Monday, August 26, 2019

#Throwback Masjid Amr Ibn Al As Cairo

Edit Posted by with 2 comments
Tarikh:: 13-05-2019


Selepas lawatan di Kubu Pertahanan Salahuddin Al-Ayubi [sini]
kami dibawa ke Masjid Amr Ibn Al As yang terletak di Fustat
Fustat merupakan ibu kota Mesir yang baru
pintu masuk utama ke Masjid Amr Ibn Al As tertera kalimah 'Allahu Akbar'


Siapa Amr Ibn Al As ni?

Beliau adalah seorang sahabat Rasulullah SAW dan juga seorang
panglima perang Islam yang telah membebaskan Mesir dari kekuasaan Rom
sebagai mengenang jasa beliau, Khalifah Umar Bin Al Khattab telah memilih
beliau menjadi Gabenor Mesir

Struktur asal masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina di Mesir
dan di seluruh benua Afrika
ia dibina pada tahun 641 - 642 Masihi




Ustaz kata ini ialah telaga Imam Shafie


Masjid ini merupakan sebuah masjid yang aktif
yang sentiasa dikunjungi ramai jemaah setiap hari
selain waktu solat, masjid ini dibuka untuk pelancong

Pada bulan Ramadan setiap tahun, masjid ini menjadi 
tumpuan orang ramai untuk beribadah
bertambah meriah bila masuk 10 malam terakhir Ramadan
saf-saf akan melimpah ruah sehingga hampir 1 km di luar masjid

Penjual dan peminta sedekah di sekitar kawasan luar masjid



Masa kami datang, masjid ini dalam proses pembaikan
jadi, ada beberapa bahagian ditutup.. tak boleh masuk
kami mengambil kesempatan untuk solat jamak Zohor dan Asar di sini

Masa nak ambil wuduk kat sini, ada seorang lelaki tua
tunjukkan kami selipar untuk pakai sebab takut kasut kami basah 
dan suruh kami simpan kasut kami di rak yang telah disediakan

Dalam hati.. 


"bagusnya pakcik ni."


Selesai berwuduk (toilet terletak di luar masjid), kami pun masuk
ke dalam ruang solat wanita untuk menunaikan solat
habis solat, kami rehat seketika.. melepaskan lelah
maklumlah penat berjalan dalam kubu pertahanan tadi
maaflah terlupa pula nak ambil gambar dalam ruang solat wanita


Bila semua dah selesai, ustaz pun dah mesej suruh keluar
kami pun pergilah kat rak yang menyimpan kasut kami tadi
pakcik tua tersebut masih ada di situ

Masa minta tolong ambilkan kasut kami, dia hulurkan tin
sambil berkata "sedekah.. sedekah.." katanya untuk masjid
jadi, kami masukkanlah duit ke dalam tabung yang dihulur
kemudian baru dia bagi kasut
selagi tak masukkan duit, selagi tulah kita tak dapat kasut kita
ini sedekah "paksa" namanya 😅😅

Bila semua dah dapat kasut, sebaik saja kami melangkah keluar
nak tau tak apa pakcik tu buat?

Dia keluarkan duit dari dalam tin yang kami masukkan tadi tu kan
dia masukkan ke dalam POKET baju dia...!!!!! 😤😤

Ya ampun...!!

Penipu rupa nya..
tin tu bukan untuk masjid tapi untuk diri dia
hampeh..!!! tertipu kami semua

Masa tu rasa macam nak patah balik nak cakap kat dia "haram..!! haram..!!"
tapi tak sampai hati pula ðŸ˜…😅
tergelak sendiri bila terkenangkan hal ni

Kami bergambar kenangan di hadapan pintu masuk utama
sebelum bergerak ke destinasi seterusnya




To be continue...






