Friday, November 29, 2019

Food Walk:: Sushi Bonanza Sushi King

Edit Posted by with 4 comments
Kejadian berlaku hari Rabu 20-11-2019 yang lepas.
Cik Pya keluar bersama dengan 2 orang kawan
sekolah Cik Pya ke Alamanda untuk makan di Sushi King.
Diaorang berdua bawa anak sebagai peneman.


Sushi Bonanza Sushi King antara yang paling ditunggu
oleh penggemar makanan Jepun ni.
Sebab masa Sushi Bonanza ni semua sushi hanya
berharga RM3 sepinggan. 

Let's check it out antara sushi yang Cik Pya makan hari tu.








Yang ni memang paling Cik Pya suka.


Semua muka riang puas dapat makan sushi.


Kenyang perut suka hati 😁


Jumpa lagi di bonanza yang akan datang 😋




Thursday, November 28, 2019

Selamat Pengantin Baru Yana Dan Farhan

Edit Posted by with 2 comments
Hari Sabtu lepas (23-11-2019) Cik Pya pergi
kenduri kawan Cik Pya di A-Park Puchong.
Cik Pya ke sana bersama dengan Ain, Diva, Maira dan Joe.
Pergi berlima tapi bila sampai kat sana jumpa kawan-kawan
yang lain... kecoh jadinya 😊


First time sampai kat A-Park ni.
Luas dan cantik tempatnya.




Makanan pun meriah tuan rumah sediakan. Macam-macam ada.









Sebelum balik seperti biasa bergambar dengan pengantin.




To Yana dan Farhan,
Congratulations on your wedding.
Wishing both of you lifetime of happiness and love.




Wednesday, November 27, 2019

Good Bye Saigon

Edit Posted by with No comments
Tarikh: 17-11-2019


Pukul 6 pagi Muhammad dah call Cik Pya.
Dia risau takut kami tak bangun lagi.
Sebab sepatutnya jam 6.30 pagi kami dah kena ke airport.

Tapi sebenarnya kami dah siap. Baru nak turun ke bawah.
Turun je bawah, Muhammad dah siap sedia menunggu.
Pastu dia suruh kami wrap beg kat hotel sebab katanya
lagi murah berbanding wrap kat airport.


Selesai wrap, Cik Pya booking grab car. Murah sikit naik grab.
Sementara menunggu grab sampai, Muhammad tapaukan untuk
kami bertiga nasi lemak yang dijual oleh penjaja kat situ.
Katanya untuk kami makan di airport nanti.


Dalam pukul 6.45, grab sampai.
Thank you so much Muhammad for everything.
Panjang umur inshaAllah nanti Cik Pya datang lagi.



Alhamdulillah pagi tu traffic pun lancar.
Jalan tak sesak mungkin sebab masih awal pagi.
Dan kebetulan hari minggu pula.
Pukul 7 lebih kami dah sampai di airport.


Urusan check in pun lancar je.
Lepas drop luggage, kami terus masuk ke dalam.
Memandangkan masih awal, kami lepak di satu sudut
makan nasi lemak yang Muhammad tapaukan.


Sedap nasi lemak nye. Nanti kalau ke sana lagi
boleh lah beli lagi dengan abang yang jual nasi lemak ni.
Dia naik motosikal je jual depan hotel.


Pukul 9 pagi dah mula masuk flight.
Masa dah sampai untuk meninggalkan bumi Saigon ni.


Alhamdulillah pukul 1 lebih kami selamat tiba di KLIA2.
Tapau Garret popcorn dan air Daboba kemudian tunggu Amzar
datang ambil.


Tamat percutian 3 hari 2 malam kami di Saigon.
InshaAllah panjang umur dan ada rezeki Cik Pya pasti
akan kembali ke Saigon semula 😊



Tuesday, November 26, 2019

Hari Kedua Di Bumi Saigon

Edit Posted by with No comments
Tarikh:: 16-11-2019


Pukul 7 pagi kami keluar untuk bersarapan.
Pada mulanya kami nak bersarapan di hotel.
Tapi bila tengok makanan yang dihidangkan terus tak jadi.
Tak berapa menarik untuk tekak.

Kami ambil keputusan bersarapan di Restoran Hajjah Basiroh.
Dah cantik restoran ni sekarang.


