Friday, July 31, 2020

Salam Aidil Adha

Edit Posted by with 4 comments
Salam Aidil Adha Cik Pya ucapkan kepada semua kawan-kawan.


Semoga segala amal ibadah dan pengorbanan kita diterima oleh Allah s.wt 💙




Thursday, July 30, 2020

#Throwback Umrah 2017 - Day 1:: Mas - Muscat - Jeddah

Edit Posted by with 6 comments
Cik Pya nak throwback cerita kenangan semasa menunaikan
umrah bersama dengan adik-beradik Cik Pya pada November 2017
Juga merupakan umrah terakhir bersama arwah Abang Mail; abang ipar Cik Pya.

Okay lah.. let's the story begin...

Tarikh:: 27-11-2017 (Day 1)

Seawal jam 3 pagi kami bertolak ke KLIA dari rumah kakak di BTHO.
Ahli keluarga Cik Pya seramai 8 orang yang ikut trip umrah kali ni.
Selain Cik Pya.. 2 orang kakak, 2 orang kakak ipar, sorang abang kandung,
sorang abang ipar dan sorang anak sedara.


Kami menggunakan khidmat travel agensi Juara.


Menaiki pesawat Oman Air.
So, dari KLIA ni kami transit di Muscat, Oman untuk beberapa jam.
Dari Muscat terus ke Jeddah.


Memandangkan 27hb tu hari Isnin jadi, tak ramai family yang
datang menghantar kami... cuma empat orang je yang datang.
Amzar, Masyitah, Diana and suami.


Jam 9.40 pagi flight kami berlepas ke Muscat.
First time Cik Pya naik Oman Air.
Not bad juga flight nye..

Kat dalam flight, tempat duduk kami terpisah.
Cik Pya duduk dengan ahli rombongan yang lain.
Comel je kan makcik yang duduk sebelah Cik Pya tu? 😊


Sepanjang penerbangan dari KLIA ke Muscat, dua kali kami diberi makan.



Hampir jam 1 petang waktu Oman, kami selamat mendarat di
Muscat International Airport.
Tengok airport diaorang, padang pasir je di sekeliling.




Turun flight, kami dibawa ke dalam terminal dengan menaiki bas.
Oh! Sila abaikan muka Cik Pya yang dah tak semenggah tu.
Muka baru bangun tidur 😅


Sempat le bergambar sekeping kat signboard airport.
Sementara menunggu ahli rombongan ke tandas.
Jemaah lelaki menukar pakaian ihram di sini.
Sebab nanti kami akan berniat ihram di  dalam flight.
Di miqat Qarn Ul Manazil.


Ruangan menunggu untuk naik flight ke Jeddah.


Kak Jah bersama suami; arwah Abang Mail

Dalam flight semasa ke Jeddah, kami diberi makan sekali.


Selamat tiba di Lapangan Terbang King Abdul Aziz Jeddah hampir jam
5 petang waktu Jeddah.


Seperti biasa lah, nak menunggu untuk lepas imigresen memang lama.
Kat sini Allah dah mula menguji tahap kesabaran kita.
Cik Pya pun dah lupa berapa jam waktu menunggu kami.
Tapi lenguh lah kaki berdiri masa beratur menunggu giliran tu 😅


Dah lepas keluar tu, ambil beg kemudian terus naik bas.
Dalam perjalanan menuju ke Mekah, kami singgah makan.
Kedai makan ala-ala hentian rehat kita tapi fasiliti memang jauh beza lah
dengan hentian rehat kat Malaysia ni.
Erk.. gambar kat hentian tak ada. Yang ada gambar makanan je 😉




Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Sebaik sampai di Mekah, kami terus ke hotel untuk check in.
Kami menginap di Kunuz Ajiyad Hotel. Lebih kurang 600m dari Masjidil Haram.



Dalam pukul 1 pagi kami keluar untuk selesaikan umrah pertama kami.


Subhanallah.. dah banyak perubahan Masjidil Haram ni.
Last Cik Pya ke sini tahun 2015.. dalam masa 2 tahun macam-macam dah berubah.
Dari luar Masjidil Haram nak ke dataran Kaabah dah jadi jauh sebab masjid dah besar.

Kami selesai melakukan tawaf dalam pukul 2.30 pagi.



Selepas solat sunat, kami terus ke tempat saei.



Cik Pya tunggu sampai semua ahli keluarga Cik Pya selesai.
Kira dalam pukul 4 lebih juga lah baru semua habis.


Tapi kami tak terus balik ke hotel.
Dah alang-alang tu kami tunggu sampai masuk waktu Subuh.
Sebab kalau dah balik, mesti Subuh tu dah tak larat nak datang.
Jadi, selesai solat Subuh baru kami balik ke hotel.

