Thursday, August 29, 2019

#Throwback Gyza Pyramid Complex Cairo

Edit Posted by with No comments
Tarikh:: 14-05-2019


Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba
tak sabar nak pergi lawatan hari ni
ke mana tujuan nya tu?

Jeng... jeng.. jeng...!!

Hari ni kami akan ke Gyza Pyramid Complex..!!!

Mana mungkin kalau datang ke Kaherah ni
kita tak pergi melawat piramid kan??

The Great Pyramid of Giza adalah merupakan salah satu
daripada 7 keajaiban dunia

Hati melonjak riang bila nampak piramid dari jauh


Perasan tak puncak piramid belakang Cik Darling tu macam flat?
katanya runtuh disebabkan pernah berlakunya gempa bumi


Suasana di kaunter jualan tiket masuk ke Gyza Pyramid Complex



Harga tiket seperti di dalam gambar
kami beli tiket yang Area sahaja EGP160
maksudnya tiket kami tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam piramid



Kalau nak masuk ke dalam Piramid harga tiket berbeza
mengikut piramid yang kita pilih iaitu
Piramid Khufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure

Piramid Khufu adalah piramid yang mula-mula kami nampak
Ya Allah! Tak tergambar perasaan
happy sangat tau bila nampak piramid ni depan mata
sebelum ni hanya melihat dalam kaca television atau internet saja


Piramid Khufu atau Pyramid Cheops atau lebih dikenali sebagai
The Great Pyramid of Giza merupakan piramid paling tua
ketinggiannya mencecah 146.5 meter
ia merupakan binaan tertinggi buatan manusia di dalam dunia


Orang pertama yang membina piramid Giza ialah Khufu atau Cheops
iaitu firaun kedua dari dinasti ke-4
beliau merupakan anak kepada Firaun Sneferu dan Ratu Hetepheres

Difahamkan sebanyak 2,300,000 batu  kapur dan granit diperlukan
dalam pemibinaan piramid ini dan anggaran berat sebiji batu ialah 2.5 tan




Menggigihkan diri untuk panjat naik ke atas piramid ni
walau pun berpuasa dalam cuaca panas dengan suhu 38 degree
teruja punya pasal dah tak fikir langsung pasal puasa 😅

Nak memanjat ni kena berhati-hati takut terjatuh
sebab tak ada pemegang kat tepi.. gayat tau..!!!
tambahan pula dengan pengunjung yang ramai
masing-masing bersesak untuk naik ke atas



Bongkah batunya nampak macam kecil je kan?
tapi sebenarnya setinggi bahu juga la


Dari sudut penjuru piramid.. tinggikan piramid ni?
sayup je nampak puncak kat atas sana
thank you to ustaz yang tolong ambilkan gambar kami sekeluarga



Boleh juga menggunakan unta untuk berjalan dalam kawasan kompleks ini
tapi Cik Darling tak pasti pula berapa harga untuk naik unta ni


Sempat juga masuk ke bilik salah satu isteri Firaun
yang ini percuma.. tak perlu bayaran tambahan
kena turun nun ke bawah tanah sana
menggunakan tangga kayu yang disediakan ini



Keadaan di bawah di dalam salah satu bilik isteri Firaun




Piramid Khafre merupakan piramid Mesir Kuno yang kedua terbesar
di Gyza Pyramid Complex ini
merupakan makam Firaun Kafra dari dinasti ke-4


Dah puas bergambar di Piramid Khufu kami di bawa menaiki van semula
kata ustaz dia nak bawa kami ke satu tempat yang mana di situ
kita boleh mengambil gambar berlatarbelakangkan ketiga-tiga piramid


Nah..!! Jelas ketiga-tiga piramid di situ
yang sebelah kiri tu Piramid Khufu
yang tengah Piramid Khafre
dan yang sebelah kanan tu Piramid Menkaure


Apa tunggu lagi...!! klik lah butang camera sepuas-puas nya 😁😁






Pose wajib kalau bergambar kat sini 😆😆


Barangan cenderahati juga ada dijual di sini
boleh lah beli sebagai tanda kenangan untuk dibawa balik ke Malaysia
tapi Cik Darling tak beli pun 😁😁


Sayonara piramid.. panjang umur Cik Darling datang lagi ya


Naik van jom kita ke Sphinx pula..!!
yang ni yang Cik Darling tunggu tau
masa ni dah mula dah terasa penat
tekak kering dan kaki pun dah mula terasa sakit

Dari tempat parking nampak Sphinx tu sayup je
cuaca dah semakin panas.. kaki dah tak larat nak menapak ni yang sebenarnya


Kakak-kakak dan abang-abang Cik Darling dah tak nak pergi dekat dah
masing-masing dah keletihan.. dahaga katanya
yang masih bersemangat, Cik Darling dan anak-anak sedara perempuan

Jadi, mereka cuma berehat di bawah pokok
sementara kami berempat bersama dengan ustaz terus menapak
turun bukit dan memanjat tangga menuju ke Sphinx


Sphinx ini melambangkan watak yang gagah bagai singa
tetapi lembut seperti manusia



Perasan tak hidung Sphinx tu macam patah?

Ada 3 riwayat mengenai hidung patung firaun yang patah itu:

Pertama - patah terkena pahat oleh orang yang menggali sewaktu
hendak mengeluarkan patung tersebut

Kedua - patah terkena panah Panglima Salahuddin Al-Ayyubi

Ketiga - patah disebabkan penyakit resdung

Kalau korang nak tau kan sebenarnya dari Malaysia lagi 
Cik Darling dah bagitau kat anak sedara


"Nanti kat piramid, acu nak ambil gambar macam ni"

Sambil tunjuk sekeping gambar yang Cik Darling dapat dari Mr. Google


Sebab tu lah semangat masih membara walaupun diri keletihan

and... i made it...!!!!


Puas hati...!!

Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata bila tengok hasilnya

berpuluh keping gambar diambil nak dapatkan hasil macam tu
thank you so much to my anak-anak sedara
yang gigih nak merealisasikan impian Cik Darling
i love you so much girls..!!!!


Okay tamat lawatan kami di Gyza Pyramid Complex
keluar dari kompleks dengan hati yang gembira dan puas
walaupun "bahang" keletihan berpuasa tu dah makin ketara terasa



To be continue...




Photobucket

0 xoxo:

Post a Comment