Thursday, September 10, 2015

#Throwback:: A Moment With Kang Gary

Edit Posted by with 6 comments
Siapa Kang Gary??

Oppsss!! Peminat rancangan Running Man dari Korea
mesti kenal dengan Kang Gary

Cik Darling salah seorang peminat Running Man ni
ada tujuh selebriti dalam rancangan tersebut
Yoo Jae Suk, Suk Jin, Jong Kook, Kwang Soo, Haha, Ji Hyo dan Gary

 photo RM-family-running-man-EB-9F-B0-EB-8B-9D-EB-A7-A8-31565454-1280-800_zpsb8obhjqj.jpg

Pada Sabtu lepas (05-09-2015) Gary datang ke Malaysia
sempena Matta Fair di PWTC untuk promosi negara Korea

Gary sampai di KLIA pada Jumaat malam (04-09-2015) jam 10 malam
Cik Darling dan dua orang anak saudara Cik Darling pergi KLIA
tunggu kedatangan Gary... (gigih you... hahahaha)

 photo Picture1_zpsmjy5gzox.jpg

Kami bersama-sama dengan beberapa orang peminat Gary

 photo Picture3_zpsyememqgb.jpg
 photo Picture4_zpsg2azpclo.jpg

Cik Darling bawa monyet comel ni untuk diberi kepada Gary
sebagai kenangan la kekonon nya... hahahahaa

 photo Picture2_zps4uyzmt4j.jpg

Gary keluar melalui laluan VIP di aras 5
kebetulan peminat yang datang tak ramai sebab ramai tak tahu
jadi tak ada lah kami bersesak
tapi yang tak best nya polis KLIA yang guard Gary

Mereka pula yang lebih sudu dari kuah
peminat yang datang nak bagi hadiah pada Gary
diaorang tepis sambil cakap "No.. no.. no.."
termasuk lah Cik Darling... sedih tau

Tapi Gary bagus, dia tetap hulurkan tangan dia
sambut hadiah-hadiah yang peminat beri

 photo Picture5_zpsqqsqhwxb.jpg
 photo Picture6_zpslh8wxd5h.jpg

Nampak tak monyet Cik Darling kat tangan dia??
happy sangat tau...
puas dapat jumpa Gary walau pun cuma sekejap
malam tu balik tidur dengan senyuman.. hehehehe

Esok nya sabtu (05-09-2015)
Cik Darling dan dua orang anak saudara ke PWTC
nak jumpa Gary lagi sekali
dengan harapan kali ni dapat lah jumpa berdepan

 photo Picture7_zpsuseka7oy.jpg

Kami sampai di PWTC jam 5 petang
kelam kabut berjalan.. lari-lari anak
sebab kami ada masa cuma 20 minit untuk ke Hall 1M
Ya Allah.. tak pernah Cik Darling "gila" macam ni.. hahahaa
habis berpeluh muka dan badan... hahahaha

Nah Cik Darling share kan beberapa keping gambar Gary
yang sempat di rakam ketika di Matta Fair
maaf ada gambar yang kualiti nye kelaut sebab kelam kabut.. hehehee

 photo Picture1_zpskiizg5ru.jpg
 photo Picture2_zpspklp3o9f.jpg
 photo Picture3_zps7efuhiuc.jpg
 photo Picture4_zps1m6qkyjs.jpg
 photo Picture5_zpspgkigaje.jpg

Ada video Gary tapi lambat pula nak upload
sebab hari ni internet tak berapa okay
nanti bila-bila free Cik Darling share video nye ye

Okay kali ni lagi puas hati sebab Gary betul-betul depan mata
Cik Darling sempat la cuit sikit dia.. hahahaha

Thank you Kang Gary for making us happy
and thank you also for accepting my "monyet"
saranghayeo Gary oppa..
Gary hwaiting..!!!!!




Credit gambar Running Man: Pakcik Google








Photobucket