Sunday, August 21, 2016

#Throwback Happy 2nd Birthday Amsyar

Edit Posted by with No comments
07-07-2017

Syawal kedua kami beraya di rumah Kak Jah di Sungai Petani
Kak Jah ni kakak nombor dua dalam keluarga Cik Darling

Beraya sambil sambut birthday cucu Cik Darling; Amsyar
cucu sulong Kak Jah




Kejap je dah 2 tahun dah umur Amsyar
bermakna dah 2 tahun juga lah Cik Darling kehilangan GulaHati
Amsyar lahir 3 hari sebelum arwah GulaHati Cik Darling meninggal




Habis je makan kek, anak-anak semua dah busy bergambar kat luar
Cik Darling tumpang sekaki... hehehehe







Keluar dari rumah Kak Jah dalam pukul 6 petang
terus balik ke rumah takde singgah mana-mana dah









Photobucket

Saturday, August 20, 2016

#Throwback Duit Raya RM15

Edit Posted by with No comments
06-07-2016

Pertama kali tahun ni Cik Darling tak beraya di rumah arwah GulaHati
sebab rumah arwah tengah renovate


Jadi, kami beraya di rumah kakak
tak jauh pun rumah nye.. belakang rumah arwah je.. hehehehe

Selepas sarapan, kami beramai-ramai ke masjid 
untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri

Usai solat, kami ziarah kubur ahli keluarga kami yang dah meninggal




Dari kubur terus balik ke rumah

Okay! Dah ready dah nak sambut tetamu


Konon.. tapi bila tetamu datang kami duduk kat dapur je..
masing-masing malu nak keluar... hahahahaha


Cik Darling keluar sekali je tu pun masa nak bergambar
dengan sepupu Cik Darling yang sama sekolah rendah dulu


Separuh hari tetamu datang berkunjung ke rumah kakak tak berhenti
saudara mara dan jiran tetangga datang bertandang
sebenarnya kakak baru siap buat rumah kat kampung
so, kira ni raya pertama diaorang kat rumah baru

Dalam pukul 3 petang macam tu baru dapat keluar untuk beraya
sempat bergambar kejap sementara tunggu anak-anak bersiap

Ni Cik Darling bersama dengan kakak-kakak dan kakak ipar
sebelah Cik Darling Kak Jah, Kak Dah (owner rumah) dan Kak Ta (kakak ipar)


Kami sempat beraya di empat buah rumah je
tu pun rumah keempat dah tak ada gambar..
dah penat nak bergambar





Hasil beraya hari pertama.. hehehehe







Photobucket

Friday, August 19, 2016

#Throwback BBQ Petang Hari Terakhir Puasa

Edit Posted by with No comments
05-07-2016

Bbq menjadi acara "wajib" untuk keluarga Cik Darling
beza nya tahun ni kami buat Bbq di petang hari terakhir puasa

Persediaan untuk bbq bermula jam 11 pagi lagi
busy di dapur lupa nak snap gambar
cuma gambar ikan ni je yang sempat Cik Darling snap


Selepas solat asar, anak-anak sedara Cik Darling dah mula sibuk membakar
bergilir-gilir ambil tugasan membakar ni




Oh abaikan diri Cik Darling yang tidak terurus itu ya

Seperti tahun-tahun lepas, di malam bbq kami ada tema pakaian
untuk tema tahun ni kami tempah tshirt Kedah tulisan jawi
daripada Aorpantalonstyle [sini]

Dah siap salin "uniform' dah





Sementara menunggu waktu berbuka, kami adakan sedikit bacaan tahlil ringkas
untuk disedekahkan kepada ahli keluarga Cik Darling yang telah pergi menemui Ilahi
(missing my GulaHati very much..)



Berbuka time



Usai solat maghrib, aktiviti bergambar dulu sebelum yang lelaki bergerak ke masjid




Ni lah keluarga besar Cik Darling








Photobucket

Banyak Nak Cerita

Edit Posted by with No comments
Dah berbulan lama nya tinggal kan blog ni
banyak benda nak diceritakan tapi masa tak mengizinkan
hari ni ada kelapangan
nak tulis entri banyak-banyak
tapi entri semua cerita hal lepas-lepas
tak pe lah ye.. buat memori diri sendiri je

jaga-jaga tau Cik Darling nak spam cerita puasa dan raya hari tu
jangan maraaaaaaa aaaaa.... hehehehee







Photobucket

Monday, July 4, 2016

Maaf Zahir Dan Batin

Edit Posted by with 1 comment
"Balik kampung..
Hohoho.. balik kampung..
Hohoho.. balik kampung..
Hati girang.."


Yeaayyy!!! InsyaAllah petang ni Cik Darling akan bertolak balik ke kampung
jangan pesan "hati-hati drive" tau
sebab Cik Darling tak drive.. ada orang yang tolong "drive" kan

Cik Darling balik naik flight
insyaAllah 55 minit dah sampai Airport Penang
nanti kakak datang ambil :)

Lagi 2 hari kita nak raya (insyaAllah).. jadi, di kesempatan ini
Cik Darling nak susun 10 jari jemari yang comel dan gebu ni
memohon ampun dan maaf kepada semua kawan-kawan blogger
dan juga silent reader blog Cik Darling yang tidak seberapa ni

Halalkan makan dan minum (kalau ada) selama kita kenal
kalau ada hutang yang belum dibayar mohon maklumkan ya

Selamat menyambut kedatangan Syawal
semoga sinar Aidilfitri membawa kemeriahan dan kebahagiaan
di samping orang yang kita sayang

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin






Photobucket