Wednesday, September 30, 2020

WW#137 Random Photo Of This Week

Edit Posted by with 7 comments

 Gambar-gambar random minggu ni...

Face mask case yang telah di make over 😁

Roti Sarang makan di Cafe Pintu 5 UPM

Lunch ikan bakar berempah di Jalan Kuchai Lama

Bos belanja dinner di Dave's Deli IOI City Mall

Jalapeno yang tengah meriah kiriman kawan CP dari Bursa Turki

Buah anggur yang dikutip dari ladang kawan CP di Bursa Turki

Dinner ikan bakar kat Putrajaya. Sedap...!!

Lunch semalam kat Ole-ole Bali IOI City Mall


Sekian untuk minggu ni 😊




Tuesday, September 29, 2020

Mini Gathering Lagi

Edit Posted by with 7 comments
Bulan ni bulan gathering rasa nya.
Hari tu gathering dengan ex-blogger [sini].
Sabtu lepas (26-09-2020) CP gathering dengan kawan-kawan
yang sama-sama join program fitness satu ketika dulu 😁

Kami berkumpul di rumah Zach di Bandar Tasik Kesuma.
Plan asal nak buat bakar-bakar bbq.
So, dalam jadual acara akan bermula jam 6 petang.

Tapi ye lah.. nama pun manusia kan.
Manusia kan hanya mampu merancang.
Allah yang tentukan jadi atau tidak kan..

Nak dijadikan cerita petang Sabtu tu hujan.
Jadi, terpaksalah kami cancel untuk bakar-bakar.
Traffic memang sesak sana sini.

Zach ambil tindakan bijak, dia bakar kambing dan ayam
guna oven kat rumah dia dengan bantuan suami dia.
Sebab katanya kalau nak tunggu kami sampai, tak tau lah
pukul berapa baru dapat makan.

Tetamu pertama yang sampai ialah Beatrix.
Kemudian Ijam, Latip dan Apiz.
CP dan Ain adalah orang yang terakhir sampai.
Sebab kami singgah Giant beli tembikai, ais krim dan jagung.
Dalam pukul 8 lebih juga lah kami sampai.

Tengok makanan dah penuh atas meja.


Ni antara menu yang sempat CP snap gambar..









Aduuuhhh.. memang kenyang gile makan malam tu.
Nasi kenduri pun ada tapi CP lupa nak snap.
CP tak makan pun nasi kenduri tu sebab dah kenyang sangat.

Ayam, kambing dan jagung ni dibakar oleh suami Zach.
Sedap sangat ayam dan kambing tu.
Jagung tu pun manis je rasa.. bila letak butter bertambah sedap.



Kami lepak sembang, bergossip sampai tak sedar jam dah hampir pukul 12 tengah malam 😅
Masing-masing mata dah terasa berat je.
Zach tapaukan untuk kami makanan-makanan yang tak habis.
Memandangkan CP nak tidur di rumah Emi malam tu jadi, CP bawa balik
kek coklat, nasi lemak dan pizza Emi dua beranak.

Sebelum balik, harus le bergambar berjemaah dulu kannn...


Dalam pukul 12.30 baru kami bergerak balik.
CP sampai rumah Emi dalam pukul 1.30 pagi 😴


Monday, September 28, 2020

Ke Kemaman

Edit Posted by with 3 comments

Hari Ahad (20-09-2020) kami keluar dari homestay dalam pukul 9 pagi.
Singgah sarapan sekejap kat kedai makan berdekatan dengan homestay.

Nasi Kerabu Sambal Ikan Kembung

Lepas selesai sarapan, kami berpisah.
Family Teh bertolak balik ke BTHO.
CP dan yang lain-lain bertolak ke Kemaman.

Tempat pertama yang kami singgah di Kemaman ialah Warung Aziz Satar.
Selepas kecewa semalam [sini] tak dapat makan ICT jadi,
hari ni kira nak qodho balik lah 😅

Macam-macam ada kat sini.






Ini yang anak-anak sedara CP pilih untuk kami cuba.

Telur Sotong celup tepung

Sotong Celup Tepung

Udang celup tepung

Satar

Pais Udang

Pais Ketam
Sate Ikan


Laksam

Kami beli juga yang frozen sebagai buah tangan untuk
family lain yang tak dapat join kami.

Popia Otak-otak

Dari Warung Aziz Satar kami teruskan lagi perjalanan untuk cari keropok leko.

Kedai pertama yang kami singgah. Lupa pula nama kedai 😀




Kemudian jalan lagi. Singgah kat kedai lain pula.

Leka pula tengok orang buat keropok leko ni..

Gigih menyibuk sebab nak bergambar 😅

Ada gaya macam tokey keropok leko tak? 😅

Okay dah.. jom balik...

Sakan kakak ipar CP shopping 😀

Selamat tinggal bumi Kemaman.

Panjang umur, ada rezeki nanti datang semula.
Tapi bukan datang Kemaman semata lah.. nak juga pergi
ke tempat lain di Terengganu ni 😊