Dulu kedai dia kecil je.. aircond pun tak ada.
Satu ketika dulu, masa Cik Pya ulang alik ke sini
kedai makan Hajjah Basiroh ni salah satu kedai favourite.
Cik Pya suka makan pho dan minum kopi kat sini.
Kedai dia masa tu kira kedai makan paling murah lah
kat kawasan Nguyen Ah Ninh ni.

Kekonon pagi ni kami nak jalan jauh kan
so, kami bertiga sepakat order nasi lemak.
Walau hajat hati asalnya nak makan pho.


Air kopi ais pembuka bicara hari kedua di sini 😁


Mira ambil karipap dan bingka ubi. Saja nak rasa.
Kalau dulu, Cik Pya suka karipap dan bingka ubi kat kedai ni.
Tapi sayangnya, rasa dia dah tak sesedap dulu.


Pukul 9 pagi, Dat dah siap sedia menunggu depan hotel.
Dat ni staf kat hotel An Tam.
Pagi ni dia janji nak bawa kami bertiga pergi ke kedai shopping
kain baju yang murah katanya.


Dat bawa bersama kawan dia Akun.
Akun ni jadi translator. Akun boleh berbahasa Melayu.
Tapi maaf, Cik Pya lupa nak ambil gambar diaorang berdua 😅

Kedai pertama yang diaorang bawa ialah kedai yang menjual
pelbagai jenis beg. Daripada beg moden hinggalah beg kraft.
Masuk je kedai.. "Wow! Menarik"


Tapi bila tengok pada harga.. Emm.. tak jadi nak membeli.
Semalam kan kami dah survey harga di Ben Thanh Market kan [sini]
harga beg-beg moden kat kedai ni jauh lagi mahal
dari harga di Ben Thanh Market.

Mira dan Lala je yang beli small pouch kraft sebagai
souvenir untuk kawan-kawan diaorang. Cik Pya tak beli apa pun.

Kedai kedua yang diaorang bawa ialah kedai menjual baju
dan adalah juga jual kain lace. Daina's Collections nama kedainya
kalau tak salah Cik Pya.


Yang ni pun sama, kata harga murah. Tapi bila tanya, harganya
lagi mahal dari Ben Thanh Market 😓

Kat sini kami tak beli apa-apa pun.
Cik Pya cakap pada Akun

"Kata nak bawa pergi ke kedai yang lagi murah tapi ni semua
mahal dari Ben Thanh Market. Saya nak shopping kat China Town"

Akun jawab katanya dia akan bawa ke kedai lain pula.
Sama juga katanya lagi murah harganya dari Ben Thanh Market.
Masa tu dah pukul 11 lebih. Jauh kedai-kedai dia bawa ni.
Jauh dari District 1.

Kedai terakhir yang dia bawa macam kilang. Terletak di District 6.
Cik Pya lupa nama kilangnya. Kat sini pelbagai jenis kain ada.
Ada kain yang harganya murah dari Ben Thanh Market dan ada yang sama.
Tapi tudung dan telekung mahal dari pasar malam Ben Thanh walaupun
kat sini kilang.

Cik Pya tengok ramai juga yang borong tudung kat sini.
Mungkin diaorang tak survey harga dulu kot.
Sehelai mahal dalam RM1 hingga RM2.
Kalau setakat ambil sehelai mungkin tak terasa mahalnya.
Tapi kalau beli banyak untuk berniaga, rugi jugalah kalau beli di sini.

Mirah beli kain lace untuk hantaran dan kenduri abang dia nanti.
Lala beli kain Vietnam silk songket. Yang ni tak ada di area Ben Thanh.
Cik Pya macam biasa, tak beli apa-apa pun.

Masa ni sebenarnya dah rasa kecewa dah.
Sebab Cik Pya dah plan pagi hari kedua ni Cik Pya nak ke China Town.
Cik Pya selalu beli kain untuk berniaga di sana.
Plan Cik Pya cancel sebab Dat janji nak bawa kedai yang murah.
Tapi... emmm.. nan hado... aduiiii.. kecewa i 😞

Selesai membeli di sini, Cik Pya suruh balik ke hotel.
Tak nak pergi tempat lain dah walaupun Akun kata ada tempat
lain yang lagi murah. Cik Pya dah tak nak percaya dah.

Dekat pukul 1 petang juga baru kami sampai ke hotel.
Barang-barang beli tinggalkan pada Dat minta dia bawa naik.
Kami bertiga terus ke Ben Thanh Market.
Terpaksa lah beli kain-kain kat sini je.

Alhamdulillah dapat semua apa yang kami cari di sini.
Walaupun harga lebih sikit dari China Town.

