Friday, June 3, 2016

Food Walk:: Pulut Awi Bukan Milik Penyanyi Awie Wings Tau

Edit Posted by with No comments
Lepas makan di Restoran Ayam Penyet Best [sini]
kami jalan-jalan cuci mata dalam Aman Central Mall
keluar dari Aman Central Mall, kami ke tempat makan kedua pula

Makan lagi??? ya.. ya.. ya.. nak cari makan lagi.. hehehehe

Jom kita pi makan pulut pula

Habib bawa kami ke gerai Pulut Awi
yang terletak di belakang Bank Rakyat Alor Setar
berdekatan dengan bangunan stesen bas lama
sekarang dah tak de dah stesen bas tu

Landmark lain selain Bank Rakyat ialah Bangunan MARA
betul-betul terletak di depan jalan masuk ke Bangunan MARA

Gerai Pulut Awi ni memang terkenal di Alor Setar
pelbagai jenis pulut ada dijual di sini


Kami sampai dah petang, dah hampir jam 6 petang
pulut yang tinggal hanya untuk lima pinggan
ngam-ngam untuk kami berlima

Cik Darling order pulut kahwin
sebab apa pulut kahwin??
sebab ada durian dan mempelam



Kak Ma dan Habib order pulut durian
Kak Liza dan Syikin kongsi makan dengan kami bertiga
dua lagi kami bungkus bawa balik
satu pulut durian, satu lagi pulut mangga


Walau pun dah petang tapi orang masih lagi ramai
yang beratur menunggu tu orang yang dah call booking awal-awal lagi
kira datang ambil je lah


Kalau korang tersesat ke Alor Setar
jangan lupa cari Pulut Awi
kalau nak selamat supaya tak pulang dengan perut kosong
lebih baik korang call dulu untuk booking
nombor telefon ada kat gambar di atas







Photobucket

Thursday, June 2, 2016

Food Walk:: Ayam Penyet Best

Edit Posted by with 1 comment
Balik kampung hujung minggu lepas
berkesempatan keluar dengan kakak-kakak dan anak-anak sedara
keluar jalan-jalan cari makan di Alor Setar

Hajat awalnya kami nak pergi makan nasi dinasor di Rimba Bamboo Restoran
tapi tak de rezeki... kedai nye cuma buka hingga pukul 3 petang sahaja
masa kami sampai tu dah pukul 3 lebih

Jadi, kami melencong ke Aman Central Mall
Kak Ma ajak makan di Restoran Ayam Penyet Best


First time Cik Darling makan kat restoran ni
antara makanan yang kami order

Gado-gado sebagai pembuka selera


Cik Darling order set nasi putih dan ayam masak kicap


Kak Ma order nasi goreng paprik


Syikin order set nasi putih dan ikan keli


Habib order nasi goreng pattaya


Kak Liza order set nasi putih dengan ikan kembung tiga rasa
tapi terlupa pula nak ambil gambar
sebab time tu Cik Darling dah mula makan.. hahahhaa

Penutup nye ABC sebagai pencuci mulut
order semangkuk je makan berlima


Pendapat Cik Darling okay lah.. not bad makanan-makanan kat sini
harga pun berpatutan
kalau nak try search je Ayam Penyet Best
boleh tengok kat mana outlet yang terdekat dengan korang :)









Photobucket

Wednesday, June 1, 2016

WW#99 Welcome Home Sweetheart

Edit Posted by with No comments
Minggu lepas ke KLIA sambut anak sedara Cik Darling balik dari Mesir
dia cuti semester sampai awal bulan September
hampir setahun tak jumpa dia.. rindu







Enjoy your semester break adik.. muuuaaahhhh!!








Photobucket

Wednesday, May 25, 2016

WW#98 Just Be Myself

Edit Posted by with 2 comments
Bila aku kata...


"aku sedang berubah"


Maka,

Tegurlah, bukan menghukum
Sayangilah, bukan memfitnah
Maafkanlah, bukan membenci
Mudahkanlah, bukan menyusahkan

Jadi,

Ingatkanlah aku, bukan mengejek

Kerana diri ini masih lemah, mudah terlupa dan mudah terleka...










Photobucket

Tuesday, May 24, 2016

Tanda Terima Kasih Daripada Ketua-Ketua

Edit Posted by with No comments
Semalam, ketua-ketua di bahagian Cik Darling kerja bercuti
bercuti untuk menyediakan juadah makan tengahari untuk kami
staf-staf di bawah seliaan mereka
kata mereka ini sebagai tanda terima kasih atas kerja keras
anak-anak buah semua

Awal pagi lagi diaorang dah berkumpul untuk memasak
di Astaka Orkid, Bukit Ekspo UPM







Dalam pukul 11 pagi Cik Darling dan kawan-kawan
dah ke sana menolong apa yang patut
kira group kami sampai awal sebelum staf yang lain sampai




Antara menu yang disediakan ayam dan kambing bakar, nasi lemak,
bihun goreng, salmon, kentang bakar, jeli kelapa, hokaido cupcakes,
congo bar, buah tembikai dan banyak lagi
tapi sorry terlupa nak snap gambar makanan tu semua



Menu yang paling laris semalam


Kejutan daripada Seksyen Cik Darling untuk Ketua Bahagian kami
kebetulan semalam birthday dia, jadi kami kongsi belikan kek




Majlis berakhir sekitar jam 2.30 petang
usai majlis, kami gotong royong bersih kan kawasan dan peralatan
bukan senang tau nak buli boss suruh basuh meja.. hahahhaaa


Terima kasih daun keladi
ada rezeki nanti belanja lagi ya boss :)







Photobucket