Thursday, September 5, 2019

Happy Wedding Day Ainaa Dan Nabhan

Edit Posted by with No comments
Cuti Merdeka hari tu Cik Darling balik ke kampung.
Cuti 4 hari pula tu bersambung dengan Awal Muharram.
Macam biasa lah kalau cuti panjang Cik Darling akan balik dengan flight
sebab malas nak menghadap traffic jam.
Balik berdua dengan anak sedara Cik Darling.



Cuti kali ni semua keluarga berkumpul sebab majlis pernikahan 
anak sedara Cik Darling diadakan minggu tu kecuali kakak Cik Darling 
yang no 2. Dia baru kematian suami pada hari Selasa 27/08/2019 yang lepas. 
Jadi, dia masih dalam edah.

Malam berinai diadakan pada Jumaat 30hb.





Akad nikah diadakan pada hari Sabtu 31-08-2019.
Dinikahkan sendiri oleh abang Cik Darling.








Esoknya (01-09-2019) diadakan majlis persandingan.
Alhamdulillah ramai jemputan yang datang.













To Ainaa dan Baan,
Acu ucapkan Selamat Pengantin Baru.
Semoga ikatan perkahwinan yang dibina ini
kekal bahagia hingga ke syurga.
Love both of you much 💜






Photobucket

Wednesday, September 4, 2019

Food Walk:: Rimba Rasa Untuk Kali Kedua

Edit Posted by with No comments
Rimba Rasa lagi??

Yeszaaa...

Ini antara restoran yang menyajikan makanan barat
yang dekat dengan rumah Cik Darling di kampung 😁

Cik Darling singgah makan di Restoran Rimba Rasa
semasa pulang ke Kedah bulan lepas
kali kedua Cik Darling datang makan kat sini
yang kali pertama boleh klik kat [sini]

Ada antara anak sedara Cik Darling dari Kuala Lumpur
yang first time datang makan kat sini

Eh..!! Dah tukar menu baru la..




Jom tengok apa yang kami makan malam tu

Chicken Buttermilk Spaghetti - ya ampun..!! yang ni sumpah sedap
recommended sangat untuk penggemar spaghetti
portion besar.. rasa sedap.. harga murah.. inshaAllah korang confirm tak menyesal


Chicken Aglio Olio Spaghetti - yang ni pun sedap..!!
kalau korang tak suka creamy dan korang suka makanan pedas
korang boleh cuba aglio olio ni.. two thumbs up Cik Darling bagi


Golden Chicken Chop - sesuai la untuk yang tengah lapar
beza dengan Classic Chicken Chop [sini] ialah ayam nya
kalau golden ni ayam nya 2 ketul yang classic punya ayam nya seketul


Buttermilk Chicken Rice - yang ni memang antara menu wajib
yang korang kena cuba kat sini.. antara best seller kat sini


Nasi Putih dan Chicken Grill - set yang sebenarnya adalah nasi goreng
tapi disebabkan kami datang tu dah lewat
nasi gorengnya dah habis jadi, digantikan dengan nasi putih


Fish n Chips


Kids Carbonara Spaghetti - sesuai untuk anak-anak yang tak makan pedas


Mushroom Soup dan toast - korang penggemar mushroom soup?
jangan lupa masukkan mushroom soup ni dalam list order korang
lemak berkrim.. perfect rasa mushroom soup kat sini..!!
makan pula dengan roti bakar tu memang sesuai sangat le
tapi lagi best kalau roti tu adalah garlic bread 😀


Korean Chicken Wing - yang ni pun memang dah maklum sedap
anak-anak sedara Cik Darling suka Korean Chicken kat sini


Fun Fries


Burnt Cheese Cake - yang ni memang best seller kat sini


Untuk air pula, antara yang kami order

Coffee Cube - ni antara minuman wajib yang korang kena order
tak ada kat kedai makan lain kat Guar Chempedak tu
hanya ada di Rimba Rasa saja 😁


Bloody Red - ada rasa masam sikit sebab air soda campur dengan strawberry


Green Tea Ice Blended - recommended untuk penggemar green tea
tapi kalau ada whipping cream kat atas dia tu kan mesti lagi sedap 😊😊


Baby Blue - air soda ada campur dengan blue hawaii (tak sure pewarna or nama air)
dan ditambah dengan mix fruit cocktail tu


