Friday, September 25, 2020

Food Walk:: Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur

Edit Posted by with 10 comments

Selesai majlis kenduri [sini], petang tu kami keluar nak cari ICT.
Kedai pertama yang kami pergi dah nak tutup.
Yang tinggal hanya sotong je.. seafood lain semua dah habis.

Malas nak cari kedai lain lagi, Teh buat keputusan singgah makan
di Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur.

Luas kawasan restoran nye..



Bab memilih makanan kami serahkan pada Teh.



Ini yang Teh pilih. Semua buat 7 hidangan...

Seafood Tom Yam

Sotong celup tepung

Udang goreng butter
Lala masak pedas


Ikan tiga rasa

Sayur campur

Telur dadar - lauk wajib ni 😅

Ni semua ahli rombongan family CP yang datang untuk kenduri Amzar.
Tak cukup korum sebab family Ngah dah bertolak balik sebaik
selesai majlis siang nye dan family Ndak kat Kedah yang tak datang.




Nampak muka kekenyangan di situ yaaa...

Makan malam tu fully sponsored by Teh.
Tanda terima kasih pada kami semua yang datang meraikan
perkahwinan anak sulong dia.

Terima kasih daun keladi Teh.
Ada rezeki nanti belanja lagi tau 😁






10 comments:

  1. Menarik makanan tu semua Acu...nampak sedap sanagt..ada satu cawangan kat Bangi kalau tak salah kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul.. dekat dengan Bangi Gateway.
      Not bad.. semua sedap :)

      Delete
  2. Nak berkenalan dengan Teh boleh? hehehehe

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Yeszaaaa.. bertambah best sebab makan dengan family :)

      Delete
  4. Sedap semua makanan seafood. Pernah juga singgah makan kat sini. makan ikan bakar dan kerang masa tu. Sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. CP belum pernah try makan kerang kat sini lagi.

      Delete