Monday, November 30, 2020

Tragedi Sabtu Terakhir Di Bulan November

Edit Posted by with 12 comments
Hari Sabtu CP outing ke Alamanda Putrajaya dengan Emi.
Emi nak beli pasir dan makanan untuk kucing dia.
Pagi tu kami tak sarapan so, kami terus ke Sushi King sebaik je
sampai kat Alamanda tu... kira brunch terus lah 😊



Selesai makan, kami ke Aeon Big.
Nak cari pasir dan makanan kucing sekaligus Emi shopping
untuk barang dapur rumah dia.
CP pun tumpang sekali beli a few things untuk rumah CP.




Dah selesai bayar, kami terus ke parking.
Sekali kan... bila sampai je kat parking kan...
Nampak tayar belakang kereta Emi lain macam je...


Pancit...!!!!!

Aduh..!! Dah le Emi nak balik cepat sebab ada janji dengan orang.
Terpaksa lah Emi mesej orang tu tak jadi jumpa.

Emm... nak tukar sendiri tak berapa pandai.
Terpaksalah minta bantuan.
Alhamdulillah.. ada Abang La yang sudi bantu.


Haa... ambil kau... besar paku yang tercucuk kat tayar ni.


Selesai je Abang La tukar tayar spare, kami terus ke kedai tayar
di Petronas Percinct 16.



Abang pomen cakap tak perlu tukar tayar.
Masih boleh ditampal. Kata nye lubang bocor tu kecil je
walaupun nampak paku tu besar... Alhamdulillah.

Dekat pukul 4 petang juga baru kami balik ke rumah Emi.
Apa pun syukur alhamdulillah tayar tu pancit masa kereta tengah parking.
Kalau pancit kat jalan lagi haru πŸ˜…






Friday, November 27, 2020

Aplikasi Al Muqri

Edit Posted by with 13 comments
CP nak share dengan korang satu app yang CP rasa sangat membantu
kalau kita nak belajar membaca al quran sendiri.
App Al Muqri nama nye... CP dapat ni melalui telegram Neelofa.

Korang taip muqri kat Google Play Store atau Apps Store.
Ambil yang atas sekali tu..


Dah siap install akan nampak icon ni..


Okay... meh nak explain macam mana nak guna ya...

First kita pilih qari kegemaran kita...


Kemudian pilih surah apa yang kita nak dengar dia baca atau yang kita nak belajar.


Bila kita dah pilih qari dan surah, kita boleh set nak dengar atau nak baca
dari ayat berapa ke berapa. Dalam gambar ni CP set nak dengar
dari ayat 1 hingga ayat 10.


πŸ”all 1 - maksud nya nak ulang ayat 1 hingga 10 sekali atau satu set.
πŸ”ayah - maksud nya nak ulang setiap ayat tu sekali dalam setiap set.
⏳ayah delay - selepas setiap bacaan, nak dia stop berapa lama untuk
kita ulang dan baca ayat yang sama.

Selepas dah set semua tu.. tekan butang play...


Semoga app ni dapat memberi sedikit manfaat untuk yang baru nak belajar mengaji 😊








Tuesday, November 24, 2020

Dating Dengan BFF

Edit Posted by with 13 comments
"Jom dating Ahad ni nak tak?"

"Ok set. Pukul 12 aku pi amik hang kat rumah."


Mesej antara CP dan Lin; bff CP yang tinggal kat Kajang juga.
Jadi hari Ahad kami keluar berdua.
Nama je duduk Kajang sesama tapi sejak PKP bulan 3 hari tu kami tak berjumpa.
Lama gile...

Kami lunch di Meat Cartel Bangi.


First time try makanan kat sini.
Kami order set Notorious BLC.. set untuk 2 orang makan.
Dalam set ni ada 100g beef brisket, 100g pulled lamb dan quater chicken.
Pastu side dishes dia ada coleslaw, Texas baked beans, mashed potatoes dan soft buns.

Notorious BLC set

Dia tulis dalam menu tu soft buns kan?
Tapi realiti nye.....


Keras baqhangggg... πŸ˜…

Kami order juga sweet potato fries. Yang ni sedap. CP suka.

Sweet Potato Fries

Untuk air kami order Blue Lagoon dan Blazin' Berry.

