Dengar celoteh Sepahtu dalam radio Sinar pagi tadi
menceritakan tajuk "Apa Gelaran Anda?"
Beberapa caller yang call tadi yang sempat Cik Darling dengar
antara gelaran nya Mike dan Cangkul
masing-masing punya cerita sendiri macam mana dapat gelaran tu
Cik Darling masa dulu-dulu ada la juga beberapa gelaran
meh Cik Darling bagitau satu persatu ya
Ayam Daging.. gelaran masa sekolah rendah
kawan-kawan lelaki panggil tu sebab badan Cik Darling berisi
kira nya berisi macam ayam daging lah.. ayam daging kan gemok-gemok
jahat sangat tau..
Combi.. panggilan daripada seorang senior semasa belajar di Perlis
tak pasti pula kenapa dia panggil Cik Darling dengan gelaran tu
nak kata muka Cik Darling macam anak mami Pulau Pinang
jauh sangat lari nya.. entah lah.. hanya dia saja yang tau jawapan nya
Acu.. singkatan daripada perkataan "Maksu"
menunjukkan Cik Darling ni anak yang bongsu
panggilan tu asal nya daripada anak-anak sedara Cik Darling
Guddu.. ni gelaran untuk Cik Darling semasa kerja kilang di Penang
sementara nak tunggu result SPM keluar
ada sorang guard India yang bagi gelaran tu
"Guddu" maksud nya gemok.. kira tu bahasa sopan la nak kata Cik Darling gemok
hahahahaa... hampeh sangat tau guard ni
Baby.. sorang staf kat UPM ni panggil Cik Darling "baby" masa kami sama-sama
melancong ke Beijing tahun 2004.. lama sangat dah
dia bagitau semua ahli rombongan panggil Cik Darling "baby"
dia kata kulit Cik Darling ni gebu macam baby.. hahahahaaa
dan memang gelaran tu melekat hingga sekarang
adalah beberapa orang ahli yang ikut pegi rombongan tu masih panggil "baby"
Darling.. gelaran yang Cik Darling guna hingga sekarang
tak ingat dah macam mana timbul dan siapa yang mula kan
terasa diri sangat di sayangi bila orang panggil "Darling"
Cik Darling senang dengan gelaran ni
Kawan-kawan ada gelaran??
About Me
- Darling Pya
- A simple girl, fun-loving person, like making jokes, easily to laugh (I suppose), like to help people, share stories. Well the bottom line is, I am just a simple Malay girl.
Blog Archive
Darling's Popular Posts
-
Lupa CP nak share keputusan lepas jumpa doktor di Klinik Nefrologi pada 06-12-2021 hari tu. Appointment CP dengan doktor jam 2 petang. Sepe...
-
Entry back dated...hehehe seperti di janji kan dalam entry lepas nie acu nak cite la pasal percutian acu aritu dengan family sebenar nye pla...
-
Petang nie acu nak pi kedai gambar nak pegi tangkap gambar... mesti le tangkap gambar dah pi kedai gambar tak kan nak tangkap rama-rama lak...
-
Akhir nya hari yang ditunggu dah tiba... setiap tahun tak pernah jemu menunggu tarikh 28 Januari nie walau pun ia menandakan hari di mana ...
SA Kat Seremban diorang panggil Ayu sampai sekarang, Kat umah Along sebab anak sulung kan...lain2 gelaran x ingat la...
ReplyDeleteMak suka panggil Acu dengan panggilan Acu je... :)
ReplyDeleteSatu gelaran yang mak ingat, masa masih remaja di kampung dulu, mak dipanggil Cik Embong sebab wajah dan sikap mak yang sombong...;-)
saya dengar juga pagi tadi. kelakar kan
ReplyDeletesaya dulu orang panggil kak pit
biasa gelaran mat pit tuk penagih dadah kan
saya dapat kak pit sebab menang kuiz anti dadah. hahaha
Ada macam2 jugak. Sendiri reka pun ada. Hehe.
ReplyDeleteSuriaamanda:
ReplyDeleteJaun lari nye Ayu dengan nama betul SA tu.. hehehehee
Kakcik Nur:
ReplyDeleteOk je mak panggil Acu tu..since kenal pun memang nama tu mak panggil kan?
Yana Yani:
ReplyDeleteIngat kan sebab Yana kurus.. hehehehee
Anis Abdullah:
ReplyDeleteDulu2 orang suka gabung2 nama pastu gabungan dijadikan nama gelaran
Makchaq tak dak gelaran.. x popular...
ReplyDeleteMakchaq pun suka panggil Acu kat cik darling.. rasa macam manja panggilan tu.. sesuai dengan orangnya yang manja2 macam acu..