Sumber dari kotak email acu...![]()
Suatu hari Tan Sri mendapat jemputan melawat pameran lukisan. Kerana ketika itu beliau mengalami sakit mata dan penglihatannya kabur, maka beliau mengajak Jenet iaitu pembantu untuk menemaninya.
Tan Sri : "Wow, cantiknya lukisan ni. Gambar ikannya benar-benar hidup."
Jenet : "Shttt... jangan cakap kuat-kuat Tan Sri. Itu gambar buaya."
Kemudian mereka melihat ke lukisan lain.
Tan Sri : "Lukisan Gajah ini nampak gagah sekali."
Jenet : "Shttt... itu bukan gajah tan sri, itu gambar badak sumbu."
Setelah dua kali ditegur, Tan Sri cuba untuk tidak memberi komen pada lukisan lainnya sehinggalah beliau sampai kesatu sudut.
Tan Sri : "Wow, menakjubkan sekali. Lukisan Orang Utan ini begitu halus sekali garisannya. Ianya seperti hidup dan bergerak-gerak."
Jenet terus ketawa dan berkata: "Tan Sri... Itu kan cermin.
Wajah itukan wajah Tan sri!"
p/s::gambar ehsan en.GooGle
Sunday, February 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 xoxo:
Post a Comment