Tuesday, October 15, 2019

Konsert Otai Goes Campus

Jumaat malam lepas (11-10-2019), Cik Pya dan Ain pergi ke
Konsert Otai Goes Campus bertempat di Panggung Experimental
Aswara, Kuala Lumpur. Selain untuk berhibur, kami ke sana sebab
nak sokong event yang di organize oleh kawan kami; Diva.



Konsert tersebut berlangsung selama 2 hari.. Jumaat dan Sabtu.
Penyanyi yang terlibat pada malam tersebut ialah Jay Jay,
Fairuz Hussein, Nash, Rahmat Mega, Ali Tera Rosa/ XPDC,
Aju Success dan Haiza.

Konsert bermula jam 9 malam. Menampilkan 3 segmen.
Segmen pertama persembahan oleh pelajar Aswara
dan juga alumni Aswara.

Segmen kedua menampilkan persembahan duet antara
pelajar Aswara dan penyanyi jemputan menyanyikan lagu-lagu
popular artis tersebut.








Oh abaikanlah suara yang annoying dalam video-video tu ye 😆
Layan sungguh lah wei.. rasa macam pergi karaoke je.. hahahaha

Segmen ketiga adalah segmen penyanyi jemputan menyanyi solo.
Setiap penyanyi mendendangkan 2 buah lagu pilihan mereka.

Penyanyi Jay Jay memilih lagu Belaian Jiwa dan Rindu Bayangan.



Penyanyi Aju dari kumpulan Success menyanyikan 3 lagu secara
medley iaitu lagu Sambutlah Kasihku, Kejam dan
Kerana Cinta Ku Turutkan. Power lah suara Aju ni.. 
sama macam dalam kaset je.



Fairuz Hussein memilih lagu Kali Pertama dan lagu apa ntah satu lagi.
Tak rakam pula lagu kedua dia 😅


Ali mendendangkan lagu Semangat Yang Hilang dan Sakinah yang pernah
dipopularkan oleh kumpulan XPDC suatu ketika dulu.



Lagu Dag Dig Dug dan Suaramu Syairku pilihan penyanyi Haiza.
Seronok betul penonton bergelek dengan Haiza. Sporting!!



Penampilan adik Putera dari rancangan Bintang Kecil RTM
dan dari rancangan Ceria Megastar terbitan Astro menyanyikan lagu
Jampi yang dipopularkan oleh penyayi Hael Husaini.


Kemudian Rahmat dari kumpulan Mega memilih lagu Nina Karina dan
semestinya lah lagu popular kumpulan Mega iaitu Takdir Dan Waktu.



Menutup konsert pada malam tu adalah lagu nyanyian Nash.
Memilih lagu Debunga Wangi yang dinyanyikan semasa bersama
kumpulan Lefthanded dan juga lagu Pada Syurga Diwajahmu.



Memang enjoy gile malam tu. Puas hati dapat menyanyi bersama-sama.
Penonton pun sporting je layan nyanyi ramai-ramai.

Habis konsert dalam pukul 11.30 atau 11.40 malam macam tu.
Sebelum balik sempat le bergambar dengan diaorang.
Tapi tak dapat bergambar dengan Nash dan Jay Jay sebab
diaorang terus masuk ke bilik rehat. Kata Diva diaorang nak makan.
Lapar agak nya.. mungkin tak sempat makan sebelum show tadi.






Tahniah untuk Diva dan team berjaya organize konsert yang best ni.
Cuma satu je lah yang nak komen.. microphone dan sound system tu
lepas ni kena make sure bagi padu. Make sure takde gangguan
sepanjang konsert berlangsung. Supaya tak mengganggu mood 😊




Friday, October 11, 2019

Food Walk:: Ice Age Dessert Cafe

Untuk peminat bingsu Korean atau snow ice Taiwanese
korang boleh lah cuba makan di Ice Age Dessert Cafe
yang terletak di Bandar Sri Permaisuri Cheras.

Gambar Sumber Google

Cik Pya first time makan kat sini dengan Ain. Tu pun lepas terpengaruh
dengan kawan Cik Pya. Dia hantar gambar air Unicorn. Comel sangat!
Terus Cik Pya ajak Ain datang makan kat sini.


Pelbagai jenis bingsu, milkshake, freakshake ada dijual di sini. 
Selain bingsu, ada juga dijual waffles, toast dan pasta. 
Tapi hari tu kami cuma order dessert je. 

Ain order Strawberry Bingsu. Meriah strawberry nye!
Yang ni small size tapi boleh makan dua orang.. portion nye banyak.



Cik Pya semestinya lah order Unicorn Freakshake. 
Dah memang aim dah nak makan ni 😆 
Comel kan air dia??
Tak boleh makan selalu freakshake ni, manis yuuuu..!!



Lokasi Ice Age Cafe ni di Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.







Template by:

Free Blog Templates