Friday, April 17, 2020

Fasa Tiga Movement Control Order

Edit Posted by with No comments
15-04-2020 bermula hari pertama untuk fasa 3 MCO.
Hari ni maksudnya dah 31 hari kita berkurung di rumah (untuk yang betul berkurung lah..)
Dan ini juga bermaksud dah 19 hari Cik Pya berada di rumah abang.

Semasa fasa pertama MCO (18/03/2020 - 31/03/2020)
Cik Pya berkurung di rumah sendiri di Kajang.
Sebaik je PM umum yang MCO bersambung ke fasa 2 (1/04/2020 - 14/04/2020),
abang Cik Pya mesej ajak datang stay kat rumah dia.

Jadi, pagi 29/03/2020 sebelum berakhirnya fasa 1 Cik Pya ke rumah abang.
Sehingga ke hari ni Cik Pya masih di sini.
Dan inshaAllah mungkin akan terus berada di sini hingga habis MCO.

Cik Pya bersyukur juga dapat stay kat sini.
Kalau sebelum ni bercakap dengan dinding je.. maklum la Cik Pya tinggal sorang
tapi kat sini riuh rendah dengan suara anak-anak sedara.
Hari-hari dapat solat jemaah bersama-sama dengan family abang.
Terbayang kalau puasa nanti masih berlanjutan MCO, dapat lah Cik Pya
solat terawikh berjemaah kat sini.

Makan pakai pun terjaga kat sini.. hehehe
Macam hari ni, kakak ipar masak kari ikan dan kerabu sotong 😋




Apa pun, sama-sama lah kita doakan semua pandemik Covid-19 ni cepat berakhir.
Semoga ada rezeki untuk kita puasa dan beraya bersama dengan keluarga di kampung.
Cik Pya dah rindu nak balik kampung. Rindu dengan keluarga di kampung.

Kawan-kawan stay safe ya.. jaga diri.
Duduk rumah jangan keluar kalau tidak ada hal yang penting.
Hashtag kita jaga kita 😘



Wednesday, April 15, 2020

WW#113 Bila Gambar Selfie Dijadikan Poster

Edit Posted by with No comments
Malu pula bila gambar selfie dijadikan poster ucapan terima kasih 😅


Eh bukan Cik Pya yang bagi gambar tu tau walau pun selfie tu Cik Pya yang ambil.
Ada office-mate yang bagi masa pihak Kesatuan minta gambar team kami tengah bekerja.



Monday, April 13, 2020

Adoption Animal Program

Edit Posted by with 2 comments
Hari tu Cik Pya ada dapat gambar ni melalui whatsapp.


Cari-cari info, ternampak kawan Cik Pya post kat FB dia.
So, Cik Pya pm dia tanya details.
Dia bagi link untuk Cik Pya beli pakej adoption tu

Kalau ada yang nak usha boleh klik kat [sini]

Harga pakej yang ditawarkan serendah RM25 sehinggalah RM1000.
Boleh pilih mana yang sesuai ikut kemampuan kita 😊


Antara binatang yang kita boleh adopt:








Ada banyak lagi binatang lain.
Boleh klik link yang Cik Pya bagi tu untuk tengok.

Cik Pya pilih Flash the Cheetah sebagai my "anak angkat".


Selepas dah pilih binatang dan pakej yang kita nak
dan dah isi details, bayaran boleh dilakukan secara online.
Dah selesai bayar, QR Code dan no tiket akan diemelkan kepada kita.
Atau boleh juga download dan print terus dari web Ticket2u.


Kupon voucher tu perlu dicetak untuk kita claim dengan Zoo Negara.

Dengan no tiket yang kita dapat tu, boleh la download e-certificate.


Taraaaaaaaa......


Kalau kawan-kawan berminat boleh lah klik pada link [sini]




Thursday, April 9, 2020

Salam Nisfu Syaaban

Edit Posted by with No comments
Salam Nisfu Sya'ban buat kawan-kawan yang beragama Islam.



Ya Allah,
Berkatilah kami pada bulan Sya'ban
dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan...



Wednesday, April 8, 2020

WW#112 Bantuan Prihatin Nasional

Edit Posted by with No comments
Dengar nya ada yang dah dapat.
Kawan-kawan ada yang dapat?

Cik Pya??

Tak ada rezeki...




Alasan nye...


Tak apa lah. Dah boleh agak pun tak lulus.
Saje gatal tangan nak check juga 😁

Di luar sana ramai yang lebih memerlukan berbanding Cik Pya.
Pada yang dapat, gunakanlah duit tersebut dengan sebaik-baik nye 😊