Thursday, June 4, 2009

Konya - Cappadocia

Edit Posted by with 16 comments
Alhamdulillah kami selamat sampai ke Konya selepas berjam-jam dalam bas.
Lepas dinner malam tu, kami ada small discussion
tentang jadual perjalanan untuk esok nye..

Lepas abis berbincang, acu dan beberapa orang kawan
keluar bersiar2 untuk menikmati angin malam di Konya..
Kedai2 kat sini tutup awal...yg ada cuma kedai makan.
Sekejap je jalan2 lepas tu balik bilik...tido....


18-Mei-2009


Seawal jam 7 pagi kami dah ready untuk bekpes..
Dalam pukul 8am bas datang amik and ready untuk melawat Konya.
Tempat pertama bas berhenti adalah di madrasah pertama di Konya.
Acu lupa pulak le nama nye...tapi kami tak masuk pun.
Setakat bergambar kat depan pintu nye.
If tak salah acu, madrasah tu tengah renovate aritu.

Lepas bergambar sekeping dua, kami bertolak ke Muzium Tarikat
atau dikenali sebagai Mevlana Museum yg terletak di Mevlana Square...
Muzium tarikat nie menempatkan makam, sejarah dan apa saja
yg ada kaitan dengan ahli sufi...

Nie pintu masuk ke Mevlana Museum


Dalam muzium tak dibenarkan bergambar..
So, segala gambar yg dipamerkan adalah di sekitar perkarangan luar muzium je.

Habis melawat Mevlana Museum, kami meneruskan perjalanan ke Cappadocia.
Sebenar nye tu je yg menarik di Konya...
Perjalanan ke Cappadocia nie mengambil masa lebih kurang 3-4 jam.

Ada lah dalam 2 kali berhenti...
Berhenti untuk ke toilet dan berhenti untuk lunch.
Asal berhenti je, mesti ada aktiviti bergambar...hehehehe

Kat stesen minyak berhenti ke toilet pun sempat bergambar.

Lepas tu kami berhenti lunch kat restoran..emm...lupa la nama dia
Perut dah kenyang, apa lagi....bergambar je la keje nye....hehehehe

Apa ada di Cappadocia nie sebenar nye??


Nampak macam kawasan berpasir je...
Nie pasir bukan sebarang pasir...
Di dalam pasir tu sebenar nye ada rumah.
Dulu kat dalam tu ada orang tinggal..sekarang dah tak de dah
Nak tau lebih lanjut korang klik kat [
sini]

Kat sini, viagra di jual di tepi jalan je tau...hahahaha

Korang jangan la salah faham...pakcik tu bukan jual pil viagra tu
Tapi Turkish Naturel Viagra tu sebenar nye ada lah
buah aprikot kering, badam dan pelbagai jenis kacang...
Itulah viagra yg original...hehehehe

Lepas lunch dan sesi bergambar tu, kami di bawa pusing2 ke sekitar Cappadocia.
Kami di bawa ke kilang membuat tembikar.
Nie ala2 tempat buat labu sayong kat Perak tu la

Seperti biasa lah kalau kita di bawa ke tempat2 macam nie
mesti la ada orang yg tolong demo kan cara tembikar tu di buat.

Dan lepas tu pasti dia akan minta wakil dari rombongan kita utk try.
Hanya sorang je di kalangan kami yg berani mencuba...

Tapi biasa la..bila bukan yg pakar buat.
Lain yg di bentuk lain yg jadi nye...

Hasil nye hanya mengundang ketawa kami semua.

Nie antara barangan yg di jual di sini...cantik-cantik belaka...

Dalam banyak2 barangan yg di pamer kan tu
acu cuma beli 1 mug je..hehehehe
Jadi lah kan ada gak kenangan dari Cappadocia nie.
Bukan tak nak beli yg lain tapi mengenangkan berat dan susah nak bawa
(huh..alasan je semua tu...)
Jadi niat tu acu kubur kan je lah...
Dah dapat murah, acu pun bergambar le sekeping dengan mamat yg jual tu

Lepas dah puas shopping tembikar, kami di bawa pula melawat kilang onyx.
Seperti biasalah sampai je ada demonstrasi potong, bentuk dan kilat kan marble

Di sini di jual pelbagai jenis aksesori yg bertakhta kan batu permata.
Dari yg murah hingga lah yang mahal...pilih saja mana yg mampu.
Acu memang akan beli aksesori di mana2 negara yg acu pergi.
Acu beli mana yg acu mampu le...cukup sebagai kenangan untuk diri acu.
Kat sini acu beli sepasang subang dan gelang tangan...kira satu set la.
Nak beli sekali dengan rantai, terasa mcm mahal la pula.