Photobucket

Friday, August 23, 2019

#Throwback Kubu Salahuddin Al Ayubi Cairo

Edit Posted by with No comments
Tarikh:: 13-05-2019


Dari kedai Crystal Asfour [sini], kami dibawa melawat 
ke kubu pertahanan Salahuddin Al Ayubi yang terletak 
di tengah-tengah bandar Kaherah di sebelah Bukit Muqattam

Ia dibina pada tahun 1183 Masihi oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi
sebagai pertahanan paling penting dalam sejarah Islam Mesir bagi 
menghalang serangan tentera Kristian semasa berlakunya perang Salib

Secara keseluruhan, Salahuddin mempunyai 4 kubu pertahanan
yang terletak di sekitar Mesir, Jordan dan Syria
kubu pertahanan yang utama dan terbesar adalah kubu ini



Harga tiket masuk dan waktu operasi adalah seperti di dalam gambar


Pembinaan kubu yang terletak di atas bukit ini memerlukan asas yang kukuh dan utuh
jadi, Panglima Salahuddin Al-Ayubbi telah mengarahkan untuk mengambil
batu dari Piramid di Giza untuk digunakan dalam pembinaan kubu ini



Kubu ini diperbuat dari batu bata yang tingginya 7 meter dan lebar 3 meter
ia sangat kukuh sebagai sebuah kubu pertahanan


Di seberang jalan, boleh nampak saliran air di tepi Bukit Muqattam
saliran air ini dibina untuk membekalkan air kepada tentera pada masa itu
saliran ini bermula dari Sungai Nil hingga ke Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayubi



Di dalam kawasan ini terdapat Muzium Polis, Muzium Tentera,
Muzium Permata yang mengandungi perhiasan Raja-Raja Mesir,
Muzium Penjara Citadel tempat banduan dikurung di situ


Muzium tentera ditutup kepada pelawat kerana dalam proses pembaikan


Ini merupakan laluan tentera pada zaman dahulu
kelihatan Masjid Muhammad Ali Pasha yang tersergam indah di sebelah kiri laluan
dan di sebelah kanan laluan adalah Masjid El Naser Mohamed Ibn Qalawoon


Di dinding depan bangunan Cairo Police Antiquities Station ini terdapat
logo Egyptian Ministry of Antiquities, imej Masjid Muhammad Ali Pasha
dan imej Sultan Salahuddin Al-Ayyubi





Permandangan di sekitar dalam kawasan kubu






Selain dari 4 muzium yang dinyatakan, terdapat juga 2 masjid di dalam kawasan ini
iaitu Masjid Muhammad Ali Pasha yang menyamai senibina Masjid Biru di Turki
dan Masjid El Naser Mohamed Ibn Qalawoon

Masjid El Naser Mohamed Ibn Qalawoon dinasabkan kepada
salah seorang panglima tentera Salahuddin Al-Ayyubi yang telah memberikan
sumbangan yang besar dalam peperangan dan penyebaran Islam



Masjid yang dibina pada tahun 1335 Masihi dikenali juga sebagai Muzium Tiang
kerana majoriti hiasan dalamannya difokuskan kepada tiang-tiang 
dengan seni ukiran Islam




Tiang yang ada sekarang sebahagiannya adalah tiang asal manakala 
sebahagiannya telah ditukar dengan yang baru dan diimport dari 
luar negara seperti Turki, Itali dan Rom

Masjid kedua yang terdapat di dalam kubu ini ialah Masjid Muhammad Ali Pasha
Muhammad Ali Pasha merupakan pengasas dan pemerintah dinasti terakhir
sistem pemerintahan beraja di Mesir

Masjid ini dibina oleh beliau sebagai simbol pemerintahan beliau di Mesir
yang beraliran moden pada tahun 1830 Masihi
sejarah mengatakan yang pembinaan ini diketuai oleh seorang arkitek Turki 
iaitu Youssef Bushnaq kerana itulah senibina masjid ini sama seperti Masjib Sultan Ahmed atau dikenali sebagai Masjid Biru di Istanbul Turki [sini]