Blue Lagoon

Blazin' Berry


Emmm... daripada 5 bintang, kami berdua bagi 3.
Mungkin tak berapa kena dengan tekak kami berdua.
Tapi kalau baca review, ada je yang cakap sedap.
Selera tekak masing-masing tak sama kan? πŸ˜‰

Keluar dari Meat Cartel, kami ke Paramount Coffee House.


Nak lepak minum kopi dan makan dessert.
Kami order Iced Cafe Latte dan Ice Caramelized Apple Coffee dan juga
Triple Choc Waffle.

Iced Cafe Latte

Ice Caramelized Apple Coffee

Triple Choc Waffle

Lama kami lepak kat sini.
Meja lain dah bertukar-tukar pelanggan dah.
Tapi kami berdua masih setia tak berganjak.
Nasib le tak kena halau πŸ˜…

Dalam pukul 4 petang baru kami gerak balik.
CP hantar Lin, kemudian CP terus gerak balik ke rumah.
Puas hati dapat berjumpa. Hilang rasa rindu...



Monday, November 23, 2020

Happy Birthday Ain

Edit Posted by with 14 comments
Hari Sabtu berjanji dengan Ain, Diva, Joe dan Abe Lan
nak jumpa diaorang di Stadium Bola Sepak Cheras.
Kami janji nak sarapan sama.
Kebetulan pula, hari Sabtu tu birthday Ain.

Dalam pukul 8.45 CP gerak dari Kajang ke BTHO dulu.
CP tempah cheese tart dengan Bebuncit Kitchen [sini].
Dari BTHO CP terus ke stadium.

Kami pot luck kat bawah bumbung stadium je.
Abe Lan bawa air kopi.
Joe bawa nasi kerabu tapi bukan Joe masak lah, dia tempah je 😁
2 hari sebelum tu dah ambil order siap-siap daripada kami.
Diva bawa popia dan brownies.
CP bawa cheese tart dan putu mayam.









Lepas habis makan, kami lepak berbual kat situ.
Dalam pukul 1 tengahari baru kami bergerak balik.
Tu pun sebab ada 2 kereta peronda polis datang.
Kelam kabut kami kemas takut kena saman sebab berkumpul gitu πŸ˜…

Tapi CP tak terus balik. CP temankan Ain pergi kedai tayar.
Tayar kereta dia kena paku.
Setel kat kedai tayar, kami berdua lepak minum kat Migliore Coffee.






Lama juga kami berdua lepak kat sini.
Al maklumlah lama tak jumpa.. macam-macam lah nak cerita 😁
Dekat pukul 4 petang baru kami gerak balik.

Once again, Happy Birthday Ain.
Nothing to wish but always wanted the best for you 🌷



Thursday, November 19, 2020

Throwback Thursday:: Ladies Trip Hatyai 2 Hari 1 Malam

Edit Posted by with 22 comments
Short trip CP ke Hatyai ni bersama dengan 4 orang anak sedara.
Ladies trip lah kira nye ni.
Cerita lama ni.. saja nak throwback semula 😁

CP bersama anak-anak sedara
Perjalanan kami bermula dari Gurun.
Kami naik komuter yang paling awal ke Padang Besar.
Pukul 6 pagi tu.... awal gile πŸ˜…

Takde orang pun dalam komuter. Ini komuter kami yang punye πŸ˜†

Kami sampai di Stesen Padang Besar dalam pukul 6.30 pagi.
Nak tunggu kaunter tiket train ke Hatyai lambat lagi jadi,
kami lepak kat cafe di stesen ni je.


Kaunter tiket train ke Hatyai buka pukul 9 pagi. 
Kat dinding ni tulis pukul 8 pagi ialah waktu Thailand.


Kami datang awal sebab tak nak beratur panjang.. hahaha


Train ke Hatyai ada 2 trip sahaja.. pukul 9.55 pagi dan 3.55 petang.
Macam tu juga dengan train dari Hatyai.
Ada 2 trip pukul 7.30pagi dan pukul 1 petang waktu Thailand.

Kalau malas nak tunggu kaunter train, alternatif lain boleh naik van.
CP tak ingat harga per head yang driver van charge.

Okay.. tiket dah ready, borang imigresen pun dah siap isi.. jom le kita..!!


CP suka la train ni sebab klasik.
Takde aircond.. buka tingkap amik angin luar.



