Wednesday, December 8, 2021
Monday, December 6, 2021
Semoga Semuanya Baik-Baik Saja
Edit Posted by Darling Pya with 4 commentsHari Rabu lepas (01-12-2021) dapat call dari Klinik Nefrologi.
Katanya doktor nak jumpa.
"Eh..! Bukan next appointment tahun depan ke?"
"Ye.. tapi ni doktor nak jumpa"
"Jumaat pagi puan datang hospital untuk ambil darah. Hari Isnin pukul 2 petang
saya set untuk jumpa doktor."
So, pagi Jumaat pukul 8 pagi CP dah sampai ke Hospital Serdang.
Terus ke kaunter no 8.. ambil nombor tunggu giliran untuk buat pembayaran.
Bila nombor dipanggil, CP pergi ke kaunter.. pastu abang kaunter cakap...
"Okay, hari ni tak payah bayar apa-apa. Terus pergi klinik"
Sampai Klinik Nefro, letak buku appointment.. ambil nombor.
Kena tunggu sehinggalah nama dipanggil.
Kebetulan ramai pula orang hari Jumaat tu.
Pukul 8.35 CP tunggu, pukul 10.15 macam tu baru nama dipanggil.
Ambil botol, kena beratur tunggu masuk toilet untuk ambil air kencing.
Dah kencing, tunggu pula untuk diambil darah.
Masa tiba giliran CP, CP bagitau doktor (kebetulan doktor yang ambil darah CP)
kena ambil tangan sebelah kiri.. last time pun ambil kat sebelah tu juga.
Maklumlah urat CP ni kan susah nak cari.. tenggelam dalam lelemaks 😅
"Takpe.. kita cuba sebelah kanan ni dulu. Saya nampak jelas urat kat sini"
Sekali bila dah cucuk... nah..!!! terbukti urat tu kecil walaupun nampak macam besar.
Tak keluar darah pun...
Doktor cucuk sebelah kiri...
"Eh! Ye lah.. besar urat sebelah sini."
Kan dah cakap awal-awal.. tak nak percaya.
Tak pasal-pasal kiri kanan kena cucuk 😢
Dalam 10.45 macam tu baru selesai semua nye.
Daripada hari Jumaat hingga pagi ni, hati dup dap dup dap.. berdebar.
So, petang ni pukul 2 nak jumpa doktor.
Harap buah pinggang CP ni tak ada masalah.
Oh ya.. ni follow up untuk post-covid.
I is nervous sebenar nya ni 😔
Doakan CP ya 😊
Friday, December 3, 2021
#Throwback:: Selamat Pengantin Baru Mimi Dan Aiman
Edit Posted by Darling Pya with 4 commentsThrowback kenduri kahwin anak sedara pada 06-11-2021.
Memandangkan masa tu Kedah masih di Fasa 3 so, tak boleh buat majlis.
Petang 05-11-2021 dibuat majlis berinai yang serba ringkas.
Hanya ahli keluarga sahaja yang hadir.
Yang melukis inai pun datang sorang je.
![]() |
| Tangan Pengantin |
![]() |
| Tangan CP |
Pada hari yang sama juga, kami adakan kenduri kesyukuran
untuk CP yang dah sihat daripada Covid.
Adakan bacaan yassin tapi dibuat di masjid.
Kakak masak nasi daging utara.
Pack dan hantar ke masjid dan juga ke rumah jiran-jiran terdekat.
Long buatkan Snowy Cake untuk dessert kami sekeluarga.
Majlis pada 06-11-2021.
Nikah dan sanding diadakan pada hari yang sama.
Jemputan hanya di kalangan ahli keluarga sahaja... tiada orang luar.
Rombongan lelaki datang cuma 12 orang sahaja.
Akad nikah diadakan di rumah Cik jam 9.30 pagi.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, Mimi sah menjadi milik Aiman.
Jamuan ringkas selepas majlis akad nikah selesai.
Sanding diadakan dalam pukul 1.30 petang.
Tak ada tepung tawar pun.. buat pelamin hanya untuk bergambar kenangan je.
Terlupa nak ambil gambar makanan untuk kenduri ni 😅
Ni je yang CP sempat snap...
Untuk orang kampung, makanan dibungkus dan diedarkan rumah ke rumah.
Walaupun dibuat secara sederhana tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
InsyaAllah 25-12-2021 ni majlis sebelah pihak lelaki pula di Kemunting Perak.
To Mimi dan Aiman,
Selamat Pengantin Baru.
Selamat melayari alam rumahtangga.
Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
Acu doakan semoga Mimi dan Aiman kekal bahagia hingga syurga.
Thursday, December 2, 2021
Happy Birthday Kak
Edit Posted by Darling Pya with 7 commentsHappy Birthday kak....!!!
Acu doakan semoga kak dimurahkan rezeki.
Diberi kesihatan fizikal dan mental yang baik.
Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah....
Terima kasih jaga acu daripada tak boleh berjalan
hingga dapat berjalan semula macam biasa.
Terima kasih untuk semua pengorbanan kak sepanjang
acu sakit.. duit ringgit, masa, tenaga, jaga makan minum acu,
ulang alik hantar acu ke hospital.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua budi baik kak.
Thank you so much for everything kak.
Acu sayang kak 💜
Wednesday, December 1, 2021
WW#149 Bil Hospital
Edit Posted by Darling Pya with 6 commentsJumlah perbelanjaan sepanjang CP di rawat di Hospital Serdang...
Tapi semua nya ditanggung oleh Kerajaan dan UPM.
Alhamdulillah...
Subscribe to:
Posts (Atom)








































