Friday, September 25, 2020

Food Walk:: Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur

Edit Posted by with 9 comments

Selesai majlis kenduri [sini], petang tu kami keluar nak cari ICT.
Kedai pertama yang kami pergi dah nak tutup.
Yang tinggal hanya sotong je.. seafood lain semua dah habis.

Malas nak cari kedai lain lagi, Teh buat keputusan singgah makan
di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur.

Luas kawasan restoran nye..



Bab memilih makanan kami serahkan pada Teh.



Ini yang Teh pilih. Semua buat 7 hidangan...

Seafood Tom Yam

Sotong celup tepung

Udang goreng butter
Lala masak pedas


Ikan tiga rasa

Sayur campur

Telur dadar - lauk wajib ni 😅

Ni semua ahli rombongan family CP yang datang untuk kenduri Amzar.
Tak cukup korum sebab family Ngah dah bertolak balik sebaik
selesai majlis siang nye dan family Ndak kat Kedah yang tak datang.




Nampak muka kekenyangan di situ yaaa...

Makan malam tu fully sponsored by Teh.
Tanda terima kasih pada kami semua yang datang meraikan
perkahwinan anak sulong dia.

Terima kasih daun keladi Teh.
Ada rezeki nanti belanja lagi tau 😁






Thursday, September 24, 2020

Selamat Pengantin Baru Amzar Dan Artima

Edit Posted by with 10 comments

Majlis pernikahan Amzar dan Artima berlangsung pada hari
Sabtu (19-09-2020) di Sungai Isap Kuantan.

Akad nikah di Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Isap.

Bergambar kenangan dengan ahli rombongan sementara
menunggu pengantin perempuan sampai.
Amzar ni anak kakak CP yang tinggal di BTHO.
Mak dan ayah pengantin yang berbaju kelabu dalam gambar.

Nikah semasa musim PKPP ni kenalah ikut SOP yang disediakan.



Alhamdulillah sekali lafaz je hari tu 😊

Serahkan mas kahwin

Mas kahwin ni Ngah yang gubah.. duit dijadikan bunga..

Amzar solat sunat sebelum acara batalkan air sembahyang.

Kemudian acara batalkan air sembahyang.




Alhamdulillah selesai...

Habis di masjid, kami terus ke dewan.
Ada jamuan ringan yang disediakan pagi tu.

Dan juga bergambar kenangan dengan pengantin.
Nak bergambar kat masjid tak boleh.
Orang masjid dah pesan tak boleh lama-lama berada dalam masjid.

Dah selesai di dewan, kami balik ke homestay.
Rehat kejap sebelum bersiap semula untuk majlis persandingan.

Okay... dah ready semua nye 

Majlis dimulakan dengan tepung tawar dari mak ayah pengantin lelaki.

Lauk kenduri semua sedap-sedap..

Yang special nye siap ada patin masak tempoyak 😋

Dessert nye cendol.


Sebelum balik, wajib bergambar beramai-ramai.


Buah tangan daripada keluarga pengantin perempuan.

To Amzar dan Artima,

Acu ucapkan Selamat Pengantin Baru.
Semoga kalian berdua berbahagian hingga ke syurga.
Love both of you so much 💜







Wednesday, September 23, 2020

WW#136 Random Photo Of This Week

Edit Posted by with 6 comments

 Gambar-gambar random minggu ni...

Muka happy cucu CP dapat hadiah botol air watak kartun kegemaran

Kuih Semang beli di Kemaman

Beli lagi mask storage, mask extension dan mask keeper dari Shopee

Lunch Grilled Gala Platter kat The Manhattan Fish Market

First time order roti tisu

CP suka smoked duck dan sirloin di Seoul Garden 

Pulut Kuning air tangan wife Apek untuk birthday celebration department CP


Sekian untuk minggu ni 😊