripada Covid-19.
Take care semua...






Thursday, January 7, 2021

Throwback Thursday:: Konvokesyen Norma Baharu

Edit Posted by with 15 comments
Semalam CP ikut Syikin ke Majlis Konvokesyen UITM Kedah yang terletak
di Merbok, Sungai Petani.


Majlis konvo yang mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Sebelum masuk ke dewan, seperti biasa kena scan MySejahtera dan suhu.
Graduan pula perlu isi maklumat dalam web saringan Covid yang UITM sediakan.


Selepas selesai bahagian saringan, ibu bapa berpisah seketika dengan graduan.
Graduan perlu uruskan beberapa perkara sebelum diberikan jubah konvo.



Manakala ibu bapa terus di bawa masuk ke dalam dewan.
Duduk di kerusi yang telah disediakan.



Di dalam dewan telah disediakan studio untuk graduan bergambar dengan parents.



Sebaik Syikin masuk, kami diarahakn untuk bergambar di studio dahulu.



Lepas bergambar kat studio, belum sempat CP nak ready camera untuk rakam video
Syikin naik pentas, tiba-tiba je terdengar emcee announce nama Syikin.
Kelam kabut uols...!!!!
Ni je yang sempat CP snap πŸ˜†


Nasib ko la Syikin oi... Hahahaha

Sebenarnya kat atas stage tu diaorang just berlakon terima scroll daripada NC.
Nanti akan dibuat super impose gambar graduan dengan NC.
Tak sabar nak tengok hasil nye nanti.


Sebaik graduan turun pentas, parents pun ikut keluar sama dengan graduan.
Cepat kan?
Tak sempat nak panas punggung duduk dalam dewan tu πŸ˜…

Tapi kami berhenti dekat booth yang disediakan.
Ambil gambar Syikin beberapa keping buat ubat kecewa dia sebab CP tak sempat
nak rakam video tadi.


Kat luar dewan disediakan banner untuk graduan bergambar.



Lepas bergambar kat situ, Syikin ajak photo shoot kat tasik.
CP layan kan aje... hari ni kan hari dia. Bagi dia happy.




Dah puas posing, kami kembali semula ke dewan untuk pulang kan jubah.
Masa kami sampai kat dewan, tengok semua camera man dah berjalan keluar.
Menunjukkan yang majlis dah habis.
Emm.. majlis bermula 2 petang. Masa kami nak pulangkan jubah dalam pukul 3 lebih.
Maksud nye majlis konvo di hanya memakan masa 1 jam lebih je.. 
Wow!! Memang pantas..!! πŸ˜…

Pantas pun pantas la kan yang penting ada gambar konvo.... kan??!!