Thursday, December 31, 2020

Throwback Thursday:: Imbasan 2020

Edit Posted by with 15 comments
Di hari terakhir di tahun 2020, CP nak imbas semula cerita suka duka yang berlaku 
dalam hidup CP sepanjang tahun ni.

Januari

Bulan kelahiran CP.
Alhamdulillah.. Allah panjangkan setahun lagi usia CP.
Berpeluang sambut birthday tahun ni dengan
orang-orang tersayang di sekeliling CP.
Rasanya tahun ni paling banyak makan kek birthday 😅
Thank you so much kesayangan semua 💚

Daripada family di kampung

Daripada office

Daripada Joe dan Iqbal

Daripada Syikin; wife Apek (team-mate CP)

Daripada team-mate CP

Cheese Tart comel daripada Nurul; officemate CP

Daripada Emi dan Ib

Daripada department CP

Daripada geng Zumba

Hasanah; kawan CP di Ho Chi Minh nikah.
Takde rezeki CP nak ke sana cuma dapat tengok gambar yang
Muhammad whatsapp je.
Haishhh... rindu nye nak ke Ho Chi Minh 😥

Muhammad dan Hasanah. Tu bukan pengantin lelaki tau


Februari

Bercuti ke Kuching Sarawak dengan family.
Alhamdulillah dapat juga pergi bercuti sebelum satu Malaysia kena "kurung".




Kawan CP kahwin di Cheras.


Pertama kali panjat tangga Batu Caves.
Fuuh!!! Nak tercabut kepala lutut 😅
Thanks to Ain sebab berjaya paksa CP.



Kali kedua join fun run dengan Cik dan Syikin.
Selalunya CP join virtual run je 😁



CP buat surprise sambut birthday Long di Pizza Hut IOI City Mall.
Kebetulan Long datang rumah anak dia kat Bukit Jalil.
Sweet kan dapat adik macam i..? Ahaks..!




Mac

Bulan paling sedih untuk CP.
11-03-2020 jam 5.55 petang, CP kehilangan officemate yang CP anggap 
seperti kakak sendiri.
Teman travel.. roommate CP setiap kali kami travel sama.
Tempat CP pinjam bahu kalau CP ada masalah.
Penasihat CP untuk hal dunia dan hal agama.

Gambar terakhir dengan arwah masa jamuan raya office 2019.
Lepas tu arwah MC dan juga bercuti rehat kat rumah sebab tak sihat.


Kali terakhir kami travel sama ke Padang Bukittinggi, Indonesia.


Chat terakhir CP dengan arwah sebelum arwah "ditidurkan" oleh doktor.


CP sempat ziarah arwah sekali di Hospital Putrajaya sebelum arwah dibawa
ke Hospital Ampang untuk kimo.
Tapi masa ni arwah dah ditidurkan.
So, CP tak dapat nak bercakap dengan dia.
CP berharap arwah dengar lah apa yang CP cakap dengan dia hari tu 😢


Alhamdulillah.. CP berpeluang untuk solat jenazah arwah Kak Mide.


Rindu pada arwah hanya Allah je yang tau.
Al Fatihah untuk arwah Kak Mide 😢

Berita sedih lain yang berlaku masa bulan Mac ni ialah kakak CP salah
seorang yang terkena virus Covid-19 😢

Teh merupakan salah seorang staf UDA Holdings yang terkena jangkitan
daripada boss mereka. Mereka termasuk dalam Kluster Eksekutif.
Alhamdulillah suami dan anak-anak dia semua negatif.
Tapi diaorang kena self-quarantine di rumah.


14 hari Teh ditahan di Hospital Kuala Lumpur.
Hantar barang kat Teh, hanya depan pintu wad sahaja.
Tulis nama, no bilik dan no katil letak depan pintu.
Nanti nurse yang bertugas akan ambil dan beri barang pada Teh.
Thanks a lot to EE yang banyak membantu CP sepanjang Teh di HKL 🌷

CP hantar air zam zam untuk Teh


Hantar buah-buahan untuk Teh

Lunch diaorang dimasak oleh Chef Hotel Ancasa

18-03-2020 bermula episod satu Malaysia kena "kurung" dalam rumah
gara-gara pandemic Covid-19 😔

CP berkurung di Kajang masa 14 hari pertama PKP.

Work station CP kat rumah Kajang

First and last shopping groceries masa MCO di Kajang

First online meeting dengan Pengarah dan semua staff

Lepas je PM umum PKP dilanjutkan, CP terus bawa diri ke rumah
abang di Petaling Jaya.
Thanks so much to Kak Lina yang always available jadi driver Grab CP.


Duduk dengan kakak ipar dan anak-anak sedara yang suka memasak,
macam-macam makanan yang kami masak. Antaranya...




April

Ramadan CP di Amcorp Suite bersama dengan family abang.
Alhamdulillah dapat solat terawikh berjemaah.



Mei

02-05-2020 CP balik berpuasa di Kajang sebab masa tu ura-ura kata
nak kena masuk office.


07-05-2020 CP dapat balik berpuasa di Kedah selepas MKN umum boleh
rentas negeri untuk orang-orang yang tersangkut semasa PKP.
Alhamdulillah dapat berterawikh, bersahur 2 malam dan berbuka sekali dengan family di Kedah.
Serta dapat juga ziarah kubur kedua-dua arwah GulaHati CP.




21-05-2020 abang called ajak datang ke Amcorp Suite semula. 
Habiskan puasa dengan dia dan family.


Alhamdulillah sehari sebelum Ramadan berakhir, CP berjaya khatam quran kali kedua
untuk Ramadan tahun ni. Pertama kali dalam hidup CP dapat khatam 2 kali.
CP join khatam sekali dengan kawan-kawan office.
Majlis khatam dibuat secara online.



