Tuesday, March 8, 2011

Ini Sebenar nya Kita Suka???

Edit Posted by with 2 comments

**auto publish post- acu berada jauh dari Bumi Malaysia

Petikan daripada kotak email acu

Kita sebenarnya:
:

lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram

lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

lebih membesarkan hari Sabtu, Ahad daripada hari Jumaat

lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
(erk..acu la ni salah sorang nya..)

lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada sembahyang
(dulu acu pernah jadi macam ni semoga Allah ampun kan acu..)

lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
(erk...nie pun acu terasa nie...)

lebih suka menyebut hello!.. hai!.. daripada Assalamua'llaikum

lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid, bertahmid
(Ya Allah..acu tergolong dalam ni juga...)

lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
(iskh...banyak nya yang "terkena" pada acu)

lebih suka ke konsert, karaoke daripada ceramah agama

lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah

lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikkan

lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dgn keimanan kita

lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI...

Kita sebenarnye lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah SWT???

Wallahualam.


Semoga Allah mengampunkan acu & umat Islam semua..amin



"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Monday, March 7, 2011

Rahsia Wanita Melalui Bulan Kelahiran

Edit Posted by with 1 comment

**auto publish post - acu berada jauh dari Bumi Malaysia

Sumber dari kotak email acu...

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.



Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran

Januari

- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
(erk...betul ke acu macam nie ek...emmm....)

Febuari

- boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta

Mac

- ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian.

April

-Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut

Mei

-Suka merendah diri,penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.

Jun

- banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikan lebih sekali.

Julai

-Banyak pancarobahidup dan godaan, banyak perolehi rezeki

Ogos

-bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha.

Setember

-Murahhati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak

Oktober

-murah rezeki, keras hati dan mudah simpati

November

-rajin, pandai berbicara, mudahmenyeleweng, tidak menafaatkanharta pusaka

Disember

- rajin berusaha, lekas naik darah, kers hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki



"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Sunday, March 6, 2011

Doakan Acu

Edit Posted by with 6 comments

**Auto publish post

Entri ni sudah acu siap kan awal-awal sebaik sahaja
confirm tarikh & waktu penerbangan..
insyaAllah acu akan berlepas ke Jakarta pukul 12.45tengahari ni
dari Jakarta acu akan menaiki flight terus ke Jeddah
insyaAllah acu bertolak dari Jakarta pukul 3.20petang waktu Jakarta

Acu mohon kawan-kawan doakan acu & keluarga
selamat pergi & selamat kembali...
doakan juga acu sekeluarga sihat & dapat menjalani ibadat Umrah
dengan lancar...amin

InsyaAllah panjang umur, kita akan berjumpa semula 20-Mac-2011


**sekeping gambar buat pengubat rindu untuk semua**





Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Thursday, March 3, 2011

Saya Bukan Along..Saya Cuma Mahu Tolong

Edit Posted by with 14 comments

Acu yakin kawan-kawan semua mesti ada kredit kad kan???
sekurang-kurang nya sekeping kad yang tertulis
perkataan 'VISA' atau 'MASTER CARD' dengan warna yang menarik
ada juga yang ada lebih daripada 1 keping kredit kad...
ada dari bank yang sama tapi kebiasaannya dari pelbagai jenis bank

Termasuk lah dengan diri acu...acu tergolong dalam golongan
yang mempunyai 5 jenis kredit kad dari pelbagai jenis bank
fuuuuhhhhh!!!! banyak gilos...!!!!



Dengar bilangan kredit kad saja pun dah gerun
belum lagi dengar jumlah limit untuk setiap kad...
dan belum lagi dengar jumlah hutang terkumpul untuk semua kad..hehee
tak nak cakap lah...nanti ada yang meninggal sakit jantung sebab terkejut

Acu nie seorang yang boleh digelar "shopaholic"
acu memang suka bershopping...setiap kali shopping
mesti acu lerek kan saja kepingan yang berwarna "emas" dalam purse acu
nak bawa cash nanti takut kena ragut...kan bahaya tu kan..
(alasan...walhal cash tak pernah nya ada...hehehee..)


Setiap bulan, dapat saja duit gaji acu terpaksa ketepikan
"kebanyakan" duit gaji acu untuk "dihantar" ke pelbagai jenis bank
belum sampai hujung bulan...duit mesti tak cukup...huhuhu
setiap hari asyik "menghitung" bila lah nak sampai tarikh bayaran gaji
bulan depan pula...asyik belek kalendar je keja nya...kesian kan???

Tu pun bukan nya bayar sampai clear semua hutang pun
macam mana nak bayar sampai clear hutang kalau gaji yang dapat
kurang daripada hutang yang ditanggung..betul tak???
nak tak nak..ada yang acu terpaksa bayar minima nya sahaja

Bila bayar minima, sampai mati pun acu jamin hutang tu tak akan habis
malah makin bertambah adalah...

Dalam tak sedar, dah banyak interest kredit kad nie "mencuri" duit kita
setiap bulan kita "dicuri" 1.5% untuk setiap baki hutang yang tinggal
setahun kita "dicuri" sebanyak 18%...banyak tu wei...
(masa guna tak ingat pun semua tu kan...heheheee)


Pening kepala memikirkan masalah duit nie
acu percaya semua orang mempunyai masalah nie..
banyak mana pun duit pasti ada saja istilah "tak cukup"
terutama nya kepada pengguna kredit kad tegar...


Tapi sekarang masalah acu nie berjaya di selesaikan
hah!!!! mesti ramai pemegang kredit kad tegar nie nak tahu kan???
ala..tak payah tipu lah...tak payah malu-malu nak mengaku...
iskh...ada ke cakap acu diistihar muflis...
salah tu...kalau muflis acu mana boleh kerja kat gomen nie dah
pergi AKPK??? ya..tu salah satu cara tapi tu mungkin
jalan penyelesaian terakhir yang akan acu buat

meh sini acu kabo kan pada kawan-kawan semua..

Segala-gala nya bermula pada tahun lepas
acu bertemu dengan seorang lelaki bernama Eddie
dia lah "pembuka" jalan untuk menyelesaikan masalah acu

Alhamdulillah...sekarang acu tidak lagi dibelenggu
dengan masalah hutang kredit kad yang melampau nie



Dia menolong acu "menghentikan" interest kredit kad
yang "dicuri" setiap bulan oleh pihak bank
instead of bank charge kita 1.5%
dia mampu menukarkan 1.5% tu kepada 0%


Nak cerita panjang-panjang kat sini susah
apa kata kawan-kawan hubungi saja saudara Eddie nie
insyaAllah acu yakin dia mampu membantu menyelesaikan
masalah hutang kawan-kawan nie

Jangan malu..jangan segan...hubungi lah Eddie
nie no telefon dia 012-3602006
kalau malu nak telefon, kawan-kawan boleh email
g_maq@yahoo.com

Percaya lah insyaAllah lepas nie kawan-kawan
akan dapat hidup dengan aman & harmoni
tanpa takut dikejar oleh pihak bank lagi...



Bertindak lah segera...jangan tunggu lama-lama
nanti lagi lama tunggu lagi banyak hutang yang tertunggak
jangan risau nie BUKAN MLM...


Benda yang baik acu kongsikan dengan kawan-kawan
sebab acu betul-betul nak tolong...sharing is caring



p/s:: semua pic ehsan en.GooGle



Photobucket
"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

Tuesday, March 1, 2011

Menghitung Hari...

Edit Posted by with 22 comments

4 hari lagi...


owh...terasa lambatnya waktu berlalu...




Photobucket

"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"