Dalam pukul 6.30ptg baru kami keluar dari situ terus di bawa ke hotel.
Lepak kejap lepas kan penat, lepas tu dinner.
Lepas tu kami di bawa ke sebuah tempat hiburan di bawah tanah
untuk melihat tarian2 tradisional Turki termasuk lah tarian Sufi.

Kat sini jugak lah, acu melepas kan geram menari...hahahaha
Kat Malaysia tak penah menari, alih-alih kat Turki nie pulak le acu menari.
Dulu ada le ke kelas menari masa join Celebrity Fitness.
Dah abis setahun, acu tak continue so, gian nak menari tu ada la sikit.
Tu yg lepas kan kat sini tu....opppsss!!!

Habis tarian tu hampir pukul 1 pagi...
Balik bilik memang terus tido la...letih...huh


to be continue....

Monday, June 1, 2009

Pamukkale

Edit Posted by with 10 comments
17-Mei-2009

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Pamukkale dalam pukul 7.30mlm.
Semua dah kepenatan selepas melalui perjalanan yg jauh.
Kami menginap di Villa Lycus...not bad la hotel nye.

Hari ke-3 acu di Turki, kami melawat Pamukkale.
Di Turki, Pamukale nie dikenali sebagai "cotton castle"
Kenapa di panggil "cotton castle" korang kena baca entry nie
sampai abis..hehehe....

Sampai je kat hotel, terus dinner...
Lepas dinner, balik hotel rehat kejap.
Lepas tu siap2 terus keluar...
Acu dah janji dengan beberapa orang kawan
nak jalan2 sekitar pekan Pamukkale nie.

So, malam tu ramai gak le antara ahli rombongan nie
yg menghabiskan sebahagian duit mereka di Pamukkale

Acu??? 

Acu cuma beli fridge magnet je.
Tu dah jadi satu kewajipan setiap kali travel...

Balik bilik dah hampir jam 12malam dah.
Kedai pun dah banyak dah tutup...

Seperti biasa pagi2 sebelum keluar berjalan2
Acara pertama lepas bekpes adalah bergambar di lobi hotel
dan di sekitar halaman hotel nie...


Dah puas bergambar, baru le pakat2 berebut naik bas.
Hari nie destinasi tujuan kami ialah ke Antique City of Hierapolis.



Apa ada kat sana???

Jom ikut acu....hehehehehee

Dekat je Hierapolis nie dengan hotel kami stay.
Nak masuk ke Hierapolis nie kena beli tiket.
Nie semua dah termasuk dalam pakej yg kami amik.

Cantik kan permandangan kat sini?

Subhanallah...acu terlalu kagum tengok permandangan kat sini.
Tak terungkap dengan gambar2 nie semua...terlalu indah.
Sepanjang jalan, permandangan nye cantik je...
Tak tau kat mana nak posing...pening pilih lokasi...hehehehee

Nampak tak konkrit-konkrit kat belakang acu tu??
Tau tak konkrit apa tu???

Sama gak dengan bukit kecik belakang acu nie...
Tau tak apa ada kat dalam bukit kecik tu??

Kalau korang nak tau, kedua-dua gambar di atas tu
sebenar nye acu berposing berlatar belakang kan kubur.
hahahaha...punye suka nak berposing sampai tak sedar berposing depan kubur :-D

Hierapolis nie dikenali sebagai "sacred city".Salah satu tempat yg popular untuk dikunjungi kalau melancong ke sini.
Nie antara necropolis of Hierapolis...


Nie lak The Gate of Domitian

Ha...sekarang acu nak cite kenapa Pamukale nie dikenali sebagai "cotton castle".
Nampak tak kawasan putih kat belakang acu tu?

Tak nampak?? acu zoom sikit ye...

Nampak?? tak nampak gak ye...kita zoom lagi sekali....

Dah nampak??? tak nampak jugak tak tau le...
Nie la sebab nye Pamukale nie dikenali sebagai "cotton castle".
Macam cotton je kan??