Haa..!! yang ni dihidangkan dalam gelas besar
gelas yang sekali pandang dah macam pasu bunga dah rupanya 😅
tengoklah beza antara gelas air yang lain tu


Orang Kedah yang belum cuba lagi tu, boleh lah cepat-cepat pergi
inshaAllah Cik Darling jamin korang mesti akan repeat lagi nanti
tengok muka-muka kami yang happy ni
cucu Cik Darling pun tunjuk dua ibu jari tanda sedap.. hehehe






Photobucket

Monday, September 2, 2019

#Throwback Masjid Al-Azhar Cairo

Edit Posted by with No comments
Tarikh:: 14-08-2019


Selepas penat berpanas di Gyza Pyramid Complex [sini]
kami dibawa ke Masjid Al Azhar untuk solat zohor
dan jamak sekali dengan asar

Sampai je kat Masjid Al Azhar ni kan
tenaga dah jadi ZERO dah weiiiii...
Allah.. keringnya tekak ni.. sampai rasa dah tak ada
air liur dah nak ditelan 😖
masa ni terus terasa nak jadi musafir nak berbuka puasa 😆
walau pun realitinya memang musafir pun kan

Timbul juga la rasa serik nak travel di bulan Ramadan lepas ni
hahahaha.. tak baik kan??
baru sikit dugaan dah rasa lemah.. apa la Cik Darling ni


Masjid Al Azhar ni terletak di kampus Universiti Al Azhar
yang terkenal sebagai pusat pengajian Islam yang tersohor di dunia
masjid ini diberi nama Al Azhar diambil sempena nama Fatimah az-Zahra
ia sebagai penghormatan kepada puteri baginda Rasulullah SAW
merupakan masjid ke4 yang dimakmurkan oleh umat Islam
selepas Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjidil Aqsa

Universiti Al Azhar diasaskan di masjid ini sewaktu zaman pemerintahan
Dinasti Fatimiyyah yang bernama Khalifah al-Mu'izzli Din Allah


Untuk pengetahuan semua, pelawat wanita yang memakai seluar panjang
perlu menyarungkan kain yang disediakan oleh pihak masjid 
macam yang Cik Darling pakai ni


Masjid Al Azhar ni terkenal dengan tradisi pengajaran ilmu yang dinamakan Halaqah
yang membawa maksud berkumpul pada waktu tertentu dengan tujuan untuk
mempelajari atau mendalami agama Islam

Dataran di dalam Masjid Al Azhar



Terdapat beberapa menara di masjid ini
yang kiri sekali ialah menara berkembar Qansah Al-Ghuri
dan disebelahnya ialah menara Qaytbay
di belakang kubah itu pula ialah menara Aqbaghawiyya


Menara berkembar ini dibina oleh Sultan Qansah Al-Ghuri pada tahun 1509


Masjid ini merupakan masjid jamek yang ke4 yang dibina selepas 
Masjid Al Amr [sini], Masjid Al Askar dan Masjid Ibnu Tulun
masjid jamek ini membawa maksud masjid yang utama atau masjid besar
yang terdapat dalam sesuatu kawasan

Tapi maaf Cik Darling tak ambil gambar ruang solat masjid ini
sebab masa ni kan "bateri" tenaga dalam badan dah weak sangat dah
habis solat terus terbaring.. keletihan yang teramat sangat
kalau iman tak kuat (yang sememangnya tak berapa nak kuat pun) 
rasanya dah berbuka puasa awal dah hari tu
mesej ustaz minta izin nak baring dan lelapkan mata sekejap
sebab tak larat sangat dah nak berjalan.. teruk gile kan?? 😆😆😆

Syukur dapat baring dan lelapkan mata sekejap untuk recharge semula tenaga
sebaik keluar, abang Cik Darling tanya

"Macam mana nak pergi umrah bulan puasa kalau macam ni pun dah tak larat?"

Aduhh.. tak terjawab soalan abang Cik Darling tu 😅😅
sebab kami memang ada niat nak menunaikan umrah di bulan puasa
kata abang anggaplah ni sebagai latihan untuk kesana
inshaAllah jika ada rezeki dan panjang umur
harap tercapailah hajat nak merasa puasa di tanah suci




To be continue...





Photobucket