Kat atas train ni ada orang jual sim kad Thailand.
Kami beli 1 sim kad untuk dijadikan hotspot share berlima.

Dalam pukul 11.40 waktu Thailand kami selamat sampai di bumi Hatyai.


Memandangkan kami datang berlima, CP dah siap-siap booking tuk-tuk.
Jadi, masa kami sampai ni tuk-tuk dah siap sedia menunggu.
Dalam tuk-tuk ni ada orang lain sebab kebetulan hotel diaorang sama jalan dengan kami.
So, kami ajak naik sekali.


Lepas hantar diaorang, kami singgah lunch dulu sebelum ke hotel.


Kami stay di Crown Hotel. Tak jauh dengan Plaza Lee Garden.
Jalan kaki dalam 5-6 minit macam tu.
Sebenarnya tak jauh pun dari train station tu.
Boleh je kalau nak jalan kaki tapi sebab dah booking tuk-tuk kan.
Semua nye jadi malas πŸ˜…

Lepas letak beg dan selesaikan apa yang wajib, kami terus keluar.
Disebabkan trip kami ni cuma 1 malam je so, terpaksa pilih tempat yang
betul-betul kami berminat nak pergi.

Tempat pertama yang kami pergi ialah Samila Beach di Songkla.
Sebab semua dah berangan nak bergambar dengan patung duyung.






Sambil-sambil tu hunting jugalah makanan kat pantai ni.
Perut masih kenyang lagi ni sebab baru lepas makan.



Dari Samila Beach kami terus ke Klong Hae Floating Market.
Tempat yang "wajib" datang untuk pemburu makanan πŸ˜†
Floating market ni cuma beroperasi hari Sabtu dan Ahad je.
Bermula jam 3 petang hingga jam 9 malam.


Pelbagai masakan simple seperti nasi goreng, pad thai, sup, seafood,
pelbagai minuman ringan dan lain-lain lagi boleh dibeli di sepanjang platform
yang menempatkan lebih 50 buah bot yang berlabuh di situ.




Memandangkan perut masih kenyang jadi, ni je yang kami cuba...











My girls happy dapat hunting makanan kat sini

Dah kenyang di sini, kami ke Asean Night Market pula.
Kat sini boleh cuci-cuci mata tengok tshirt, kasut dan souvenir.
Asean Night Market ni tutup pukul 10.30 malam.


Tapi kami takde lah tunggu sampai tutup.
Dalam pukul 8.30 malam kami dah gerak balik ke hotel.

Rehat sekejap. Malam tu kami keluar pula ke Plaza Lee Garden.
Nak buru makanan kat situ pula πŸ˜†

Ini yang sempat kami buru malam tu...

Lupa nama nasi ni tapi pedas gile...!!!








Dah kenyang, kami jalan-jalan sekitar plaza.
Cari souvenir sebab esok dah nak balik.
Puas meronda terus balik ke hotel.
Tidur tak sedar diri uolssss... hahahaha

Hari kedua, pemburuan diteruskan lagi ke Zaina Dim Sum.
Antara best dim sum restaurant kat Hatyai ni.





Lepas tu kami jalan-jalan sekejap sekitar pekan Hatyai.
Menambah souvenir untuk kawan-kawan.


Dengan Awe; driver tut-tut

Dalam pukul 12.30 kami terus ke Stesen Bas Hatyai.
Kali ni balik kami naik van. Saja nak rasa naik van pula.

Pukul 1.45 petang kami dah sampai kat Kastam Padang Besar.
Van hantar samapi situ je.
Pastu kena jalan kaki selesaikan urusan cop keluar dari Hatyai.



Ikutkan dari kaunter kastam tu dalam 1 ke 2 km jalan kaki ke stesen keretapi Padang Besar.
Tapiiiiiii... malas ya ampun sebab hari tengah panas terik.
So, kami naik kereta yang ada siap menunggu kat luar tu.
Ready duit je.. dia hantar terus ke stesen keretapi.



Alhamdulillah tamat lah trip memburu makanan kami selama 2 hari 1 malam.
Walaupun sekejap tapi alhamdulillah happy dan puas hati.
CP happy dan yang paling penting my girls pun happy.
Ada rezeki insyaAllah nak pergi lagi.
Nak cover tempat-tempat yang tak sempat nak pergi hari tu 😊