Kalau korang pernah ke Ben Thanh Market, korang mesti kenal auntie ni.
Dia salah seorang peniaga kain kat situ. Kedai dia banyak jual kain cotton.


Dia antara peniaga kain terawal yang Cik Pya kenal masa
ulang alik ke sini tahun 2010 dulu. Masa tu Cik Pya belum tahu
pasal China Town. Jadi, selalu juga beli kain daripada dia.


Kali ni, Mira dan Lala banyak juga beli kain cotton daripada dia.
Kat kedai dia banyak corak yang comel-comel.
Yang sesuai dengan remaja.

Selesai membeli di dalam pasar, kami keluar berjalan di kedai-kedai
sebelah luar pasar pula. Barang-barang yang beli tadi kami
tinggalkan dulu kat dalam.

Cik Pya beli beg rotan seketul untuk Cik Pya.
Eh..! Kalau nak tahu kali ni Cik Pya tak ada shopping untuk diri sendiri.
Cik Pya cuma beli kain lace sepasang dan beg rotan satu.
Mira dan Lala yang banyak memborong.


Pukul 4 petang kami balik ke hotel. Baru je nak rehat tiba-tiba
dapat whatsapp mesej daripada Hasanah.. kawan Cik Pya.
Ada barang yang Cik Pya pesan tak ada stok.

Pukul 5 lebih kami turun semula. Lama juga kami melepak kat kedai
Saedah tempat Hasanah kerja. Sambil check semula order.

Meh Cik Pya kenalkan kawan-kawan Cik Pya.


Saedah yang baju hitam sebelah kiri Cik Pya.
Hasanah yang tshirt purple sebelah kanan Cik Pya.
Sorang lagi tu kawan diaorang.
Cik Pya kenal diaorang ni daripada tahun 2010.
Alhamdulillah hingga sekarang masih berkawan dan berhubung 😊
Kalau pernah pergi ke sana, mesti tahu kedai Saedah dan Aziz.
Antara kedai yang menjual pelbagai jenis telekung dan lain-lain.

Dalam pukul 7 lebih macam tu kami selesai semuanya.
Terus cari kedai makan. Perut dah bernyanyi pelbagai lagu dah.
Maklumlah kami cuma makan sarapan nasi lemak pagi tadi je.
Kali ni kami dinner di Restoran Musakariem.


Orang cakap pho kat restoran ni sedap.
So, malam tu Cik Pya dan Lala order pho.
And yes! memang sedap..!


Nampak daging dia? Banyakkan?


Mira order mee kari. Pekat dan sedap.


Selain tu, kami order juga vietnamese spring rolls.
Mira dan Lala teringin sangat nak makan.



Selesai makan, kami jalan-jalan di sekitar pasar malam.
Mencari barang-barang yang orang order.
Dah dapat semuanya kemudian kami lepak di kedai
tempat Muhammad kerja. Kedai ni bawah hotel kami je.


Kawan Cik Pya si Muhammad ni dia ada buat tour juga.
Kalau ada antara korang nak tour Vietnam boleh
contact Muhammad ni. Dia boleh uruskan semuanya.
Ni no nye +84 33 860 6307.
Korang boleh whatsapp or call dia kalau nak minta dia uruskan.
Nak berjual beli barang nak minta dia pos ke Malaysia pun
dia boleh tolong uruskan 😊

Sampai pukul 11 lebih juga kami kat kedai Muhammad.
Sebelum naik ke hotel, Muhammad belanja kami kopi Vietnam.
Maklumlah ni malam terakhir kami di sini.
Esok pagi-pagi kami dah nak bergerak ke airport.


Malam nya kami busy packing bag.
Tengah rancak packing tiba-tiba.. BLACKOUT..!!
Oh mai! Terkejut kami!

Lama jugalah blackout nya. Alhamdulillah bilik kami di hujung.
Jadi, bila buka langsir dapatlah cahaya lampu jalan.
Mengemaslah kami ni dalam kepanasan dengan bersuluhkan lampu jalan.

Tapi tak lama lepas tu lampu dah nyala semula.
Dalam pukul 2.30 pagi baru kami selesai packing bag.
Muhammad mesej bagitahu ada wayar terbakar kat bawah.


Alhamdulillah tak jadi kebakaran.
Iskh! Seriau pula bila fikirkan.. Nau'zubillah.

Tak sedar jam berapa kami tertidur.. zzzZZZZzzzzzz



To be continue...