Monday, August 31, 2020

Happy Birthday...!!!

Edit Posted by with 4 comments
Happy 63rd Birthday Malaysia..!!!


Tema tahun ni Malaysia Prihatin.

Happy Birthday untuk Habib; anak sedara CP.
Semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik
dan sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah 🌷


Happy Birthday juga untuk cucu CP; Muhammad Firash yang ke 2 tahun.
Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan membanggakan keluarga.


Apa aktiviti korang cuti hujung minggu yang panjang ni?




Sunday, August 30, 2020

Food Walk:: Mun Kitchen & Coffee

Edit Posted by with 4 comments
Hari tu CP ke Cheras jumpa Ain, Diva dan Joe.
Dah lama tak keluar dengan diaorang.
Aktiviti utama kami keluar bersama ni adalah

M.A.K.A.N..!!! 😁

Fikir punya fikir kat mana nak makan
akhir nya kami ke Restoran Mun Kitchen & Coffee
yang terletak di Bandar Sri Permaisuri.
Restoran ni baru buka kat situ.


Deco dalam restoran nye simple je.



Asal nya pilih nak makan kat restoran tu sebab nak
tertarik nak cuba Nasi Kerabu Salmon


tapiiiiiii...



HABIS..!!! 😭😭😭



Aduiii.. very the kecewa tau 😔
Terpaksalah order makanan lain.

Ini makanan-makanan yang kami makan hari tu

Classic Carbonara

Lupa nama air yang Diva minum ni 😅

Green Curry with Grilled Duck Breast

Slim Shady - campuran orange + apple + halia

Fiery Soft Shell Crab Pasta

Loko Moko - Nasi goreng + Beef Patty + Cheddar Cheese + Telur Mata + Mushroom Gravy

Summer Ice Tea - Peach + Passion Fruit + Lemon Slice + Mint Leave + Black Tea

Alhamdulillah.. not bad makanan kat sini.
Boleh la kalau nak datang repeat lagi.
Dan semestinya kami akan datang semula
sebab nak try juga Nasi Kerabu Salmon tu.


Kalau nak datang, waze je MunCoffee KL



Saturday, August 29, 2020

Peristiwa Penting Yang Berlaku Pada 10 Muharram

Edit Posted by with 4 comments
CP nampak ada kawan share kat whastapp satus.
Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram.
So, CP share kat sini ya 😊

Gambar ehsan En. Google

🌝 Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

🌝 Nabi Idris diangkat ke langit oleh Allah.

🌝 Nabi Nuh diselamatkan oleh Allah keluar dari perahunya sesudah
      bumi ditenggelamkan selama enam bulan.

🌝 Nabi Ibrahim diselamatkan oleh Allah daripada pembakaran Raja Namrud.

🌝 Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

🌝 Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

🌝 Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.

🌝 Nabi Ayub dipulihkan daripada penyakit kulit yang dideritainya oleh Allah.

🌝 Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya
     selama 40 hari 40 malam.

🌝 Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya
     daripada tentera Firaun.

🌝 Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

🌝 Nabi Sulaiman dikurniakan kerajaan yang besar oleh Allah.

🌝 Hari pertama Allah menciptakan Alam.

🌝 Hari pertama Allah menurunkan rahmat.

🌝 Hari pertama Allah menurunkan hujan.

🌝 Allah menjadikan 'Arasy.

🌝 Allah menjadikan Luh Mahfuz.


Banyak rupanya peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram ni.
Jujur cakap, CP baru tau semua ni.
Yang CP tau, kalau 10 Muharram ni orang berpuasa dan juga
orang masak bubur asyura 😊



Friday, August 28, 2020

Kejutan Kecil Untuk My Department

Edit Posted by with 4 comments
CP order nasi lemak telur mata dari Ibu Leen's Kitchen.



Nampak menyelerakan 😋


CP letak di atas setiap meja officemates department CP.


Bersama sekeping nota.
Oh! Maafkan tulisan hamba yang buroks itu 😁


Harap kawan-kawan happy dengan kejutan kecil ni 😊




Thursday, August 27, 2020

Staycation At Berjaya Times Square Hotel KL

Edit Posted by with 10 comments
Perbualan melalui whatsapp antara CP dan Emi pada Khamis 20-08-2020

CP: Emi.. weekend ni ada plan tak?

