Pertama kali tahun ni Cik Darling tak beraya di rumah arwah GulaHati
sebab rumah arwah tengah renovate
Jadi, kami beraya di rumah kakak
tak jauh pun rumah nye.. belakang rumah arwah je.. hehehehe
Selepas sarapan, kami beramai-ramai ke masjid
untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri
Usai solat, kami ziarah kubur ahli keluarga kami yang dah meninggal
Okay! Dah ready dah nak sambut tetamu
Konon.. tapi bila tetamu datang kami duduk kat dapur je..
masing-masing malu nak keluar... hahahahaha
Cik Darling keluar sekali je tu pun masa nak bergambar
dengan sepupu Cik Darling yang sama sekolah rendah dulu
Separuh hari tetamu datang berkunjung ke rumah kakak tak berhenti
saudara mara dan jiran tetangga datang bertandang
sebenarnya kakak baru siap buat rumah kat kampung
so, kira ni raya pertama diaorang kat rumah baru
Dalam pukul 3 petang macam tu baru dapat keluar untuk beraya
sempat bergambar kejap sementara tunggu anak-anak bersiap
Ni Cik Darling bersama dengan kakak-kakak dan kakak ipar
sebelah Cik Darling Kak Jah, Kak Dah (owner rumah) dan Kak Ta (kakak ipar)
Kami sempat beraya di empat buah rumah je
tu pun rumah keempat dah tak ada gambar..
dah penat nak bergambar
0 xoxo:
Post a Comment