#####################################################The extraordinary effect is created when water from the hot springs
loses carbon dioxide as it flows down the slopes, leaving deposits of limestone.
The layers of white calcium carbonate, built up in steps on the plateau

#####################################################

Ramai pelancong amik kesempatan berendam atau paling kurang
rendam kan kaki ke dalam kolam Pamukale hot spring nie.

Tengok le permandangan the white terraces of Pamukkale
Cantik kan???
Sungguh indah ciptaan Allah...acu kagum..sangat kagum...

Selain daripada white terrace tu, kat sini ada gak Cleopatra pool.
Air dia sangat jernih...tapi nak mandi kena bayar..
Nie kolam hot spring yg digunakan oleh Cleopatra dulu.
Tengok le air nye...jernih kan???

Selain tu nun jauh di atas bukit sana ada Hierapolis' theater.
Kami semua tak naik pun...sebab cuaca panas pastu dah tak larat dah nak mendaki.


Penat berjalan kat atas sana, dalam pukul 10.30, kami bergerak turun
nak menuju ke destinasi lain pulak...Konya...

Acu tinggal kan entry dengan bunga-bungaan sekitar perjalanan menuju ke hot spring.



to be continue....

Thursday, May 28, 2009

Bursa

Edit Posted by with 21 comments
16-Mei-2009

Selepas melepaskan penat selepas seharian dlm flight dan bas.
Pagi tu lepas sarapan, bergambar beramai-ramai kat lobi hotel


Aktiviti ari nie berjalan- di sekitar Bursa.
Memula sekali kami melawat pokok plain meditrenian yg berusia 500thn.
Kawasan pokok nie kat atas bukit...celah-celah rumah orang Turki.

Besar tau pokok nye..ye la kan usia pun 500thn
Mesti la pokok nye pun besar kan??? Apo la acu nie...hehehehe
Tengok je la batang pokok nie...besar gile

Kami pun apa lagi, bergambar je la keje nye..
Mana ada aktiviti lain yg menyeronokkan dah selain bergambar.
Nie le ahli kongsi gelap yg terlibat dlm aktiviti nie...hehheehe


Kebetulan masa kami sampai tu, ada sekumpulan budak2 sekolah
tengah berkelah kat bawah pokok nie...
Comel-comel belaka le anak2 Turki nie.
Diaorang buat kitaorang semua nie macam artis...hehehehee


Kat bawah pokok tu ada diletakkan guest book utk tetamu2 sain
so, acu amik kesempatan le tulis nama acu & dia..hope we'll be forever :-D

Dah penat berposing kat atas tu, kami pun bertolak ke Ulu Mosque lak.
Ulu Mosque nie ada lah salah satu landmark of early Ottoman architecture
dibina pada zaman pemerintahan Sultan Bazayed I.



Kat dalam masjid nie ada fountain.


*****************************************************************
There is also a fountain inside the mosque where
worshipers can perform
ritual ablutions before prayer
******************************************************************

Dah abis melawat dalam Ulu Mosque nie, kami diberi masa dalam 1jam
untuk melawat ke kawasan bazar yg terletak sebelah Ulu Mosque nie.
Sempat le kami merasa ais krim Turki...(sama je mcm ais krim Malaysia but too sweet)

Lepas abis melawat Ulu Mosque, kami dibawa ke Green Mosque lak.
Masjid nie dinamakan Green Mosque sebab senibina nye menggunakan
mossaic blue green tiles pada dinding & siling dalam masjid nie.
Tapi ada some parts dalam masjid nie yg dibina semula sebab gempa bumi.
Turki kan terkenal dengan gempa bumi...

Lepas melawat Green Mosque kami ke Silk Bazar kat situ.
Ada some of ahli kongsi gelap yg beli handmade carpet
but most of ahli beli some souveniers kat sini..termasukla acu...

Kami lunch pun kat restoran sini gak.
Lunch kami aritu ialah lamb kebab.
Turki kebab nye lain sikit dari Malaysia kebab.
Nie le rupa kebab kat Turki..daging yg dihiris nipis2
Di bawah nye dialaskan dengan roti pita yg potong kecik2..

Dari restoran nie boleh nampak permandangan sekitar Bursa.
Tengok le rumah2 kat sana...padat kan????


Lepas lunch kami meneruskan perjalanan kami ke Pamukale..
Apa ada Pamukale???? tunggu next entry acu ye... ;-)


to be continue....