tapi acu baru nak mula.. nie baru ada kesempatan nak menulis
dan juga baru ada mood... huhuhu
Syawal tahun nie merupakan Syawal pertama kami sekeluarga tanpa emak dan ayah
bohong la kalau kata tak sedih kan tapi hidup perlu diteruskan
Syawal tetap kena sambut walau pun tanpa mereka
Syawal pertama acu bermula dengan solat raya di masjid
Usai solat raya, kami ke kubur
ziarah kubur emak dan ayah
Alhamdulillah batu nisan emak sempat siap sebelum raya
Balik rumah tunggu orang datang beraya
juadah kami di pagi raya ialah lontong dan soto selain daripada ketupat palas
tapi sorry le sibuk melayan tetamu terlupa nak ambil gambar
Bila dah rasa macam tak ada tetamu, kami pula keluar beraya
tapi sempat pergi satu rumah je... rumah Mak Tam kami
owh sila abaikan muka acu yang tak "semenggah" itu ye
penat layan tetamu tak sempat nak touch up sebelum keluar beraya
Lepas balik dari rumah Mak Tam tetamu tak putus-putus datang ke rumah
melayan tetamu hingga ke petang
terpaksa lupa kan hajat nak beraya ke rumah jiran dan saudara mara lain
Allah ambil emak acu tapi Allah gantikan dengan seorang cucu saudara
Alhamdulillah budak kecik nie lah penyeri Syawal acu tahun nie
Walau pun kami semua masih lagi diselubungi kesedihan atas pemergian arwah emak
kami cuba sembunyikan kesedihan tu semua
cuba untuk sama-sama bergembira dengan orang lain
tapi ingatan pada arwah emak tetap kukuh di ingatan
Al Fatihah untuk emak dan ayah
alfatihah untok emak & ayah...
ReplyDeleteAllah itu Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang... :)
ReplyDeleteal fatihah!
ReplyDeleteAl - fatihah
ReplyDelete