Destinasi kedua di hari pertama 20-01-2014 (Isnin)
Trans Studio Bandung...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Semua teruja... dah tak sabar nak main games kat sini
terutama nya roller coaster... yyeaarghhhhh..!!!!
Bayaran masuk ke Trans Studio untuk weekdays cuma IR150,000 sahaja
kalau pergi waktu weekend harga tiket nye 1R250,000
kalau nak upgrade ke VIP akses tambah lagi 1R250,000
VIP akses nie laluan khas.. tak payah nak beratur panjang tunggu turn
Jom layan games yang ada di Trans Studio
Yamaha Racing Coaster
Roller coaster yang meluncur 120km/h
kata nya roller coaster macam nie cuma ada tiga di dunia
satu di Trans Studio Bandung dan dua lagi di US
Vertigo Galaxy
Bentuk ala-ala kincir angin
berputar 360 darjah secara vertikal
Giant Swing
Buaian raksasa yang berputar pada ketinggian 18 meter
Dragon Riders
Kekonon kita menunggang raksasa la
tak best sangat pun game dia
Si Bolang Adventure
Salah satu rancangan yang disiarkan di TV Trans
sesuai untuk kanak-kanak
Trans Broadcast Museum
Boleh lihat rahsia belakang tabir program-program Trans TV dan Trans 7
Jelajah
Peluang merasa pengalaman berada dalam hutan di Afrika
bertemu dengan binatang buas dan melalui air terjun setinggi 13 meter
Sky Pirates
Naik kapal lanun yang tergantung dan bergerak keliling Trans Studio
Dunia Lain
Di Malaysia orang selalu sebut Rumah Hantu
Kabayan Goes To Hollywood
Petunjuk kan teater bertaraf broadway
tapi bukan setiap masa ada
boleh rujuk jadual di Trans Studio
kalau weekdays show nya cuma sekali saja
Special Effect Action
Mengungkap rahsia di sebalik pembikinan filem-filem aksi
macam bom meletup, tembakan dan semburan air
Nie pun sama macam Kabayan Goes To Hollywood
ada jadual tayangan...
Trans Car Racing
Boleh bawa keta melalui track yang disediakan sepanjang 1 km
dengan kelajuan 40 km/h
Marvel Super Heroes 4D
Kata nya yang pertama di dunia yang menampilkan
hero-hero Marvel; Hulk, Iron Man, Spiderman, Thor dalam 4D
emm.. not bad tapi pening kepala dan sakit badan
maklum le super hero la kata kan... berlawan sana sini... hahahaha
tapi awas!! ibu mengandung memang tak leh menonton
Trans Science
Tempat bermain dan belajar mengenai Sains
Kong Climb
Nie panjat dinding atau wall climbing untuk curi permata yang dijaga oleh king kong
Erk.. banyak lagi sebenar nya
ada Pulau Liliput - nie sesuai untuk kanak-kanak
ada Negeri Raksasa
Captain Black Heart's Pirate Ship - nie sama dengan solero space shot kat Genting
Rezeki kami petang tu dapat tengok Parade
Dah puas main games kat situ
masa untuk shopping souvenir
Owh ya lupa pula nak bagitau
tidak dibenarkan menggunakan cash untuk
sebarang pembelian kat dalam Trans Studio ini
Kita kena beli Mega Cash macam nie
Ala-ala prepaid kad.. topup la seberapa banyak nak
maximum boleh isi dalam nie IR1 juta
nak beli souvenir, nak beli air, makanan semua menggunakan kad nie
Main games dah.. shoppin pun dah
so, masa untuk pulang
kesimpulan nya anak-anak sedara acu enjoy
termasuk lah dengan mak sedara diaorang nie... ngeee
Eh... tapi belum nak balik rumah lagi
Sambung shopping pulak kat Toko Tiga
anak-anak sedara dan kakak nak cari jeans
acu shopping tshirt je... no jeans
Destinasi terakhir kami untuk hari kedua nie ialah Belacan Restaurant
isi perut lah wei.... seharian dah berjalan
dah penat menjerit bagai kat Trans Studio nuuu...
Habis makan balik ke apartment rehat
esok mau jalan-jalan lagi
Sambung next entri ya....
p/s:: ada some gambar ehsan pakcik Google
ada some video ehsan makcik youtube
About Me
- Darling Pya
- A simple girl, fun-loving person, like making jokes, easily to laugh (I suppose), like to help people, share stories. Well the bottom line is, I am just a simple Malay girl.
Blog Archive
-
▼
2014
(61)
-
▼
January
(21)
- Birthday #1 Ucapan Dan Doa
- Holiday #3 Teruja Gembira Gayat Kecut Perut
- It's My Birthday..! Where's My Cake?
- Holiday #2 Awal Pagi dah Shopping
- Holiday #1 Percutian Keluarga Di Bulan Pertama 2014
- Throwback #13 Jumpa "Kekasih" Setahun Sekali
- Throwback #12 Ubah Selera
- Throwback #11 Aktiviti Tahunan
- Throwback #10 Dayang Raja Sehari
- Throwback #9 Setelah Hampir Dua Dekad
- Trans Studio Mu Tunggu Kami Datang
- Throwback #8 Hijau Merah Bersatu
- Throwback #7 Merah Nya Mak Ngah
- Throwback #6 Dah Jadi Suami Orang
- Just A Two Of Us
- WW#85 Only In Vietnam
- Hujung Minggu Pertama Di Tahun 2014
- Saya Pulang Ke "Kampung"
- Bergambar Macam Muzium Kami Yang Punya
- Tak Dapat Yang Asli Patung Pun Boleh Lah
- WW#84 Happy New Year..!!!!
-
▼
January
(21)
Darling's Popular Posts
-
Lupa CP nak share keputusan lepas jumpa doktor di Klinik Nefrologi pada 06-12-2021 hari tu. Appointment CP dengan doktor jam 2 petang. Sepe...
-
Memandangkan tahun ni, acu nak 'fly' jauh sikit daripada biasa nak kena buat Visa la pula... So, tadi acu buat lah check list apa d...
-
Sabtu lepas 18-12-2010 terlaksana sudah impian beberapa orang penulis blog yang nak makan ais krim sambil bermesra walau pun santai tapi t...
-
Acu kena tag daripada Bondarock semalam jom kita tengok apa yg nak kena buat:: 1) Anda perlu printscreen wallpaper anda yang tengah anda gu...
-
Semalam petang acu minta excuse dari my bos cik Maziah nak balik awal sikit....awal 30minit je bukan ada hal emergency cuma sebab nak pi non...
Advance juga diaorg ek...
ReplyDeleteAdoiiii...bila la nak gi Trans Studio ni tapi handbeg kena bawak modal banyak wooo...3 org + 1 apaknya...ahahhaa...
ReplyDeletekakcik::
ReplyDeletea'ah mak...ok gak mak kalau mak bawa BS ke sini. dia mesti suka :)
Kak Jun::
ReplyDeleteusung je kak jun
lagi pun tiket masuk murah je