Pertama kali sambut Syawal di perantauan.
Berhubung dengan family lain hanya melalui maya sahaja.

Family Ngah di Sungai Petani

Bersama family abang di Amcorp Suite

Family abang di Penang

Family di kampung

Semua family di KL berkumpul di rumah Teh di BTHO

Duit raya untuk anak-anak sedara yang jauh CP just buat online transfer pada
setiap wakil keluarga.


Jun

Hari pertama masuk office selepas 2 bulan lebih berkurung kat rumah.
Disebabkan masih bulan Syawal jadi, kami buat pot luck raya.



Sebaik je MKN umumkan boleh rentas negeri, 11-06-2020 CP ikut abang
balik ke Manjung dan seterusnya balik ke kampung CP di Kedah.
Happy nye Allah je yang tahu sebab dah lama tak jumpa family Kedah.



Balik makan durian uols...!!!



Alhamdulillah tahun ni rezeki CP dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Tapi sedih sebab tak dapat naik pentas. Majlis APC dibatalkan.


Julai

Alhamdulillah dapat sambut Aidil Adha dengan keluarga di kampung
dan alhamdulillah tahun ni kami buat korban seekor lembu.

Kaum lelaki ke masjid, Kaum wanita solat sunat di rumah berimamkan Cik



Dah dapat berkumpul semua, kami ambil kesempatan sambut birthday family 
yang lahir bulan Mac, April, Mei, Jun dan Julai.



Ogos

Lama tak bercuti, CP ajak Emi check in Berjaya Hotel.
Emi dengan anak dia, CP pula bawa anak sedara CP; Syifa.
Kami styacation 2 days 1 night.
Jadilah kan.. dapat berendam dalam bath tub dan mandi swimming pool 😁



Kluster Sala yang merupakan salah satu kluster di Kedah menyebabkan
isteri anak sedara CP dan juga cucu CP kena buat swab test.
Kerana menjadi kontak rapat kepada isteri dan cucu kes indeks kluster terebut.
Tapi alhamdulillah result mereka negatif.



Cuti Hari Merdeka, CP bercuti ke Perak.
CP jumpa Ngah dan family Cik di rumah abang di Manjung.



September

Bulan ni banyak event  makan-makan.
Berkelah dengan family sambil sambut birthday cucu CP di Taman Tasik Titiwangsa.


Mini gathering bolggers dan ex-bloggers di Musolla Ehsan, Bangi.


Mini gathering dengan kawan-kawan sukan di rumah Zach di Bandar Tasek kesuma.


09-09-2020 CP kehilangan sepupu CP.
Arwah merupakan salah seorang anak sedara kesayang my arwah GulaHati.


Setelah 3 bulan tertunda sebab pandemik Covid-19, akhirnya 19-09-2020
anak sedara CP; Amzar sah menjadi suami kepada Tima.
Majlis nikah dan sanding diadakan pada hari yang sama di Sungai Isap Kuantan.



Dan kesempatan diambil untuk sambut birthday family CP yang lahir bulan September.


Oktober

14-10-2020 sekali lagi seluruh negeri Selangor diistiharkan PKPB 
bersama dengan KL dan Putrajaya.
Walaupun PKPB, CP masih bekerja seperti biasa setelah mendapat surat kelulusan
daripada Pengurusan office..


Tapi minggu kedua PKPB tu, kami tak dibenarkan masuk ke pejabat
sebab one of staff kat pejabat CP positif Covid-19.
Bersyukur juga sebab dia di department lain dan di bangunan lain.

21-10-2020 CP ke rumah abang di Amcorp Suite.
Habiskan PKPB CP di sana.

Bulan Oktober ni, Cik buat operation untuk masukkan antibiotik pada besi
yang menggantikan tulang punggung dia.
Alhamdulillah sekarang dia dah beransur baik cuma masih jalan menggunakan tongkat.


November

16-11-2020 hari pertama CP kembali bekerja di pejabat semasa masih PKPB di Selangor,
Wilayah Kuala Lumpur dan Wilayah Putrajaya.


Disember

Paling menggembirakan dapat kejutan parcel.
Abang posmen tolong hantar 😁
Hadiah birthday in advance gitu...
Thank you so much dear 💗


Waktu PKPB ni, kita tak boleh rentas negeri.
Tapi sebaik je MKN umum boleh rentas negeri, 11-12-2020 CP balik ke kedah
dengan family Teh.


24-12-2020 adalah hari terakhir CP bekerja di pejabat.
CP ambil cuti seminggu habiskan cuti di kampung.
InsyaAllah 03-01-2020 akan balik ke KL semula.

Dan kali kedua CP naik flight untuk tahun 2020 ni 😅


Kesimpulannya, tahun 2020 membuktikan kita hanya mampu merancang tapi
Allah yang menentukan segalanya.

Plan tahun 2020 ni nak terbang ke Balkan, travel ke beberapa buah negara
yang berdekatan dan juga CP dah beli tiket untuk bawa kakak-kakak CP
bercuti ke Banda Acheh dan Pulau Sabang tapi kerana pandemik Covid-19, 
semua terpaksa dibatalkan.


Tahun 2020 juga mengajar CP erti bersyukur dengan apa yang ada.
Semoga tahun 2021 membawa cerita yang manis-maniiiiis je nanti 😊

Akhir kata, selamat menyambut tahun baru CP ucapkan kepada semua.
Semoga kita semua lebih sukses lagi berbanding tahun 2020.
Sayang korang semua ketat-ketat... muuaahhhhhhh...!!!! 😘