Saturday, May 23, 2020

Hari Terakhir Ramadan 1441H

Edit Posted by with 2 comments
Hari pertama puasa tahun ni Cik Pya bermula di rumah abang [sini]
Dan hari terakhir puasa pun Cik Pya mengakhirinya di rumah abang.

Menu berbuka 30 Ramadan 1441H ialah nasi beriani.
Tapi bukan masak sendiri, abang order je thru Food Panda.
Hari terakhir ni kakak ipar busy masak rendang.


Usai berbuka kami berjemaah solat Maghrib, Isyak dan juga Tarawih.
Tarawih terakhir untuk Ramadan tahun 2020 ni.


Alhamdulillah... puasa kali ni Cik Pya rasa banyak improvement untuk diri Cik Pya.
Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat... Cik Pya rasa bersyukur sangat. 
Semoga Cik Pya terus kekal istiqomah dan menjadi lebih baik daripada sekarang.

Di kesempatan ini, Cik Pya menyusun 10 jari jemari yang gebu ni
memohon ampun dan maaf pada semua andai ada tulisan Cik Pya
yang tidak menyenangkan untuk dibaca atau ada tulisan Cik Pya
yang menyinggung hati kawan-kawan semua.
Salam kosong-kosong ya...


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.



Friday, May 22, 2020

Alhamdulillah Hikmah MCO

Edit Posted by with 4 comments
Subuh 29 Ramadan 1441H alhamdulillah Cik Pya selesai baca al quran 
untuk kali kedua di bulan Ramadan tahun ni 😁
Allahuakbar.. dah lama sangat dah berangan nak khatam al quran 2 kali di bulan puasa.
Tahun ni alhamdulillah.. berjaya..!!
Hikmah kena kawal pergerakan.. tak boleh ke mana-mana.. hehehe


Pukul 11 pagi hari ni, pejabat Cik Pya ada buat majlis khatam quran secara online.
Alhamdulillah dapat khatam dengan office-mates semua.


Rasa happy ni tak tau nak luahkan macam mana.
Alhamdulillah.. syukur sangat...

Oh! ya.. Cik Pya sekarang dah kembali ke rumah abang.
Abang called suruh datang habiskan puasa di sini.
Sekaligus sambut raya dengan family dia kat sini.

So, malam ni alhamdulillah selesai terawikh  terakhir untuk tahun ni.
Terawikh pertama di rumah abang, akhir terawikh pun di rumah abang.

Mohon abaikan persekitaran rumah sebab rumah sewa abang ni studio room je.

Esok inshaAllah hari terakhir kita berpuasa.
Syahdu pula bila mengenangkan Ramadan akan berakhir 😢




Wednesday, May 20, 2020

WW#116 Terbeli Pula...

Edit Posted by with 6 comments
Hari tu kan iklan ni lalu kat wall FB Cik Pya


Pastu bila tengok.. eh! berkenan la...

Pastu masuk website Guardian.
Terpaksa buat pembelian RM20 untuk dapat diskaun beli benda alah tu.
So, terbeli lah shampoo ni...


Selepas menunggu lebih kurang seminggu lebih.. akhir nya sampai jua...




Tadaaaaaaaaa....


Comel kan?

Siap ada sudu lagi...


Tetiba rasa tak sabar nak masuk ofis.
Nak bawa set bekal baru.. 😁




Saturday, May 16, 2020

Selamat Hari Guru

Edit Posted by with 6 comments
Selamat Hari Guru untuk kakak-kakak tersayang...






Dan Selamat Hari Guru juga buat kawan-kawan yang bergelar guru.

Serta tak lupa juga buat guru-guru yang pernah mengajar Cik Pya
daripada seawal usia 4 tahun hinggalah Cik Pya tamat pengajian di Universiti.



Jasa cikgu-cikgu semua inshaAllah Cik Pya kenang hingga ke akhir hayat.

Tapi guru yang melekat kukuh di hati semestinya lah kedua-dua arwah GulaHati.
Terima kasih ayah dan mak atas didikan yang ayah dan mak ajarkan hingga
ceq menjadi "orang" 😁




"The BEST teachers teach from the heart not from the book.."

Wednesday, May 13, 2020

WW#115 Charcoal Cake

Edit Posted by with 6 comments
Salted Egg Charcoal Cake
MasyaAllah.. Sedap..!!


Cik Pya suka 😋
Aiishhhh... craving pula bila tengok gambar ni 😅