Semalam petang sepatutnya CP balik ke Penang.
Tapi apa nak buat cuti tak diluluskan.
Terpaksa lah burn tiket flight tu.
Mujur lah harga tiket cuma RM12.. return RM24 je
Semalam Cik masuk hospital.
Besi yang dimasukkan kat kaki Cik ada bakteria.
Jadi, semalam doktor buat operation letak simen
anti bakteria di kawasan tu.
Pukul 9.30pagi Cik ditolak masuk ke OT.
Dalam pukul 2.30 petang baru keluar.
Alhamdulillah semuanye dipermudahkan Allah.
Terima kasih pada kawan-kawan yang mendoakan untuk Cik.
Hanya Allah yang mampu membalasnya 🌷
Kenapa kaki Cik masuk besi?
Cik pernah kemalangan ke?
Kalau kawan-kawan nak tau, Cik seorang bekas pesakit kanser.
Cik kena kanser tahun 2014.. alhamdulillah dah 6 tahun dia survive.
Mula-mula kesan Cik kena kanser payudara stage 4 bulan 10 2014.
Sel kanser tu merebak ke tulang kaki Cik.
Dia serang tulang yang penyambung antara peha dan punggung.
Apa ntah orang panggil tulang tu... lupa dah.
Tulang tu jadi reput dan patah.
So, dimasukkan besi untuk ganti tulang yang patah tu.
Besi tulah kena bakteria.
Ni gambar-gambar kenangan masa temankan Cik di Hospital Penang.
Gambar malam ke2 di hospital sebelum Cik operate kaki |
Bersama dengan Mimi dan Syikin |
Buat surprise untuk Cik. CP balik sebelum dia operate kali ke2 |
Setiap hari "berkelah" dalam wad. Kakak masak dan bawa datang makan kat hospital |
Masa Cik discharge dari hospital bulan 12 2014 |
Dua kali Cik operation masa 2014 tu.
Mula-mula operation gantikan besi kat kaki tu.
Yang kedua operation untuk breast.
Dua kali Cik operate, dua kali tu juga CP ambil cuti balik jaga Cik.
Seminggu cuti masa operation pertama.
Pastu balik semula ke KL.. kerja macam biasa.
Then cuti seminggu lagi masa operation yang kedua.
Kemudian, setiap minggu CP balik ke Penang.
Balik sana naik flight Sabtu pagi pastu balik ke KL Ahad petang.
Atau kadang2 naik bas Jumaat malam. Ahad petang naik bas balik ke KL.
Kira Hospital Besar Pulau Pinang tu dah macam rumah kedua.
Kalau waktu CP takde, kakak2 yang lain datang jaga.
Bila CP cuti, kakak2 yang lain balik rumah.
Tapi diaorang akan datang melawat setiap hari.
Bila tak dapat balik untuk operation kali ni, terasa bersalah dalam diri.
Sebab takde kat sisi untuk teman dia kat hospital.
Hanya mampu kirim doa dari jauh saja 😢
Kawan-kawan tolong doakan Cik sihat sepenuhnya ya..
insyaallah, semoga cik lekas sembuh seperti biasa <3
ReplyDeleteAmeen.. terima kasih <3
DeleteSemoga cik kak CP kembali sihat dan sentiasa kuat. Semoga dipermudahkan segala urusan sekeluarga. Aaminn
ReplyDeleteAmeen.. terima kasih <3
Delete