Friday, February 14, 2020

Food Walk:: Tail & Fin

Edit Posted by with 2 comments
Korang penah makan kat Tail & Fin ni tak?


Cik Pya dan Ain first time makan kat sini.
Kami makan di restoran cawangan MyTown.

Restoran berkonsepkan layan diri.
Cuma beza nya kita kena key in menggunakan ipad yang disediakan.
Tak payah order di kaunter macam restoran layan diri yang lain.



Ada juga disediakan buku menu untuk rujukan kita.


Selepas confirm dan submit order, kita akan diberi table locator ni.
Kat situ ada tulis nombor meja. Nak bayar nanti kena bawa table locator ni
ke kaunter bayaran.


Cik Pya order T&F Poke Ultimate... ada ikan salmon dan ikan tuna.
Pastu ada campuran sayur seaweed salad, romaine lettuce,
kobis purple, tomato dan bawang. Kat bawah sekali ada nasi.


Ain pula order The Omega.. boleh pilih samada nak ikan salmon atau tuna.
Ain pilih ikan salmon. Pastu ada campuran surimi crab, romaine lettuce,
tomato, bawang, jagung dan toasted multigrain. Sama macam menu Cik Pya,
kat lapisan bawah ada nasi.


Kedua-dua kami pilih set. Set nya ada sup dan air green tea.


Ada rajah yang menunjukkan cara nak makan poke bowl.


Dua-dua menu kami pilih ni sedap...!!
Cuma menu Cik Pya tu tak berapa pedas.
Ain punya ada rasa pedas-pedas sikit.


Masa kami pergi tu kan, orang tak ramai pun.
Walau pun, masa tu weekend.
Emm.. mungkin orang belum familiar kot dengan restoran ni.



Boleh google kalau nak tahu kat mana lagi location Tail & Fin.




2 comments: