Thursday, October 15, 2020

Hari Kedua PKPB

Edit Posted by with 4 comments

Hari ni hari kedua PKPB di Selangor, KL dan Putrajaya.

Alhamdulillah hari pertama semalam berlalu tanpa sebarang masalah.
Urusan kerja semuanya berjalan macam biasa je.
Yang luar biasa nye jalan clear dan kawan-kawan kat office tak ramai.
Parking kat office pun kosong je.
Bangunan sebelah kiri kanan takde yang bekerja.

Semalam kan CP cakap, hari ni mungkin akan WFH kan [sini]
Tapi takkkkkkk... πŸ˜…

Petang semalam dapat email dari admin.
Ada attachment surat arahan bertugas

Ya.. CP akan fully WFO sepanjang PKPB ni.
Sebab dia kira perkhidmatan kami di bahagian IT ni kategori perkhidmatan kritikal.
Jadi, kami kena berada di pejabat secara fizikal.
Tapi bukan semua staf IT WFO. Ada juga yang bergilir dan ada yang fully WFH.
Kira untuk sistem-sistem tertentu je yang kena ada kat office ni.

I is redha.. bak kata orang "Saya Yang Menurut Perintah" 😁







Wednesday, October 14, 2020

Hari Pertama PKPB

Edit Posted by with 8 comments

 Hari pertama PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jalan lengang je masa datang kerja pagi tadi.
8 minit dah sampai office πŸ˜…

Parking kat office pun kosong je..

CP tapaukan makanan untuk kawan-kawan yang kerja hari ni.
Dah alang-alang tapau untuk diri sendiri kan.
Pastu letak kat meja diaorang.. ala-ala surprise gitu 😊

SOP sepanjang 14 hari PKPB ni..


Esok mungkin CP WFH.
Hari ni baru bos akan keluarkan jadual.
Department CP bahagi 2 team.
So, ada giliran WFH dan WFO.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

Take care ya kawan-kawan semua..



Tuesday, October 13, 2020

Lengang Je...

Edit Posted by with 4 comments

Tadi tengahari CP ke IOI City Mall.
Dah lama CP tak ke sini sejak kes C19 ni meriah kembali.
Ni pun pergi sebab Aween ada nak beli barang.
Dah alang-alang tu kami lunch sekali kat dalam ni.

Sebaik masuk, terus cari barang Aween dulu.
Seperti biasa, CP tunggu kat luar je.
Malas nak masuk sebab takde barang nak beli pun.

Sementara Aween kat dalam, CP selfie sekeping.
Nak tunjuk kan lengang je kat dalam ni.

Ni haa... cuba tengok..



Lengang je.. tak ramai orang macam selalu.

Lepas selesai urusan Aween, kami turun bawah nak cari makan.
Kami makan di Teochew Chendul.
Tekak teringin nak makan laksa dan cendol.

So, CP order asam laksa dan cendol.
Aween order fried wantan dan cendol.



Habis makan, sebelum balik tu singgah kedai roti Lavender.
Saja beli roti buat stok letak kat pantry office.

Oh! ya.. esok bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat untuk
negeri Selangor, Kuala Lumpur dan juga Wilayah Putrajaya.
Office CP pun tak terkecuali kena juga.
Department CP ada jadual WFH dan WFO.
Tak dapat fully WFH.
Ada department tertentu je yang boleh fully WFH.

Untuk esok, CP kena masuk office macam biasa sebab jadual belum ready.
Mesyuarat Pengurusan habis pun dah petang.
Memang tak sempatlah nak susun jadual lagi.

Takpe lah.. CP pun lebih suka masuk office.
Senang nak buat kerja. Lagi pula kerja CP ni deal dengan staff.
Kalau ada masalah senang nak call kalau CP kat office.

Emm.. apa-apa pun, sama-samalah kita jaga diri kita.
Sama-sama kita doakan semoga virus C19 ni cepat berakhir.


Friday, October 9, 2020

Terjebak Juga

Edit Posted by with 10 comments

 Asyik lalu kat wall Facebook CP je 2 3 hari ni.
Mula-mula buat tak tahu je.


Tapiiiii........


Tak boleh tahan tengok...
Sudahnya... terjebak juga...!!!! πŸ˜†


Challenge change your race menggunakan aplikasi Telegram.
Ada 4 pilihan.. Asia, Africa, India dan Europe.

Ni gambar original. CP guna gambar yang diambil menggunakan apps Snapchat.

Jom tengok hasilnya...
Janji tau jangan gelak πŸ˜…


Tadaaaaaa........


Asia

Africa

India

Europe

Haaa... gelak la tu 😜
Tak ada satu pun yang hampir sama dengan rupa asal 😁

Kalau korang nak try boleh klik link ni https://t.me/Pix2MixBot



Thursday, October 8, 2020

Semoga Cik Kembali Sihat

Edit Posted by with 4 comments

Semalam petang sepatutnya CP balik ke Penang.
Tapi apa nak buat cuti tak diluluskan.
Terpaksa lah burn tiket flight tu.
Mujur lah harga tiket cuma RM12.. return RM24 je

Semalam Cik masuk hospital.
Besi yang dimasukkan kat kaki Cik ada bakteria.
Jadi, semalam doktor buat operation letak simen
anti bakteria di kawasan tu.

Pukul 9.30pagi Cik ditolak masuk ke OT.
Dalam pukul 2.30 petang baru keluar.

Alhamdulillah semuanye dipermudahkan Allah.
Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan untuk Cik.
Hanya Allah yang mampu membalasnya 🌷


Kenapa kaki Cik masuk besi?

Cik pernah kemalangan ke?


Kalau kawan-kawan nak tau, Cik seorang bekas pesakit kanser.
Cik kena kanser tahun 2014.. alhamdulillah dah 6 tahun dia survive.
Mula-mula kesan Cik kena kanser payudara stage 4 bulan 10 2014.
Sel kanser tu merebak ke tulang kaki Cik.

Dia serang tulang yang penyambung antara peha dan punggung.
Apa ntah orang panggil tulang tu... lupa dah.
Tulang tu jadi reput dan patah.
So, dimasukkan besi untuk ganti tulang yang patah tu.
Besi tulah kena bakteria.

Ni gambar-gambar kenangan masa temankan Cik di Hospital Penang.

Gambar malam ke2 di hospital sebelum Cik operate kaki

Bersama dengan Mimi dan Syikin

Buat surprise untuk Cik. CP balik sebelum dia operate kali ke2

Setiap hari "berkelah" dalam wad. Kakak masak dan bawa datang makan kat hospital

Masa Cik discharge dari hospital bulan 12 2014

Dua kali Cik operation masa 2014 tu.
Mula-mula operation gantikan besi kat kaki tu.
Yang kedua operation untuk breast.

Dua kali Cik operate, dua kali tu juga CP ambil cuti balik jaga Cik.
Seminggu cuti masa operation pertama.
Pastu balik semula ke KL.. kerja macam biasa.
Then cuti seminggu lagi masa operation yang kedua.

Kemudian, setiap minggu CP balik ke Penang.
Balik sana naik flight Sabtu pagi pastu balik ke KL Ahad petang.
Atau kadang2 naik bas Jumaat malam. Ahad petang naik bas balik ke KL.
Kira Hospital Besar Pulau Pinang tu dah macam rumah kedua.

Kalau waktu CP takde, kakak2 yang lain datang jaga.
Bila CP cuti, kakak2 yang lain balik rumah.
Tapi diaorang akan datang melawat setiap hari.

Bila tak dapat balik untuk operation kali ni, terasa bersalah dalam diri.
Sebab takde kat sisi untuk teman dia kat hospital.
Hanya mampu kirim doa dari jauh saja 😒

Kawan-kawan tolong doakan Cik sihat sepenuhnya ya..