Sunday, March 13, 2011

"Kaki Saya Lebih Bersih Daripada Muka Saudari"

Edit Posted by with 2 comments

**auto publish post - acu berada jauh dari Bumi Malaysia

Sumber dari kotak email acu...



Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.

Oleh sebab tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Semasa beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke sinki(washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Pramugari: Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki (dengan suara dikeraskan).

Ulama:Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? (dengan suara lembut dan penuh rendah diri)

Pramugari: Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari (dengan sifat angkuh).

Ulama:Saya mencuci kaki saya sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih daripada muka saudari.


Nota Kaki:

Urusan agama di mana-mana pun kena buat. Atas darat ke, di awangan ke, bila tiba masanya, kerjakanlah.

Jangan pandang hina pada yang mengerjakan tanggungjawabnya. Kita semua ada tanggungjawab yang sama. Kalau tak nak tanggung, pandai-pandai la jawab nanti di muka pengadilan Allah.


p/s::gambar ehsan En.GooGle





"SomeDay I Will Be Queen' But I Will aLways Be MyselF"

2 comments:

  1. pernah dengar kisah ini. sebab tu orang yang tak tinggal solat mukanya berseri sebab dibasuh at least 5x sehari. belum masa mandi dan saja2 basuh muka.

    ReplyDelete
  2. Pramugari cuci muka 2 kali je sebab pakai mekap..

    ReplyDelete