Emi: So far takde plan lagi. Ada plan?

CP: Jom check in mana2 hotel yang ada bath tub and pool. 
Nak berendam la 😆
     Kita check in 22hb and check out 23hb.

Emi: Orait. Nanti aku cari.


Nahhh... akhir nya kami check in di Berjaya Times Square Hotel
yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Emi booking two bedrooms apartment. Sesuai la untuk kami berempat.
Emi bawa anak dia dan CP bawa sorang anak sedara; Syifa


Bilik Emi dan anak dia. Katil king size.


Ada bath tub kat bilik dia.


Ruang rehat kat bilik Emi. Ada sofa dan TV.


Permandangan dari tingkap bilik Emi.


Bilik CP dan Syifa. Dua katil twin.


Kat bilik kami pun ada bath tub. So, tak payah nak berebut bath tub 😁


Di bilik CP pun ada TV gak.


Permandangan dari tingkap bilik CP.


Hari Sabtu tu kami check in pukul 5 petang. Lewat 2 jam dari waktu sepatutnya.
Gara-gara bilik hotel belum ready. Mungkin hotel kekurangan staf kot.. entah lah..
So, petang tu kami cuma lepak di dalam bilik je.
CP dan Emi chit chat sambil layan TV.
Syifa diam di dalam bilik siapkan assignmet.
Anak Emi layan drama Korea kat handphone.

Malam lepas Maghrib baru kami keluar cari makan.
Kami ke food court di dalam Times Square.
Lepak makan sambil berbual.


Lepas makan, kedai-kedai kat dalam tu dah tutup.
So, kami jalan-jalan kejap menikmati suasana malam di KL sebelum balik ke bilik hotel.

View KL diwaktu malam dari tingkap bilik Emi.


Sambung lepak dan berbual dengan Emi sampai pukul 2.30 pagi 😅
Macam-macam yang kami bualkan. Tapi lebih kepada mendengar
cerita daripada Emi je lah.
Kalau nak tau, CP ni pendengar yang setia 😁

Selesai hari pertama kami...

Esok pagi nye (Ahad), kami keluar cari sarapan jam 8.30 pagi.
Kami sarapan di Hometown Hainan Coffee


Balik dari sarapan, terus menuju ke swimming pool.
Aiyookkk..!! Nak masuk pool pun kena beratur.
Kena ambil nombor giliran..



Setiap orang atau setiap kumpulan hanya dibenarkan untuk
mandi selama 30 hingga 45 minit je


Let's berendam...!!!!
Syifa jadi photographer. Dia malas nak berendam kata nye.




Dalam pukul 11.20 tu masa dah tamat.
Dah tak boleh mandi dah.
Ikut hati, belum puas lagi berendam tapi emm.. jadi lah.
Dapat juga lah lepas "ngidam" nak berendam dalam pool.. 😅


Anak Emi sambung berendam dalam bath tub hotel.
CP dan Syifa rehat dalam bilik je sambil layan Melodi.
Sepatutnya check out pukul 12 tapi kami dapat extend ke pukul 2 petang
sebab semalamnya kami check in lewat 2 jam.

Pukul 2 lebih baru kami turun untuk check out.




Tamat sudah staycation kami di Berjaya Hotel ni.
InshaAllah ada rezeki nanti kita ke tempat lain pula 😊




Wednesday, August 26, 2020

WW#132 Random Photo Of This Week

Edit Posted by with 12 comments
Gambar-gambar random dalam handphone CP minggu ni...

Casing handphone baruuuuu 😁

Antara keperluan untuk hadap norma baru sekarang ni

Cendol Tapai + Kacang + Jagung Go Lakal Alamanda, Putrajaya

Roti John Special kat food court Alamanda, Putrajaya

Double Black dari Snowflake

My cucu dengan hadiah birthday daripada CP

Face mask extension air tangan kawan CP

Roti Sarang dari Nasi Kandar Express, Putrajaya

Aircond Abang Hensem tetiba buat hal tapi bila check, elok pula takde masalah 😅

Sekian untuk minggu ni 😊