Kenangan dengan anak-anak sedara Cik Darling
menonton perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Okt 2016
pasukan Selangor menentang pasukan Kedah
bertempat di Stadium Melawati Shah Alam
Seawal jam 12.30 tengahari kami ke Shah Alam
pergi awal supaya senang nak cari parking
Alhamdulillah.. parking kami betul-betul
berdepan dengan laluan masuk ke stadium
belakang dengan pasaraya Giant
Sempat bergambar dengan penyokong Kedah
Kami lepak makan kat Subway memandangkan
kat sini je yang tak ramai orang
restoran fast food lain semua penuh
food court Giant pun penuh
surau dan toilet pun penuh orang
kebanyakannya dipenuhi dengan penyokong Kedah
Kenyang makan, kami jalan-jalan di luar stadium
sementara nak tunggu pintu stadium buka pada jam 4 petang
semua nak cari tshirt untuk kenangan
Rezeki dapat berjumpa dengan abang DJ Epoi
salah seorang blogger pencen.. hehehe
Abang Epoi berniaga di sini.. menjual baju tie dye
bersama dengan ahli keluarga dan pekerja nya
Tshirt yang dibeli terus je sarung kat situ.. hahaha
tapi ni belum complete lagi ni
Okay dah complete transform..!
We are ready..!!
Suasana dalam stadium
Lagu semangat untuk pasukan Helang Merah
Mendengar ketua kumpulan Ultras Kedah membacakan doa
sebaik sahaja semua pemain bersedia untuk bermain
hati jadi sayu.. sebak.. dalam hati tak putus-putus berdoa
semoga Kedah kembali menjadi juara pada tahun ini
90 minit ditambah pula 30 minit masa tambahan
Kedah dan Selangor kekal seri 1-1
kemenangan ditentukan dengan sepakan penalti
Sebelum bermula penalti, hujan dah mula turun
mula-mula rintik kemudian makin lama makin lebat
penonton yang bawa anak kecil dah mula beredar
Kami??
Kekal diam di situ sebab kami dah bersedia dengan baju hujan
dari awal lagi kami dah bawa baju hujan
kami menganggapkan hujan yang turun ni adalah hujan rahmat
untuk pasukan Kedah
Ada di kalangan penonton Kedah tak henti-henti berdoa
termasuklah Cik Darling dan anak-anak sedara
kerana salah satu waktu doa dimakbulkan adalah ketika hujan
Alhamdulillah.. akhirnya Kedah dinobatkan sebagai juara
Piala Malaysia tahun 2016
nampak tak keputusan kat belakang tu?
Kedah menang dengan keputusan penalti 6-5
Yeeayyyyyyyyy..!!!!
berbaloi segalanya.. berpanas siang hari
berhujan di malam hari
suara hilang tiga empat hari
puas hati..!!!
About Me
- Darling Pya
- A simple girl, fun-loving person, like making jokes, easily to laugh (I suppose), like to help people, share stories. Well the bottom line is, I am just a simple Malay girl.
Blog Archive
Darling's Popular Posts
-
Lupa CP nak share keputusan lepas jumpa doktor di Klinik Nefrologi pada 06-12-2021 hari tu. Appointment CP dengan doktor jam 2 petang. Sepe...
-
Kawan-kawan blogger & pembaca-pembaca yang acu sayang acu mohon bantuan kawan-kawan... andai ada diantara kawan-kawan semua yang sudi un...
-
Memandangkan tahun ni, acu nak 'fly' jauh sikit daripada biasa nak kena buat Visa la pula... So, tadi acu buat lah check list apa d...
-
Seperti yg acu bgtau dalam last entry maka semalam, seawal pukul 7.30pagi acu dah siap mandi...huh...macam nak pi keje je pastu panas kan r...
-
Menonton Majalah 3 mengenai Taman Negara di China sebentar tadi membuat kan acu mengimbas kembali kenangan semasa acu ke negara tersebut pad...
0 xoxo:
Post a Comment