Haa.. on the way balik ke hotel tu kan... Cik Pya singgah beli ais krim.
Ni ais krim kegemaran ni kalau datang ke Mekah 😁
Pukul 6 pagi makan ais krim.. hahahaha



Alhamdulillah.. selesai sudah umrah pertama kami.
Lepas sarapan, naik ke bilik terus tidur.
Cik Pya sebilik dengan Cik dan Mimi.

Hari ni kira aktiviti bebas.


To be continue...



Wednesday, July 29, 2020

WW#127 Buah Tangan AidilAdha

Edit Posted by with 6 comments
Maruku dibawa khas dari Kedah.
Kakak Cik Pya yang buat


Buah tangan untuk kawan-kawan di department Cik Pya.




From Cik Pya with 💜.
Erk.. abaikan tulisan tangan Cik Pya yang buruk itu ya 😅




Tuesday, July 28, 2020

Food Walk:: Korean Eggu Sandeuwichi Hanbing Cafe

Edit Posted by with 11 comments
Dah beberapa kali lalu depan Cafe Hanbing di dalam IOI City Mall ni.
Setiap kali lalu mesti terpandang poster berwarna kuning ni..

Sumber dari FB Hanbingmy

Khamis lepas Cik Pya ikut Awin beli barang di Tesco.
Tapi sebelum ke Tesco, Cik Pya ajak Awin makan di Hanbing Cafe.
Kebetulan hari tu kami lunch awal. So, petang tu agak kelaparan sikit.

Belek punya belek menu, tak tau nak pilih yang mana satu.
Panggil adik waiter tu.. tanya dia mana yang selalu orang order.
So, kami pilih ikut yang dia bagitau.

Let's see apa yang kami makan..

Awin makan Beef Bulgogi Sandeuwichi.
Cik Pya cuit sikit. Rasa dagingnya not bad.
Cuma yang tak best nya, daging tu sedikit liat.


Cik Pya pula makan Umami Sandeuwichi.
Atau dalam bahasa lain nya Octopus Sandiwch.
Memula rasa tu macam makan takoyaki.
Mungkin sebab ada fish flakes kat atas tu kot.


Untuk air kami order segelas Manggo Smoothie.
Order satu je sebab selalu nya air kami tak pernah habis minum pun.
So, baiklah kami share je.. jimat 😊
Itu pun tak habis minum gak...


Let's ambil gambar dulu sebelum mula makan.


Ni konon-konon nak gigit terus sandwich tu.
Tak sedar diri yang mulut tu tak luas bukaan nya 😅


Okay mengalah.. terpaksa potong dengan pisau.



Nampak macam kecil je tapi Alhamdulillah... kenyang...!!

Selain daripada beef dan octopus tu, ada lagi 5 pilihan lain.
Antaranya ialah Inkigayo Sandeuwichi, Korean Fried Chicken Sandeuwichi,
Tuna Mayo Sandeuwichi, Seafood Sadeuwichi dan Cheese Pull Sandeuwichi.

Okay next time datang nak try sandiwch lain pula 😋




Monday, July 27, 2020

Ke Sushi King Lagi

Edit Posted by with No comments
Memandangkan hari Sabtu tu Sushi Bonanza masih ada lagi jadi,
Cik Pya janji dating dengan Ib dan Elmi makan sushi.
Kami berjumpa di Sushi King Alamanda Putrajaya.


Diaorang datang bersama anak-anak.
Cik Pya macam biasa lah.. datang bawa diri sendiri je 😁


Ah..!! Sedapnya Salmon Nishoku 😋
Sushi yang paling banyak Cik Pya makan.


Edamame ni kegemaran Ib..


Elmi pula suka Chuka Lidako dan Chuka Kurage..

Chuka Lidako

Chuka Kurage

Salmon Skin dan Salmon Kama ni kegemaran kami bertiga.
Mesti order setiap kali makan di Sushi King.
Hari tu kat Sushi King IOI City Mall [sini] tak dapat makan sebab habis.

Salmon Skin

Salmon Kama

Sushi-sushi lain yang kami makan..







Muka-muka bahagia...




Okay enough.. boleh puasa sushi untuk bulan ni.
Bulan ni je tau bulan depan belum tahu lagi 😁


Happy sangat oi.. dapat dating dengan BFF sambil makan
makanan kegemaran kami sambil bercerita kisah-kisah zaman sekolah.
Diselit juga dengan isu-isu semasa.

Panjang umur ada rezeki inshaAllah bulan depan kita dating lagi 😊