Wednesday, October 7, 2020

WW#138 Random Photo Of This Week

Edit Posted by with 9 comments

Gambar-gambar random minggu ni CP nak post gambar makanan
yang CP makan sepanjang minggu ni... 😁

Oreo Waffle dari Paramount Coffee House, Putrajaya

Bihun Celup dari Lapa Lela, Putrajaya

Mushroom Lava Burger dari Tok Wan's Grill, Putrajaya

Chicken Coconut Soup dari Aroi Dee, Putrajaya

Mixed Platter dari Paramount Coffee House, Putrajaya

Roti Bakar Telur Goyang dari Nasi Kandar Express, Putrajaya

Cheezy Meatball kawan CP jual

Sekian untuk minggu ni 😊


Tuesday, October 6, 2020

Celebrate Birthday Azman Di Izgara Cuisine

Edit Posted by with 4 comments

"Man, pilih tempat kat mana nak makan untuk birthday kau"

"Izgara Cuisine kat BBB ok tak?"

Okay semua onz je...

First time nak try makanan kat Izgara Cuisine ni.
Bila google nak tengok menu, tak ada pula review pasal restoran ni.
Emm.. mungkin restoran baru kot.
Lokasinya berdekatan dengan Hospital An Nur dekat dengan Bangi Gateway.

Restorannya tak besar mana pun.
Masa kami sampai dalam pukul 12.30 tengahari.
Orang belum ramai sebab restoran ni beroperasi pukul 12.

Restoran ni berkonsepkan Arabic dan Turkish cuisine.
Let's check it out apa yang kami order...

Turk Doner Lamb Kebab

Syawarma Chicken Kebab

Turk Adana Chicken Kebab

Boys semua order set nasi Mendy dengan lamb curry.

Mendy Rice with Lamb Curry

Zoom sikit lamb curry nye...

Lamb Curry

Untuk air, girls order air Malto.. ala-ala Barbican.
CP punya perisa Strawberry.. dua lagi tu perisa Lemon.

Boys semua air Ice Lemon Tea sebab dia set sekali dengan nasi.

Memandangkan kat sini ada 3 jenis kek,
so, kita paksa birthday boy order ketiga-tiga sekali.
Sebab nak rasa semua nye 😅

Ada Red Velvet Cake, Carrot Cake dan Burnt Cheesecake.
Carrot cake tu terlalu manis untuk CP.
Red Velvet sedikit keras dan kek nye kering.. tak moist.
Burnt Cheesecake tu boleh lah diterima tekak berbanding yang 2 lagi tu.

Kalau boleh, gunalah pisau kek yang berlainan.
Kan dah comot Burnt Cheesecake tu sebab ada bintik-bintik merah.
Dah macam kena demam campak je 😄

Once again, Happy Birthday Man.
Nothing to wish but always wanted the best for you 🌷



Monday, October 5, 2020

Welcome To The World Baby Girl

Edit Posted by with 12 comments

Jeng... jeng... jeng...

Kenalkan my new cucu... maksud CP cucu saudara.
My new grandniece...



Comel kan?

Nama dia Inara Aisyah. Lahir pada 24-09-2020.
Ni cucu CP yang ke 11 😊


Friday, October 2, 2020

Aduhai Perakam Waktu

Edit Posted by with 10 comments

Minggu ni minggu yang sibuk untuk CP dan team.
Almost setiap hari... malam baru balik dari kerja.
Keluar pagi matahari baru nak naik, balik kerja matahari dah takde.

Semua sebab sistem perakam waktu ada masalah.
So, tengah mencari punca kepada masalah yang berlaku.

Semalam habis testing dengan team dalam pukul 9 lebih.
Lepas habis tu, lepak berbual dengan pengarah.
Hampir jam 11 malam baru sampai rumah.


Serius nye muka CP 😅

Semua tengah tekun testing kat handphone masing-masing

Sampai je rumah, rehat kejap.
Pastu mandi, solat pastu terus tidur.
Letih rasa badan ni... 😴

Hingga ke hari ni di hari Jumaat yang mulia ni
masih belum dapat solve sepenuhnya lagi 😞

Semalam pun Timbalan Pengarah dah bagitau

"Isnin kena ada kat sini pukul 7.45 pagi. Kita akan test sekali lagi
untuk tengok time peak hour waktu pagi"

Hari ni harapnya takde la kena stay sampai malam lagi.
Harap pukul 5 tepat dah boleh bergerak balik ke rumah 😁





Thursday, October 1, 2020

Hello October

Edit Posted by with 13 comments

 Good bye September...

I want to start this month by sending love to everyone.
I hope October brings us much happiness 💜