Masjid ini juga dikenali dengan Masjid Marmar kerana bahan binaan dalamannya
mewah dengan marmar yang terbaik termasuklah mimbarnya yang diperbuat
daripada marmar Bani Suef






Kedudukannya yang strategik membolehkan ia dapat dilihat
dari semua penjuru kota Kaherah

Di dalam masjid ini juga terdapat makam Muhammad Ali Pasha
yang terletak di bahagian kanan pintu masuk masjid ini
senibina makam tersebut dipenuhi dengan ukiran bercorak tumbuh-tumbuhan


Selesai lawatan dalam kubu Salahuddin Al-Ayubi
masa ni kan tekak dah mula terasa kering... dahaga..!!!
memang betul-betul mencabar berjalan di dalam bulan Ramadan ni 😅



To be continue...






Photobucket

Thursday, August 22, 2019

#Throwback Asfour Crystal Cairo

Edit Posted by with No comments
Tarikh:: 13-05-2019


Permandangan waktu pagi dari balkoni tingkat 11 Asrama Darulaman 3


Cik Darling dan Fiqa; anak sedara Cik Darling yang belajar di Alexandria


Pagi ni kami ada lawatan ke beberapa tempat bersejarah di Cairo ni
jadi, dalam pukul 8 pagi van datang ambil kami di rumah
Oh ya! Hari ni bermula lah cabaran kami berpuasa selama 16 jam
di dalam cuaca yang panas terik di bumi Anbiya ni 😅

Sebaik je masuk dalam van


"Ustaz, kami nak tukar duit dulu"

Haa.. penting tu.. masing-masing nak tukar duit ke matawang Egypt
untuk pengetahuan kawan-kawan, duit Egypt lebih untung tukar di sana
berbanding tukar terus di Malaysia
dari Malaysia ni bawa matawang USD dulu sampai di Egypt baru tukar

Ni gambar yang sempat Cik Darling ambil sementara tunggu
kakak dan abang yang ikut ustaz pergi tukar duit
dua orang je pergi.. yang lain semuanya tunggu dalam van



Maaf lah nak cakap.. bandar tempat Cik Darling tinggal ni nampak kotor
bandar dia penuh dengan debu
mungkin sebab tu kot kebanyakan bangunannya berwarna coklat
supaya bila berdebu tak nampak sangat kekotorannya
kereta orang Mesir ni semuanya kotor-kotor
susah nak jumpa yang bersih 😅

Selesai urusan tukar duit, kami dibawa ke tempat shopping dulu
haa kau.. pagi-pagi dah pergi shopping 😆😆

Pit stop pertama kami ialah di Asfour Crystal
antara tempat jualan kristal yang terkenal kat sini
bila masuk je kat dalam tu kan.. MasyaAllah.. ana terpegun lahhh

Semuanya blink blink.. cantik-cantik
ada macam-macam barang yang dibuat daripada kristal


Kalau Cik Darling pun dah rambang mata
apa lagi lah kakak-kakak Cik Darling tu
kena pula harganya sangat berpatutan dan murah bila ditukar ke RM
rasa macam nak beli je setiap barang yang ada kat situ 😅






Konsep beli kristal di Asfour ni lebih kurang sama konsep seperti beli barang di iKEA
kita tulis kod barang yang kita nak beli kemudian serahkan kepada jurujual kat situ
kalau di iKEA kita kena ambil sendiri barang di gudang
tapi di sini diaorang yang akan ambilkan barang tersebut dari gudang
tunggulah sehingga nama kita dipanggil untuk buat bayaran


Dan barang akan diserahkan di kaunter bawah dekat dengan pintu keluar
sebelum keluar kena pastikan setiap barangan yang diberi tu
memang betul barang yang kita pilih
sebab ada sesetengah barang berkongsi kod yang sama
macam abang Cik Darling kena.. mungkin staf dia salah letak kod


Thank you so much to abang Cik Darling sebab belanja Cik Darling
gelang yang cantik-cantik ni 😊






To be continue...







Photobucket