Hari ni maksudnya dah 31 hari kita berkurung di rumah (untuk yang betul berkurung lah..)
Dan ini juga bermaksud dah 19 hari Cik Pya berada di rumah abang.
Semasa fasa pertama MCO (18/03/2020 - 31/03/2020)
Cik Pya berkurung di rumah sendiri di Kajang.
Sebaik je PM umum yang MCO bersambung ke fasa 2 (1/04/2020 - 14/04/2020),
abang Cik Pya mesej ajak datang stay kat rumah dia.
Jadi, pagi 29/03/2020 sebelum berakhirnya fasa 1 Cik Pya ke rumah abang.
Sehingga ke hari ni Cik Pya masih di sini.
Dan inshaAllah mungkin akan terus berada di sini hingga habis MCO.
Cik Pya bersyukur juga dapat stay kat sini.
Kalau sebelum ni bercakap dengan dinding je.. maklum la Cik Pya tinggal sorang
tapi kat sini riuh rendah dengan suara anak-anak sedara.
Hari-hari dapat solat jemaah bersama-sama dengan family abang.
Terbayang kalau puasa nanti masih berlanjutan MCO, dapat lah Cik Pya
solat terawikh berjemaah kat sini.
Makan pakai pun terjaga kat sini.. hehehe
Macam hari ni, kakak ipar masak kari ikan dan kerabu sotong 😋
Semoga ada rezeki untuk kita puasa dan beraya bersama dengan keluarga di kampung.
Cik Pya dah rindu nak balik kampung. Rindu dengan keluarga di kampung.
Kawan-kawan stay safe ya.. jaga diri.
Duduk rumah jangan keluar kalau tidak ada hal yang penting.
Hashtag kita jaga kita 😘
0 xoxo:
Post a Comment